Monday, January 26, 2009

Masjid Shah Alam~





Hari ini 27 hb January 2009. Semua orang masih bercuti. Aku dan Azzhar dari malam tadi plan nak kuar tapi lum decide.Fikir punya fikir kitaorg decide nak gi Taman Botani Bukit Cerakah. Before that kita orang pergi melawat Masjid Shah Alam yang tersangat cantik ini.

Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.
Masjid yang juga dikenali sebagai "masjid biru" di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.
Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.
Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih


FAKTA(MSSAAS)


  1. Masjid terbesar di Asia Tenggara
  2. Kubah masjid yang terbesar di dunia
  3. Menara tertinggi di dunia
  4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
  5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
  6. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
  7. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.
  8. Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
  9. Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.



Pose Dihadapan Masjid



Beberapa Pic terbaru. Sekadar tatapan~

Fakta Tambahan

Secara ringkas(MSSAAS)

Arahan pembinaan:Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan:Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor pada 14 Febuari 1974)

Arahan kepada:Jurubena Bertiga

Tarikh diamanahkan:Awal tahun 1977

Perletakan batu asas:Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980

Tarikh pembinaan:1 Oktober 1983

Tarikh Sempurna:15 Ogos 1987

Tarikh digunakan:3 Disember 1987 (hari khamis)

Tarikh dirasmikan:11 Mac 1988

Umur Sekarang:hampir 18 tahun

No comments: