Wednesday, June 24, 2009

Final Band Idola & Tender & Business

Seminggu dah tak update blog. Mana taknya busy dengan keje lately nie. Itu tak termasuk dengan keje keje admin dan keje part time. Rasa macam tak cukup 24 jam. Yang terbaru pulak aku sibuk dengan membuat proposal untuk syarikat Berjaya Berhad. Semalam pulak dari pagi dah bertolak ke Menara Phileo Damansara untuk bertemu dengan wakil dari Syarikat Berjaya untuk projek aku seterusnya.Habis tengah hari aku terus menyambung keja full time dari kul 3 ptg sehingga lah kul 12 malam. Fuh letih den. Proposal apa tak leh la bagitahu kan bila dah jadi baru leh buat sidang akhbar hehehehe...

Minggu nie aku agak frust sebab Lipis Fest aku dan Erry tak dapat pergi atas atas sebab tertentu. Tapi yang bestnya aku berjaya dapatkan show di Dataran Budaya di Shah Alam pada hari Ahad nie pukul 4 petang untuk Erry iaitu pertandingan Band Idola anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Selangor. Everything is about luck and usaha. Alhamdulilah.

Bercakap pada usaha aku dah mengambil keputusan untuk tender resignation letter pada minggu lepas. Ada yang sokong dan ada yang tak. Bagi sesetengah orang, keputusan yang aku buat agak merugikan sebab sepatutnya aku dah boleh selesa dengan makan gaji, tapi bagi aku sendiri merasakan peluang datang sekali dan aku tak nak menyesal di hari tua sekiranya aku tak mengambil peluang mencuba sesuatu yang aku rasa boleh mendatangkan keuntungan sekiranya kita berkerja keras.

Yelah dah bekerja selama 6 tahun di company yang kukuh tiba tiba ambil keputusan untuk tender. Tapi dalam hati aku tetap kuat mengatakan "THIS IS FOR ME" iaitu bekerja sendiri yang mana aku buat dengan rela hati dan yang paling penting nawaitu iaitu niat kita mesti betul dan yang lain lain bergantung pada rezeki Allah(SWT) kurniakan.

Pada mereka yang cakap cakap belakang kata nak gila glamour tu maaf lah yer. Aku tak pernah rasa apa apa yang glamour pun dalam bidang pengurusan artis. As long kita pandai mengambil peluang untuk meningkatkan diri masing masing. Kalau nak cakap gila glamour dah lama aku menyelit2 ikut izwan gi konsert or ikut erry g shooting dan menempel dalam drama2. Tapi aku tak nak. Cuma ramai tak tahu kenapa aku manage erry dan aku malas nak explain kat sini tapi kalau sapa sapa tanya aku sendiri aku akan bagitahu dan cerita kan sebab dan mengapa aku take tugas manage ery putra.

Plan aku seterusnya dengan erry melibatkan diri dengan busniess. Dalam Al-Quran sendiri menyatakan 99 punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Oleh itu kalau korang nak tahu aku dan erry tengah plan something untuk involve dalam bidang perniagaan. Plan nya dah sampai 50% dan alhamdulilah aku dan erry sekarang tengah mencari lokasi yang sesuai untuk set up pejabat dan seterusnya memulakan perniagaan. Tunggu insyallah kalau ada rezeki..

Wednesday, June 17, 2009

Rakaman Ewah Ewah, Helen Yap, Video Clip


Erry bersama Sari Yanti dan Fizow serta Ms Thava(producer Generasi X)

Adoii.. kepala sakit giler. Tido tak cukup gua cakap lu.. hahaha perhal la aku tiba tiba gua lue plak kan.. mcm mat rempit plak. Aku rempit gak tapi ngn skuter moskito je plus with my blue black gen 2 hehehehe...

Mana nyer tak pening malam tadi tido kul 5 pagi upload youtube video untuk erry sebab dia nak update blog kesayangan dia. Oklah sebagai manager kena la tolong upload sebab fans dia pun bertambah ramai. Ok lah tu moga moga bertambah femes. Malam tadi pon lepak desa pandan ngn erry dan shajiry balik lewat. Yerlah pojek makin hari makin banyak tak menang tangan aku dah. Buat dua keje kan. Tapi bukan la nak complaint saje je meluahkan perasaan. Hahahaha..

Projek terbaru ialah memasarkan album erry dan rekod lagu Gadis ku Lari lagi @Awek ku lari version rancak dengan kumpulan Hujan. Bukan duet atau featuring tau tapi guna kan anggota kumpulan Hujan untuk buat arrangement lain,maknanya ade 2 version yer kanak kanak... Ramai tanya kenapa tukar tajuk? jawapannya senang je tak nak guna bahasa pasar. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan lagu tidak diluluskan. Fuyoo mcm lembaga penapisan filem plak kan.

Projek yang kedua ialah menelefon komposer Helen Yap untuk meminta izin Helen untuk rekod lagu raya yang helen buat untuk Kumpulan KGB. Erry nak rekod lagu tu balik. So aku apalagi call Izwan Pilus mintak no Helen Yap. Try call tak dapat terus aku send sms bagi tau hasrat di hati kami nak rekod lagu raya helen. Lepas 45 minute Helen call balik dan dia setuju cuma aku kena dapatkan minus one lagu tu kembali dari helen. Helen jangan lupa tau kitaorg nak promote lagu u habis habisan raya nanti. Bagi free yer minus one tu nanti heheheh u claim kat MACP untuk royaliti bila lagu tu buat live kat TV.. Jangan marah yer helen.. :)

Projek seterusnya book date untuk pembikinan Video Clip erry putra. Bestnya ade orang nak sponsor buat video clip. Alhamdulillah tak payah aku turun naik production house untuk mintak sponsor. Kalau ade lagi yang nak sponsor kitaorg di alu alukan. Aku pun tengah plan nak cari sponsor untuk percutian bersama Erry Putra ke Bali. Sapa ade kaki contact aku yer. Plan nie dah lama cuma aku tak menang tangan nak buat semua bende sebab Erry bz dengan show dan shooting. Tunggu aku anta notice then aku leh buat all out.

Untuk video dapat 3 choice (sponsor) untuk siaran 180 kat astro. So sapa cepat dan tawaran yang baik aku akan accept je.Today plak nak gi jumpe azmir arif jap lagi nak belajar wat video clip dari video cam.heheheheeh..

Letih la tulis kat sini sapa sapa yang baca blog aku nie komen2 la sikit. Ada yang masuk baca tapi tak give komen pun. tak menarik ke blog aku haa?? hahahahaha


Rakaman Rancangan Ewah Ewah yang akan disiarkan di TV3 Selasa ini

Tuesday, June 16, 2009

Job Job..


Erry semasa pembikinan Laila Sari @Astro coming soon

Bosan tul training.. naik muntah dengan training. Malas sebenarnya nak pi. Training system HR baru ni mmg pakai kat big big company(even aku dah keje kat company nie yang sememangnya besar dan nak masuk 6 years dan almost 10,000 staff) tapi rasa mcm dah tua nak belajar bende software. Rasa tak mencabar. Apa yang perlu buat aku buat kan? No choice. This 2 days i have to spent time listening from A-Z from expert (expert ker?) how to drive(gagaga) in HR system.

Aiseh muka blur, kepala otak melayang. 2-3 kali aku keluar isap rokok. Dalam hati pebende korang citer nie.. baik aku kuar cari job yang boleh buat duit kan? tup tup serena from RTM call ade job .. yahoo meloncat lah aku. terus keluar dari training room dengan muka buat derrkk dan rasa tak bersalah langsung..Show kat Lipis on 27th dan seterusnya muncul dalam SPM (selamat pagi malaysia) on the next day. Makan minum hotel ditanggung. Orang kuala lipis (orang kampung Dato CT tu) nantikan kami di cna yer heheheh

Terus aku call erry dan inform.. si erry pulak buat buat buat blur sebab tengah buat rakaman ewah ewah dengan TV9. Awal awal pagi aku dah sms say sorry tak dapat ikut live interview dengan MHI TV3. Si Erry plak dok kutuk "ye.. lupa ada handphone TV".. Aiseh kantoi plak aku beli phone tv dan ader radio senang sikit kat mana mana leh tgok TV kalau bosan.

Selepas 20 minit aku "spelek" aku masuk balik training room..Uwaaa ngantuknya.. tengok trainer bersungguh sungguh menerangkan cara cara handle system dengan jayanya sampai tak sedar air liur dia mcm hujan. Nasib aku dok row tengah kalau tak mau lencun....

Sedang melayan sms dengan aidil, corey blue@(Kak Maria) sms " teringin nak tengok kak pah nya dinner kat Dewan Felda" bagi la diskaun." Alamak maaf la corey blue.. konsert tu bukan I yang nyanyi yer. So tak leh la bagi diskaun2. Macam baju padini kat Sogo plak berdiskaun2 yer. Kalau i nyanyi i bagi free je masuk Dewan tu. Terus Corey Blue@Kak maria membalas Sms yang berbunyi : "Nak pi dengan sapa nth, Kak Maria je minat kak pah. orang lain minat rihanna, mariah carey dan orang lain tu mcm tak sanggup nak keluarkan RM200 walaupun gaji berkepuk".. hahahahah kelakar la kak mariah nie.. lucu as always. Anyway thnks kat kak maria sebab booked tiket ngn I. Tikey tu dah ade ngn i, just nak claim another RM100 yer.. hehehe.

Lepas je kak maria habis sms, orang TV3 pulak call untuk amik erry untuk program raya "Just for laugh" siaran semasa hari raya. Alamak sekali lagi terpaksa keluar dari training room. Job masuk lagi. Alhamdulillah rezeki masuk mencurah2 hari nie. As usual satu haram apa tentang training pun tak masuk kepala aku~ lantak la malas nak fikir....

Saturday, June 13, 2009

Dato Sharifah Aini~




Sekitar sidang Akhbar Dinner Show Dato' Sharifah Aini~Kepada sesiapa yang masih belum mempunyai tiket dan ingin menempah tiket boleh menghubungi saya nan di talian +6017-2385 185. Tiket tiket terhad.

*Penghantaran tiket percuma sekitar lembah klang sahaja
*Penghantaran percuma terhad kepada pembelian secara tunai sahaja

We'r organising :

"AN EVENING WITH DATO SHARIFAH AINI-DINNER SHOW"
LOCATION:DEWAN PERDANA FELDA KUALA LUMPUR.
DATE: 17th JULY 2009
TIME: 8.00 PM
TICKET PRICE:PER TABLE-RM 2K, RM 3K, RM 5K & VIP RM 10K
TICKET PER HEAD: RM 200, RM 300, RM 500 & RM 1K
ORGANISE BY : NACEE EVENT

For Booking please call NAN at +6017-2385 185





Monday, June 8, 2009

Kenduri Aril AF7 & Izwan Pilus


Aku baru sahaja selamat sampai dari Jasin Melaka sempena kenduri kesyukuran Aril Af7 dan Izwan Pilus. Anyway aku bertolak semalam selepas menemani Izwan live Rancangan Bintang RTM terus dari KL ke Jasin Melaka. Aku dan Izwan bertolak dari Angkasapuri dan tunggu kereta Aril di R&R Seremban. Selepas Aril sampai bersama didi kami terus bertolak bersama farith taib ke Jasin. Sampai di Jasin ibu Izwan dan Airil Puan Normah dan En Pilus dah tunggu kat lot parking.

Happy sangat sebab dapat tengok rumah baru Izwan yang dibeli untuk ibu dan bapanya. Rumah Izwan ni dah fully renovate dan menelan belanja yang agak besar. Aku dan farith apalagi membuat pusingan tawaf untuk melihat sekitar rumah baru family Izwan dan Airil. Dan yang paling aku suke ialah taman kecil yang di buat sendiri oleh ibu bapanya.

Taman Kecil

Anyway kalau korang nak tahu aku sangat rapat dengan family Izwan dan Airil sebab sebelum Izwan jadi artis aku menumpang di rumah familynya semasa bekerja di KL sebab aku dan Izwan berkawan sejak zaman Universiti dahulu sehinggalah sekarang. Aku kenal seluruh keluarga Izwan termasuk pakcik makcik nya di Melaka.


Membaca Doa

Anyway kenduri yang diadakan bersempena dengan kemenangan Aril dan sempena menduduki rumah yang baru di Jasin nie. Anyway ramai gak peminat peminat Aril dan Izwan yang datang termasuk dari KL, Kluang dan melaka sendiri.Fans Club Aril pun datang termasuk geng geng dari Murai.com. Nak saksikan gambar gambar sempena Kenduri Kesyukuran Keluarga Izwan dan Airil aksikan di bawah yer.

Awok Lovers~


Aril mendendangkan lagu buat peminat~

Peminat yang datang tak henti dari pukul 11.00 am-6.00 Pm

Aril & Izwan~

Izwan bersama peminat~

Saturday, June 6, 2009

Rompin Fest Pahang (RTM)



Aku baru sahaja pulang dari Kuala Rompin untuk show Erry di Rompin yang di adakan di Pantai Hiburan. Letih drive rasa mcm nak pengsan sebab tak cukup tido. Semalam patutnya perjalanan ke Rompin mengambil masa 4 jam bertukar ke 6 jam gara gara mengikut GPS Erry yang ting tong. Sepatutnya kami ke Kuala Rompin tetapi dlm GPS erry hanya letak Rompin dan akhir nya sampai lah kami ke ROMPIN NEGERI SEMBILAN!!!

Aku dalam keta membebel kat Erry sebab sepatutnya dia ada temuramah bersama RTM pahang pada pukul 3.00 ptg tetapi terpaksa dibatalkan sebab kami sampai di Kuala Rompin pada pukul 5.15pm. Sepatutnya aku dengar cakap Aidil yang beritahu ikut Gambang>Muadzam>Kuala Rompin. Tetapi dek gara gara teknologi GPS Erry kami berdua terlewat.

Sampai Di Kuala Rompin terus Call kak Nik (penerbit Radio RTM) minta maaf banyak2 dan terus ke belakang pentas untuk sound check. Bersama di belakang pentas jumpa dengan Ameng (Spring) dan Zawazi (penyanyi baru). Aku jugak sempat berjumpa dengan Kak Siti Fairuz yang sekarang nie bergiat kembali aktif dalam bidang nyanyian. (Tak dapat nak letak lam nie sebab gambarr aku kat Kamera Erry nanti aku letak okay). Sound check 3 lagu dan terus balik ke Hotel (Rompin Resort) dan terus boom atas katil kepenatan.

Erry tgh practise lagu~ practise jgn tak practise

Dalam kul 7.30 Aku bersiap dan kami bergerak ke Rompin Fest diiringi dengan Trop Pagero Daerah Kuala Rompin sebab kereta terlampau banyak. So senang la sikit kereta parking betul2 tepi pentas. Anyway Rompin Fest ni adalah aktiviti pelancongan yang memang diadakan setiap tahun dan di masukkan dalam kelander pelancongan Malaysia. Orang yang datang malam tadi pun memang ramai dan menurut kak Nik malam tadi adalah paling ramai.

Bergelek bersama peminat kecil gagaga...

Anyway Erry bawak tiga lagu dan yang bestnya ramai sangat peminat nak bergambar dengan erry sampai berpeluh2 mamat tu melayan peminat. Anyway orang Kuala Rompin memang best!
Sebelum balik pulak kami group mgmt artis dijemput oleh pihak Dato Dr Jamaludin Jarjis untuk makan malam bersama beliau di sebuah restoran. So berpeluang la kitaorng mengenali Dato Jamaludin bersama orang kuatnya termasuk pegawai khas beliau.

Belakang pentas ~Erry, Zawazi, Ameng, CT fairus dan Penyanyi Petronas Pahang

Anyway kepada RTM pahang TQ sebab jemput kitaorang ada masa jumpe lagi okay.

Pantai Hiburan Kuala Rompin



Sound Check Lagu Gadis Ku Lari lagi

Show jangan lepaskan

Tuesday, June 2, 2009

Erry, Iklan dan Airil AF7


Alhamdulilah sebaik sahaja lagu Erry Awek Ku lari siap di mixing dan mastered, plan seterusnya ialah membuat 1,000 salinan CD. Cabaran yang pertama ialah mampukah aku menyiapkan CD Erry Putra untuk di bawa ke Show Rompin nanti this weekend. Entah la rasanya macam tak sempat sebab off set printing mengambil masa 8 hari termasuk print poster dan burning CD.

Kalau ikutkan plan aku dah lari untuk Erry Putra. Ini disebabkan dia sibuk dengan shooting. Petang tadi pulak aku menerima panggilan kak mas suggest erry untuk rancangan Generasi X yang akan disiarkan di RTM nanti. Shooting nya hari Khamis ni dengan pelakon Sariyanti dan Fizow.

Kalau ikutkan jadual yang padat aku rasa mungkin CD nie by next week baru siap. Tapi tak apalah biar perlahan lahan dari pada buat keje yang tergesa gesa. Minggu ni sepatutnya aku received panggilan dari pada Agensi Iklan untuk buat Iklan TV untuk Erry Putra tapi diaorang tak call lagi sedangkan pas nie aku busy sikit. Tak tau nak bahagi schedule macam mana. Harap harap dapatla iklan tu kalau dapat alhamdulillah.. berserah je kepada Allah. Kalau ade rezeki tak akan kemana kan.

This week pulak aku akan mengambil cuti panjang sebab ikut erry show di Rompin seterusnya ke melaka untuk izwan pilus nya kenduri di Jasin. Famili Izwan buat kenduri sempena duduk rumah baru di melaka dan sempena kemenangan Ajam@Airil AF7 sebagai NAib Juara. Aku kenalah pergi memandangkan agak rapat dengan keluarga Izwan sebab pernah menumpang tinggal bersama familinya di Taman Melur dahulu.