Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie - Review


salam.. Lama tak update dengan review filem. Satu je alasan.. yakni malas. So tak leh kata apa la.. Tapi filem terbaru Nur kasih The Movie memanggil aku untuk menulis.. Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih yang ditayangkan di kaca tv sebelum ini.

Filem ini masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tizz Zakiah. Sebenarnya secara jujur aku tidak lah mengikuti plot yang ditayang kan sebelum ini yakni dalam bentuk drama. Tetapi memandangkan tertarik dengan review dan ajakan teman aku gagahkan juga untuk menonton Filem ini di wangsa walk pada hari pertama tayangannya.

Agak mengejutkan filem ini fully booked walaupun masa tayangan hampir pukul 12 malam dan hari berkerja. Cuma yang tak besh nya aku agak kesejukan, batuk dan dapat tiket 3 row dari depan.. memang tak selesa. tapi sebabkan ingin juga menonton filem ini aku cuba tenangkan perasaan dan menikmatinya.

Secara jujur dan ikhlas secara keseluruhan bagi aku filem ini dari segi senimatografi sangat cantik. Anda akan berpeluang melihat background / latar belakang sawah padi di kampung, pemandangan indah padang pasir di jordan dan beberapa lagi shot menarik yang boleh membuatkan anda kagum dengan keindahan yang terdapat didalam nya.

Dari segi lakonan Tiz Zakiah dan remy ishak biasa saja bagi aku. Tak der feel pun. Remy lebih bagus dalam filem Cun lakonan beliau bersama maya karin. Adakah kerna dah bosan dgn nur kasih atau memang kehendak skrip aku kurang pasti.. Tiz Zakiah juga dlm filem ni biasa2 saja. Tak real lah bila kehilangan suami tapi lakonannya mcm hilang kwn sahaja. Babak Remy Ishak sakit juga mcm kaku dan nampak tak real. Sorry guys ini pandangan aku.

Tapi bagi Fizz Fairuz lakonan nya okay dan bolehlah.. nampak peningkatan walaupun masih belum boleh dikategorikan sebagai superb.. Dari segi skrip memang hebat cuma lakonan dan kesinambungan filem ini tak sampai "rasa" bagi aku.. Habis cerita ini tak rasa sedih, tak rasa happy rasa biasa saja. Bagi aku setiap filem yg kita tonton perlu ada rasa apabila kita habis dan selesai menontonnya.

Bukan nak hentam tapi kepada mereka yang nak tonton pergilah ke panggung dan rasai lah sendiri.. tepuk dada tanya selera.

Wasalam

Trailer


MTV