Wednesday, April 28, 2010
Simply CT~
Dato' Siti Nurhaliza merasmikan set penjagaan kecantikan beliau baru baru ini yang diberi nama "simplysiti " yang bukan sahaja merangkumi set facial tetapi juga set alat solekan yang harganya agak berpatutan. Well dari segi packaging set penjagaan kecantikan ini nampak mewah dan berkualiti.
Usaha beliau patut dipuji kerana inilah caranya apabila dikenali setiap artis perlu berusaha untuk mencari peluang yang lebih baik untuk memastikan masa depan mereka lebih terjamin... betul tak? Sebab bukan ape kat luar tu ramai artis yang hanya mengharapkan bantuan pihak tertentu untuk hidup senang tanpa bekerja keras untuk memajukan diri masing-masing.
Kalau nak ikutkan Dato Siti boleh je terus hidup senang dengan royaliti yang diterimanya tetapi beliau dilihat seorang yang agak kuat berkerja dan memastikan hidupnya dipenuhi dengan kerja yang boleh memberikan kepuasan selain mempunyai matlamat hidup kan? Tahniah Dato CT Nurhaliza.. lahirkan juga lagu lagu best next album tak sabar den nak beli :)
Antara produknya (nice logo and nice packaging)~
Nie eye shadow (rasanya la)
Pilih je mana nak..heheh
Dato Siti Nurhaliza bersama dengan Model2
Tetamu yang dijemput
Anggun
Dato Siti Nurhaliza menerima jambangan bunga dari Datuk K
- Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Friday, April 23, 2010
Wajah Wajah HRH Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim
Dah lama tak tengok wajah Yang Teramat Mulia (HRH) Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (terima kasih pembaca yang bernama Rezz yang memberi pembetulan.. awalnya aku tulis Pengiran Bini.. TQ) selepas beliau berkahwin dengan DYMM Sultan Hassanal Bolkiah. Mesti ramai yang sudah tahu yang Keluarga baginda menerima kelahiran puteri yang baru.
Selain sibuk dengan aktiviti mencemar duli dengan berbagai lawatan di dalam dan luar negara tak banyak cerita atau gambar yang dapat kita tengok kat surat khabar kan?Putera pertama baginda telah telah diberi nama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah. Tapi terlupa plak nama Puteri Baginda yang kedua. Gambar kat bawah nie semasa Putera Pertama dilahirkan oleh YTM Pengiran isteri Azrinaz
21 Das Tembakan Meriam semasa kelahiran Putera Sulung
Majlis Cukur Jambul
Kerabat dan tetamu
Bacan Doa
Tetamu yang hadir
Cukur Jambul.. lena Putera tido~
Tengok Putera pertama dan Puteri dah besar pun.. Comelnya~
Bersalaman dengan Sultan Kelantan
Permaisuri bergambar kenangan
HRH Pengiran dan Keluarga Sultan Bersama Tun Jeanne
Membuat lawatan
Bersama Tetamu
Bersama Keluarga Diraja
Kerabat Brunei Darul Salam
Mengikuti lawatan Tuanku~
Bersama Permaisuri Brunei
Keluarga Diraja
Gambar2 dipetik dari:
http://www.bruneiresources.com/
Tuesday, April 20, 2010
Cipta Logo untuk Muzzy
Pengumuman kepada pembaca sekalian. Aku sebenarnya tak pandai nak cipta logo sangat menggunakan Adope/ illustrator.. So kepada mereka yang kat luar tu yang pandai mencipta logo boleh la mencuba menghantar penyertaan mencipta Logo bagi penyanyi Muzzy-yang juga merupakan abang kepada penyanyi Noh-Kumpulan Hujan.
Kepada mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan mereka kepada email aku tekanbutang@yahoo.com. Logo berpandukan gambar di atas. Warna dan tema juga seperti di atas yer.. sebarang pertanyaan boleh la email kat aku. Peserta yang dipilih akan dikreditkan namanya dibelakang kulit album Muzzy . Sekian terima kasih
10 Senarai Orang Terkaya Di Malaysia!
Inilah antara wajah-wajah Tokoh yang menghiasi senarai bagi orang orang Terkaya Di Malaysia.. Wow Nilai kekayaan mereka dalam jumlah Bilion ye.. bukan Juta.. So anda semua boleh bayangkan tak betapa mereka mempunyai status dan kekayaan yang hebat ! So kalau nak kaya seperti mereka boleh tapi otak kena lah juga fikir macam mana kan.. Kebanyakkan dari mereka ini merupakan tokoh yang terlibat dalam bidang perniagaan. Banyak perniagaan yang diceburi terutama sektor hartanah, telekomunikasi, perbankan, makanan, pelancongan dan lain lain.
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion
10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion
Friday, April 16, 2010
Aptera 2e (kereta abad ini!)
Wow~ bila terbaca tentang kewujudan kereta ini nampak sangat aerodinamik, Kagum aku sekejap. Aku memang suke kereta unik macam nie. Sekali imbas ingatkan kapal terbang tapi rupanya kereta buatan US.Kalau korang nak tahu kereta ni menunggu suntikan modal untuk di keluarkan secara besar besaran. Company yang buat kereta ini memerlukan geran sekurang kurangnya USD 184 Juta dari Advanced Technology Vehicles Manufacturing untuk dimajukan secara komersil.
Yang bestnya kereta ni bertayar 3 dan berkapasiti 200 mpg-plus 2e. Kereta ini kat US diklasifikasi kan sebagai motorsikal! ianya dilengkapi peralatan General Electric dan Borg Warner dengan lithium-ion nano-phosphate battery dari 123 Systems. Beratnya pula ialah 1800-lb. composite-bodied 2e, 110-horsepower, 232 lb.-ft. Sistem pemacuan elektriknya pula boleh mencecah of 100 batu dan memerlukan sesi cas bateri selama 6 hingga 11 jam. Kelajuannya boleh mencecah 60 mph dalam masa 9.0 saat! amacam hebat tak?
Anyway memang gempak kan! Kalau ade kereta nie kat Malaysia stesten minyak boleh lingkup la sebab kereta nie tak pakai petrol hehehe... Yang bestnya kereta ni boleh memuatkan dua orang dan boleh menyimpan peralatan Golf yer... Jum kalau tak caya kita tengok gambar nya!
Ruang dalam "Pemanduan ibarat sedan..hehehe"
Papan meter elektronik~sempoi dan simple patut kasi canteek sikit nie
Agak menarik design nya tapi kalau stereng tu tukar kecik sikit lagi cun kan?
Kerusi out.. patutnya design mcm gen 2 nyer kusyen hehehe kan kan?
Ruang penyimpanan superb kalau aku letak tilam penat drive leh tido! ahak!
Nice view from inside
Front design
Back design
Upper design
Side design