Saturday, February 28, 2009

Update-Kuali 1 Mac 2009



Lama tak update blog.. one of the reason sebab kabel handphone aku hilang@miss place. aku tak sure letak mana kabel tuh.. banyak jugak bende2 yang aku buat lately nie cuma tak dapat nak update sebab kabel hilang. Anyway aku cari jugak jalan macam mana nak update blog. Antaranya ialah dengan menggunakan wifi dan update dari Nokia 5800 aku terus ke blog.

Anyway hari ni aku cuti, so semalam sempat la membeli barang barang untuk masak. Cakap pasal masak memasak nie adalah bende yang aku suke. Kebetulan semalam dah call member2 untuk makan sama. Antara hidangan yang aku masak hari ini ialah Sambal Tumis sotong, kari ikan dan ikan sardin goreng. Actually aku hanya berbelanja hanya RM 20 untuk membeli barang2 basah ini di pasar malam keramat AU2 setiap sabtu.

So pagi2 pas sarapan dan lepak2 aku terus memulakan aktiviti memasak dengan bantuan Rizal MJ sementelah itu Cik Azzhar hanya duduk di depan TV sebab aku halau dia. Si Azzhar tu bukan reti masak pun hanya reti menyibuk. Dah la dapur rumah kitaorg kecik so tak payah ramai2. Aku hanya perlukan rizal MJ untuk membantu aku megupas bawang dan tolong sikit2.

Nak tengok apa hidangan kitaorg di hujung minggu? lihatlah sendiri gambar2 nye.
Masakan ini simple tapi terangkat. Bahan pun senang:

Sambal Sotong:
Sotong Basah 10 ekor
Cili Giling 3 Sudu
Bawang merah dan putih 4 ulas
Air Asam Jawa-3 sudu(asam jawa yang diramas)
garam secukup rasa
gula 2 sudu.

Cara nya:
goreng bawang yang ditumbuk@dipotong goreng hingga garing kemudian masukkan cili giling 3 sudu(@ cili boh) dan goreng sehingga pecah minyak @garing(nak tahu garing tunggu hingga harum bau cili tersebut) kemudian masukan gula, garam dan air asam.

Biar sehingga mendidih dan kemudian masukkan sotong dan biar sehingga 10 minit. Hidangkan dengan taburan bawang besar. Senang.

Kari ikan

1 pek serbuk kari ikan Babas (free promotion for Babas)
Air Asam Jawa-satu mangkuk kecil
Bawang Merah dan Putih 4 ulas
Ikan temenung@ikan kembung-5 ekor
Santan-Separuh (bukan sebiji)
5-6 biji Bendi.
Garam halus 1 sudu kecil

cara nya
Goreng bawang hingga wangi, masukkan rempah babas yang dicampur air secawan, kacau
sehingga kari tersebut pecah minyak. Kemudian masukkan air asam dan bendi, Biar bendi
hingga lembut(dalam 5-10 minit). Kemudian masukkan santan. Tunggu hingga mendidih masukkan garam 1 sudu kecil dan masukkan ikan tunggu hingga 10 minit. Hidangkan

Senang kan. So sesiapa nak makan just buat sendiri je. Lagi sedap daripada setiap hari makan kat kedai.

Saturday, February 21, 2009

Rihanna abuse by Boyfren




Semua orang tahu yang Rihanna sangat obses ngn bf nya iaitu Chris Brown. Tetapi semasa Anugerah Grammy baru2 nie Ryan pengacara MTV mengatakan Chris Brown telah ditahan beberapa jam selepas Post Party Grammy yang diadakan di Los Angeles berkait tuduhan mencederakan "wanita" tanpa memberitahu siapa wanita tersebut. Tetapi hari ini desas desus
itu telah terjawab iaitu orang yang dicederakan itu adalah penyanyi R&B Rihanna yang telah ditumbuk sehingga bengkak di dahi, pipi dan mulut. Akhbar The Star 21/02/2009 telah menyiarkan gambar ini yang dipercayai Rihanna (Sumber gambar TMZ entertaiment)

Sebab itulah Rihanna telah membatalkan Konsert nya yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur. Kasihan tengok, sayang punya pasal macam nie jadinya...

Kepada semua kalau sayang org jangan lah cederakan sampai mcm nie. Is not good hurting people especially our loves ones. Fikir pakai otak ok.

Tuesday, February 17, 2009

Ketika Cinta ~OST Perempuan Berkalung Sorban-Dato Siti Nurhaliza




3.29 am 18th Feb

Mata tak boleh lelap. Sedang belek2 youtube terjumpa nyanyian Dato Siti Nurhaliza~Ketika Cinta yang dimuatkan dalam OST Perempuan Berkalung Sorban dan ianya tidak ada dalam Album Lantera Timur. Filem ini adalah filem Indonesia yang sama dengan OST Ayat ayat Cinta diterbitkan oleh syarikat yang sama dan diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Hanung Bramantyo. Lagu yang dirakamkan adalah Batasku Asaku ciptaan Siti Nurhaliza sendiri dan Ketika Cinta karya Opick.

Filem berkonsepkan percintaan yang menerap nilai keagamaan ini arahan Hanung Bramantyo ini dilakonkan oleh Risty Tagor.


Siti antara yang bertuah kerana dapat menyumbangkan suara emasnya untuk dua buah lagu untuk filem ini. Lagu ini sesuai dengan vokal Siti..

Temuramah dan video Siti semasa di Indonesia sila klik disini


Tetapi apa yang menarik, Siti hanya ‘mendendangkan’ lagu berkenaan dan direkod melalui telefon bimbit. Kemudian, contoh berkenaan dihantar ke sana dan mereka menyukainya.

untuk mendengar lagu ketika cinta dan Batasku Asaku sila klik link dibawah. Apa pun aku berharap Siti tabah dengan pemergian ayahnya dan pada fans hope you like it.

Ketika Cinta

Batasku Asaku



Sinopsis



Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang

Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengizinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh

Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…

Apakah cinta anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?

Trailer Perempuan Berkalung Sorban

Sunday, February 15, 2009

Ayah Siti Nurhaliza Meninggal Dunia


Bapa kepada Dato' Siti Nurhaliza meninggal Dunia semalam akibat serangan jantung. Al-Fatihah

Petikan Harian Metro-16/02/2009



HULU KLANG: “Abah sempat bergurau dengan kami dan bertanyakan semua anaknya. Bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan abah terus tidak sedarkan diri hingga menghembuskan nafas terakhir.

“Saya tak sangka abah pergi secepat itu,” kata penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.

Bapanya, Tarudin Ismail, 67, meninggal dunia, jam 11.50 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri (HAP) di sini, kerana komplikasi jantung, buah pinggang dan kencing manis selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.

Jenazah Allahyarham dimandi, dikafan dan disolatkan di kediaman Siti di Bukit Antarabangsa di sini sebelum dibawa balik dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tempoyang, Kuala Lipis, selepas Maghrib

Menurut Siti, pada jam 2 pagi Jumaat lalu, bapanya mengadu sakit ulu hati tetapi kerana menyangka ia sakit biasa, arwah pergi Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk mengambil ubat.
“Abah mengajak emak (Salmah Bachik, 57) ke hospital. Waktu itu abah masih boleh memandu sendiri.

“Selepas mengambil ubat, doktor suruh abah berehat di hospital sebentar dan kira-kira jam 4 pagi baru abah dan emak sampai di rumah. Sejam kemudian abah masih mengadu sakit dan tiba-tiba rebah di ruang tamu. Abah terpaksa merangkak ke bilik air.

“Selepas melihat keadaan abah yang agak uzur, emak telefon dan saya terus menghubungi ambulans HAP untuk mengambil abah mendapatkan rawatan di sini. Ketika dibawa dengan ambulans abah masih sedar dan boleh bercakap,” katanya.


Katanya, sebaik tiba di HAP kira-kira jam 1 tengah hari, doktor mendapati bapanya menghadapi serangan penyakit jantung yang agak teruk.

Atas nasihat doktor, Siti dan adik-beradiknya kemudian setuju bapa mereka menjalani pembedahan pintasan jantung walaupun peluang untuk abahnya sembuh cuma 50-50.

Namun, Siti berkata, walaupun mengetahui kesan pembedahan itu, bapanya reda dan menandatangani surat kebenaran pembedahan itu.

“Sebelum abah dibawa ke bilik pembedahan, saya, suami (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), emak dan adik-beradik lain sentiasa di sampingnya,” katanya.

Selepas dua hari bapanya tidak sedarkan diri, pagi semalam, kata Siti, doktor menghubunginya meminta semua kaum keluarga berkumpul dekat bapanya kerana keadaan kesihatannya terus merosot dan memerlukan bantuan mesin.

“Kami sempat membacakan surah Yasin dan dua kalimah syahadah di telinga abah. Syukur kami semua dapat bersamanya pada saat terakhir pemergiannya,” katanya.

Sementara itu, Khalid yang baru kematian bapanya November lalu reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Walaupun sedih dengan pemergian bapa mentua yang jaraknya kira-kira tiga bulan dengan tarikh bapa saya meninggal, namun saya reda. Minggu lalu, saya dan Siti balik ke Kuala Lipis. Saya tengok abah menyambut kepulangan kami dengan gembira lebih daripada biasa.

“Abah beli tiga jenis ikan paling baik di pasar Kuala Lipis dan minta emak masak macam-macam untuk kami. Penuh meja hari itu. Tiga jenis ikan itu dibuat masak kari, gulai lemak tempoyak dan digoreng garing. Saya makan setengah pinggan nasi tetapi abah suruh saya habiskan kepala ikan masak kari itu,” katanya.

Bagi Siti, bapanya seorang yang tegas tetapi kelakar dan sensitif serta mudah terasa hati.

Penyanyi itu masih ingat ketika bapanya meminta gantikan tayar keretanya tetapi Siti tidak sempat menghantar orang mengambil kereta itu.

Oleh kerana Siti terlambat mengambil kereta berkenaan, bapanya menukar tayar itu sendiri.

“Apabila saya bertemunya, beliau melayan saya macam biasa tapi saya pula terasa bersalah,” katanya.

Turut sama menziarahi jenazah Allahyarham, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaacob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim.



Gambar ayah CT memotong pulut kuning semasa persandingan di KL Convention Centre 2006


Ayah CT bersama Kadi yang menikahkan CT dgn dato K




Kenangan CT bersama Ayahanda tercinta

Thursday, February 5, 2009

Sunday, February 1, 2009

Weekend


1 Hb february cuti weekend. Dari semalam plan nak gie ATM nyer pameran. Siap charge bateri untuk merakamkan jentera2 seperti kereta kebal, perisai, senapang dan lain lain. Malangnya
budak2 rumah tak mahu pergi dengan alasan :Pameran Apa tu?

Sudahnya aku menghabiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur... Aku rasa hari nie aku bangun tidur, tidur, bangun tidur tidur balik. Pecah rekod aku tak pernah tidur macam hari nie. Bayangkan bangun tidur kul 9. Tidur balik kul 2.00 ptg, bangun kul 3.00 ptg aku tidur balik kul 4.00 bangun kul 530ptg dan tidur balik kul 630 ptg. Bangun kul 8.00pm

Berapa kali aku tidur? korang calculate lah sendiri. Si Azzhar dan Rizal plak dari kul 3.00ptg dah kuar tengok wayang so tinggal lah aku seorang diri menghabiskan masa dengan bangun tidur dan tidur kembali. Memang tidak efektif. Nak kuar pun malas. Makan pun tidak. Rasa kenyang dengan tidur.

Ingatkan ambil cuti weekend dapat lah kuar jalan2 tapi akhirnya aku dok sorang2 kat rumah dengan tidur.. what a boring life. Life now sucks!