Monday, June 8, 2009

Kenduri Aril AF7 & Izwan Pilus


Aku baru sahaja selamat sampai dari Jasin Melaka sempena kenduri kesyukuran Aril Af7 dan Izwan Pilus. Anyway aku bertolak semalam selepas menemani Izwan live Rancangan Bintang RTM terus dari KL ke Jasin Melaka. Aku dan Izwan bertolak dari Angkasapuri dan tunggu kereta Aril di R&R Seremban. Selepas Aril sampai bersama didi kami terus bertolak bersama farith taib ke Jasin. Sampai di Jasin ibu Izwan dan Airil Puan Normah dan En Pilus dah tunggu kat lot parking.

Happy sangat sebab dapat tengok rumah baru Izwan yang dibeli untuk ibu dan bapanya. Rumah Izwan ni dah fully renovate dan menelan belanja yang agak besar. Aku dan farith apalagi membuat pusingan tawaf untuk melihat sekitar rumah baru family Izwan dan Airil. Dan yang paling aku suke ialah taman kecil yang di buat sendiri oleh ibu bapanya.

Taman Kecil

Anyway kalau korang nak tahu aku sangat rapat dengan family Izwan dan Airil sebab sebelum Izwan jadi artis aku menumpang di rumah familynya semasa bekerja di KL sebab aku dan Izwan berkawan sejak zaman Universiti dahulu sehinggalah sekarang. Aku kenal seluruh keluarga Izwan termasuk pakcik makcik nya di Melaka.


Membaca Doa

Anyway kenduri yang diadakan bersempena dengan kemenangan Aril dan sempena menduduki rumah yang baru di Jasin nie. Anyway ramai gak peminat peminat Aril dan Izwan yang datang termasuk dari KL, Kluang dan melaka sendiri.Fans Club Aril pun datang termasuk geng geng dari Murai.com. Nak saksikan gambar gambar sempena Kenduri Kesyukuran Keluarga Izwan dan Airil aksikan di bawah yer.

Awok Lovers~


Aril mendendangkan lagu buat peminat~

Peminat yang datang tak henti dari pukul 11.00 am-6.00 Pm

Aril & Izwan~

Izwan bersama peminat~

2 comments:

Qarl said...

hye Nan!!!

maap smlm x ingat nama...

yelah ms zf kt p.d tu pun bukannya borak sgt kan?

anyway, karl ada gk update blog karl psl kenduri kesyukuran smlm.. check out k!!!

ape2 info la karl! final bintang rtm cam nk g je.. hehe

Axis Junior said...

Kalau nak pi bintang RTM senang je amik e ticket kat www.bintangrtm.com

tak yah beratur.