Saturday, February 6, 2010

Selamat Pengantin Baru~Aidil AF3 & Jue




Baru baru ini aku berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Aidil AF3 dengan pasangannya Jue.. Sebenarnya dari tahun lepas lagi Aidil minta bantuan aku untuk menguruskan majlis perkahwinannya terutama melibatkan sponsporship. Cuma aku nak minta maaf banyak banyak pada Aidil sebab sebaik sahaja aku berhenti kerja di tempat lama berehat 3 bulan aku terus acccept tawaran kerja di tempat baru yang membuatkan masa aku agak terhad untuk mencari penaja bagi majlis perkahwinannya.

Bukan tak nak membantu cuma masa agak terhad tambah lagi pada hari sabtu aku tetap bekerja walaupun separuh hari. Tapi alhamdulillah walaupun aku tidak dapat membantu , majlis yang diadakan cukup meriah. Asalnya aku agak keberatan hendak menghadiri majlis ini kerana berseorangan, tapi nasib baik ade nazir, farith dan azmeer yang juga turut datang, Kalau tak mati kutu aku sorang2. Yanie dari Harian metro pun datang memeriahkan majlis persandingan Aidil. Aidil plak bersungguh2 minta aku datang siap hantar kad jemputan kat opis aku.. so rasa bersalah plak kalau aku tak hadir.

Tema yang digunakan di Majlis perkahwinan mereka ialah berkonsepkan warna purple dan putih.. agak blend juga color ini. Aku cukup teruja apabila melihat hiasan lampu bulat ikea, balai santapan dan pelamin dihias indah. Baju dikenakan berwarna putih warna yang memang menjadi kegemaran aku. Sofa besar yang menjadi tempat persinggahan raja sehari cukup unik seumpama kulit kerang bagi mutiara berwarna purple.. terdapat satu pentas yang disediakan bagi persembahan yang diadakan.Bagi aku tema, warna dan hiasan yang di jelmakan agak kontemporari dan berbeza dengan majlis lain lain artis.

Kenapa aku macam buat karangan nie ha? adus sorry la ya rasa macam nak mengulas kat majalah perkahwinan pulak aku rasa.. tapi apa pun aku bersyukur sebab ape pun Aidil dah selamat melangsungkan perkahwinan dia. Teringat masa mula mula kenal aidil nie dia memang suke cakap pasal pompuan. tambah tambah kalau tengok pompuan cantik, tengah makan pun boleh berhenti. aku ingatkan apa rupa rupanya tengok pompuan jalan. Tapi yang bagus nya tentang Aidil yang ramai orang tak tahu dia sememangnya sayangkan jue. even nampak pompuan pun boleh terus teringat kat jue.. kadang kadang plak teringat kat mak dia.. hahah.. aidil memang macam tu dia memang manja dengan mak dia.. baguslah berkat hidup kita nie kalau menyanjungi ibu kita. kepada aidil dan
jue selamat menempuhi alam perkahwinan.. dan selamat berbahgia hendaknya.. cuma frust kenapa aku tak dijemput menyanyi??? sepatutnya ko kena panggil aku menyanyi gak okay walaupun aku nie bukan artis hahahaha... oklah membebel sampai esok pun tak habis.. terimalah bingkisan gambar gambar semasa weeding

Perhatikan warna gabungan purple dan putih.. agak menarik kan? bunga ros purple tu pun cantik. kalau korang perhatikan chandilier yang diletakkan tu sangat berbeza dengan mana mana perkahwinan.. agak rendah sebab nak membiaskan cahaya keatas warna sofa.

Kat sini chandilier ber-tiang diletakkan di samping jatuhan renda dan bunga ros. Sebelah kanan diselitkan lampu ikea~

Ini pandangan kek dari dekat~

Kek yang diletakkan sudut tepi sebelah pelamin

balai santapan dan pemandangan meja tetamu

Lampu ikea yang menarik dan mempesonakan tetamu yang hadir~

Aidil & Jue~

Farith Taib membuat persembahan~

farith, azmeer, yannie & zoufi

Aidil, me & farith~

Bagi yang dah lupa Aidil AF3.. sila lihat video AF dibawah~Kelakar