Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan ~

Assalamualaikum,

Dah hampir seminggu berpuasa. Dan seminggu jugak lah kita dihidangkan dengan makanan yang bermacam macam jenis. Actually bulan yang mulia nie kena banyakkan amalan. Di samping itu bulan bulan mcm nilah nak berehat dari segala aktiviti. Kalau nak cakap pasal makan nie 3 page pun tak cukup. Bagi aku apa yang lebih membuatkan aku happy dapat membuat Radio internet dekat blog erry putra. Nie pun dengan pertolongan wan kawan baik erry. Tu pun dekat 2 jam aku telefon si wan untuk bertanyakan bagaimana nak install program sam brocaster nie dengan betul.

Best jugak sebenarnya jadi dj nie sebab dapat mempelajari cara cara untuk berkomunikasi dengan baik walaupun hanya di internet. Dapat juga berchatting dengan orang orang kat luar sana tu. Alhamdulilah satu lagi pelajaran baru yang aku dapat.

Semalam aku dan geng geng rumah berbuka puasa kat luar. Best jugak sekali sekala dapat berbuka puasa di luar. Pilihan tempat kitaorang ialah Johnny's Sg wang. Ermm nasib baik kitaorang datang awal so boleh lah booked tempat. Lepas je booked tempat terus sambung aktiviti window shopping (aku). Yang lain lain tu sempat rembat seluar dan baju. Aku nya target gaji bulan ni nak beli beberapa helai t-shirt, baju melayu dan jeans baru. Insyallah. Tapi tak nak beli sekarang sebab feel tu tak sampai lagi maybe beli dekat seminggu lagi nak raya baru best.

Tunggu buka~

Makan jangan tak makan

Sepatutnya petang kelmarin aku join Rakaman Melodi raya tapi atas masalah yang tak dapat dielakkan aku tak dapat pergi. Sedih gak sebab baju melayu dah siap iron tapi pada saat akhir aku tak dapat pergi. Kebetulan pada pagi semasa sahur Iqram Dizly message aku kat chat box tanya nape aku tak pergi Rakaman Melodi Raya dia pun tak nampak Amyza Aznan dan Erry sedangkan kita orang memang tak dapat pergi.

Nak buat mcam mana tak de rezeki nak makan kat Sunway Lagoon tu.. Janji ngn Nazir (Manager Azmir Arief) pun tak dapat aku tunaikan yang mana janji sama sama nak tunggu kat sana before rakaman.

News terbaru saudara Nizam Zakaria & Ghaz (Penulis Skrip & Pengarah-Laila Sari) buzz aku kat face book untuk projek drama terbaru yang akan disiarkan secara online untuk Erry Putra. Aku pun minta skrip diemailkan dan aku baca skrip tersebut serba sedikit dan kemudian menghubungi Erry untuk mendapatkan persetujuan. Erry berminat tapi aku kena jugak pertimbangkan sebab lepas raya aku nak Erry concentrate on album dan show. Maybe nak minta pelepasan dari Nizam kalau dapat job nie. Pelepasan untuk sabtu dan ahad untuk show.Harap harap dapat sebab erry nak dua dua kerjaya dia berkembang iaitu untuk berlakon dan show tapi keja all outla jawabnya. Kalau tuan punya badan larat aku ok jer janji dia happy dengan apa yang dia buat.

K lah membebel banyak plak kali nie. Kepada semua aku nak wish selamat berpuasa semoga anda semua happy mengerjakan ibadah puasa ini k.

Monday, August 24, 2009

Radio Internet

Saya akan bersiaran di radio internet kat blog nie. Tapi kalau nak buat permintaan lagu sila ke blog erry putra untuk chat dan buat permintaan lagu! Insyallah saya akan putarkan lagu lagu permintaan anda zekiranya saya bersiaran!

Sunday, August 23, 2009

Micheal Jackson Dalam Kenangan~Video MJ


Kalau nak cerita tentang Micheal Jackson rasanya tiga hari pun tak cukup. Mungkin anda semua dah baca atau menonton apa sahaja tentang MJ nie. Aku pun bukan nak elaborate tentang sejarah Micheal Jakson tapi nak berkongsi beberapa video menarik tentang Micheal Jackson nie.

Yang Pertama perubahan wajah Micheal Jackson



Yang Kedua Iklan Pepsi yang mana Rambut nya terbakar tapi tak de lam Iklan ni




Video Rambut Micheal terbakar


Lagu "They Dont Care about Us"


Guitar Radio Mix-Black Or White~

Saturday, August 22, 2009

Review Filem "Orphan"


Aku tak pernah tengok Trailer Filem nie tapi bila budak rumah suggest untuk tengok filem nie aku pun menurut je. Sesampai nya kami di MBO ampang terus beli tiket dan tengok Show Kul 4.00 petang.

Mula mula aku ingatkan cerita nie cerita hantu tapi tekaan aku silap. Kepada sesiapa yang nak tengok boleh tapi pastikan anda tidak membawa anak kecil bawah 18 tahun sebab filem ini tidak sesuai untuk kanak kanak. Ada beberapa babak yang tidak sesuai dan tidak bagus untuk ditonton.

Secara ringkas nya mengisahkan sepasang suami isteri yang mempunyai 2 anak. Yang bongsu pekak dan bisu manakala yang sulung tidak begitu rapat dengan ibunya. Si ibu merasakan beliau perlu mempunyai anak angkat setelah anak yang dilahirkannya mati di dlm kandungan.Emosi ibu terganggu apabila dia yang mempunyai masalah ketagihan alkohol cuba bangkit dari masalah tersebut dan satu satunya cara untuk menghilangkan rasa sedih nya dengan bermain piano. Ibu dalam watak ini juga dilihat agak kecewa apabila anak bungsu perempuannya tidak dapat mendengar dan harapanya untuk mengajar piano tidak dapat dilaksanakan.

Setelah beliau mengambil anak angkat suasana yang berlaku sebaliknya. Aku tak nak huraikan apa yang terjadi di dalam filem ini kerana anda perlu saksikan sendiri bagaimana pelakon pelakon dalam filem ini bermain emosi dan perasaan.

Tahniah kepada pengarah dan barisan pelakon yang cukup hebat terutama beberapa scene yang cukup mendebarkan. Kalau tanya pendapat aku, aku lebih puas menonton filem ini berbanding Filem Transfomers. Isi cerita nya juga lain dari lain dan dan berjaya membuatkan penonton terkejut. tak percaya try tonton filem ini sendiri.



Berikut petikan komen orang yang menonton filem ini di laman Youtube:
i watched this last night , it was amasing
go and watch it
amasing twist at the end

this movie is so good!
such a good twist at the end
GO SEE IT !

this movie is bomb as fuqq
everyone need to go see this =P

I Love This Movie!!!!

Friday, August 21, 2009

Hamper Raya by Iffa Raziah



Semasa bertemu Iffa Raziah soalan pertama aku "kenal lagi saya tak?" Kenal.. jawab Iffa Raziah yang terkenal dengan lagu Ser Ser Ser...hahaha.. Iffa Raziah sememangnya seorang yang kuat daya ingatan. Dia boleh kenal muka aku masa jumpe kat maluri dan wangsa maju dan yang paling dia ingat tahi lalat kat pipi aku. Bile aku join industri hiburan dia still kenal. Hahahah. Kalau Roslan Shah plak jumpe aku 4 kali pon blur blur. Aku tak salahkan dia la maybe sebab dia jumpe ramai orang tak leh nak cam orang.

Baru baru nie aku berkesempatan jumpa Iffa Raziah kat Karyawan Artis Bazaar kat Armcorp mall. Dia jual Hamper Raya. Aku apalagi borak borak ngn Iffa dan terus ambil business cardnya. Aku dah janji nak tolong promote Hamper Raya by Iffa Raziah. Memang Iffa antara artis yang pandai membuat bisnes. Di samping tu dia jugak seorang yang kuat bekerja. Yer lah kan jadi pengacara wanita Hari Ini, Berlakon , nyanyi dan skg Business woman. Satu contoh yang hebat. Jum tengok hamper Iffa raziah.

Kenari (Code:003) RM 120.00
Kandungan
3 jenis Kuih
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-Hazelnut

Kenari 4(Code:004) RM 150.00
4 Jenis Kuih
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-Hazelnut
4-Cuppucino Crunchy

Camar(Code:002)RM 150.00
3 Jenis Kuih
1-Tart Matahari
2-Hazelnut
3-Batang Buruk

Merpati(Code:008) RM 180.00
4 Jenis Kuih
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-Hazelnut
4-Batang Buruk

Bangau Kecil (Code:001) RM 180.00
3 Jenis Kuih
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-Hazelnut

Bangau Besar(Code:010) RM 300.00
Kandungan
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-Hazelnut
4-Batang Buruk
5-Dodol
6-Kurma (1Box)
7-Minuman Sparkling (1 Liter)
8-Dunchy Original Biscuits
9-Frey Chocolate


Helang Laut (Code:007) RM 280.00
Kandungan
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-Hazel Nut
4-Batang Buruk
5-Dodol
6-Kurma (1 Box)
7-Minuman Sparkling (1 Liter)
8-Sesame Straw(Crispy Puff)

Helang Merah(Code:009) RM 350.00
Kandungan
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-HazelNut
4-Batang Buruk
5-Kurma (1 Box)
6-Dodol
7-Minuman Sparkling
8-Sesame Straw (crispy puff)
9-Frey Chocolate
10-Dunchy Original Biscuits


Kasawari (Code:011) RM 500.00
Kandungan
1-Tart Matahari
2-HazelNut
3-Almond London
4-Batang Buruk
5-Dodol
6-Kurma
7-Minuman Sparkling
8-David Doff Coffee
9-Jem St. Dalfour (1 Botol Besar)
10-Ferrero Rocher (1 Box Big)
11-Choc Syiling Emas (1 cup)
12-Sesame Straw

Cendrewasih (Code: 012) RM 500.00
Kandungan
1-Tart Matahari
2-Almond London
3-HazelNut
4-Batang Buruk
5-David Doff Coffee
6-Jem St. Dalfour (1 Botol Besar)
7-Frey Chocolate
8-Dunchy Original Biscuits
9-Choc Syiling Emas (1 cup)
10-Minuman Sparkling
11-Dodol
12-Bekas Lilin

Selamat Menjalani Ibadah Puasa jangan puasa yang yok dah la yer~

Monday, August 17, 2009

Mc for Opening Concert Paralympic in Stadium Putra Bukit Jalil & Karyawan Bazzar at Armcorp Mall




Bangun lambat hari nie sebab semalam penat sangat setup booth untuk Jualan Karyawan Bazzar sempena mengutip tabung untuk Kanak Kanak hiv/Aids. Actually dapat join Karnival nie apabila penyanyi Dior memberi pamplet semasa menemani Zwen photoshoot dengan Media Hiburan kat Menara KL. Aku pun apalagi terus cakap nak join dengan menjual perfume , single zwen, Karaoke VCD izwan, brooch hand made by Izwan Pilus dan kaset kaset lama.

Acara ini dianjurkan bersama sama dengan Suria FM selaku radio rasmi. Ramai artis yang hadir memeriahkan acara ini antaranya Aizat, Iqwal, Dior, Iffa Raziah, geng stacy, Alliff Af, Rizu (OIAM),Dayang Nurfaizah,Francissa Peter,Azian Mazwan Safwan,Roslan Shah, Faizal AF4, Imuda, Amelya dll.Aku plak join venture dengan Izwan Pilus yang lelong Hand Made Broochnya dengan VCD.

Kelmarin Plak Kak mas ade event dengan KL Asian Paralympic Games kat Stadium Putra Bukit Jalil dan Kak mas minta aku datang sebab MC Ritchie Rachman ada hal yang tak dapat dielakkan so aku pun menggantikan abang Ritchie untuk 2 mini konsert. Pak Lah dan Tun Jeanne datang merasmikan event ini dan artis yang datang menghiburkan termasuk Zila Zeeron (AF), Sheila Abdul dan Lain lain. Walaupun aku jadi MC bidan terjun aku tetap buat beberapa persiapan 30 minit yer sebelum konsert. Walaupun dibayar half payment yang sepatutnya diberikan kepada Ritchie Rachman aku ok je as long payment been made.Cuma kesian kat Sheila Abdul Sound Man salah pasang lagu~ Sabar yer Shiela.

Kalau sapa nak suruh aku buat MC pun boleh tak kira la event dinner ker, Kawin ker, konsert ke. bayaranya pon tak de la charge mahal mahal janji dua dua pihak puas hati k.


Sempat bergambar dengan Zila AF~Cute kan Zila nie (bergambar selepas show)


Cakap banyak pun tak guna jom tengok gambar gambar sekitar Jualan karnival nie.


Booth aku dan Izwan (nama aku takde sebab aku bukan artis gagagag)

Booth aku join venture dengan Izwan Pilus~

Semasa setup tak ramai lagi masa nie

Hand Made Brooch nie pernah dipakai oleh Izwan untuk Show

Brooch dan Old Kaset

Booth Dayang Sayang Kamu "Dayang Nurfaizah"

Booth Dior

Booth Aizat dengan Cup Cake~

Booth Ifa Raziah dengan Hamper Kuih raya nya Sapa nak buat hamper kuih raya dari Iffa Raziah boleh call aku K. ade beberapa jenis hamper ditawarkan oleh Hamper Iffa raziah~

Booth Francissa Peter~Fran sedang sibuk melayan customer

Booth Stacy~

booth penyanyi Iqwal~

Aliff Af sedang sibuk jual barang yer.

Dayang wat show~

Owh Lupa kepada sesiapa yang nak buat Bisnes Perfume (inspired By Branded Perfume) nie boleh contact aku dan aku boleh bagi harga Retail yang berpatutan untuk korang buat bisnes nie sendiri. Ada banyak haruman antaranya:
1-Hugo Boss
2-Jadore-Christian Dior
3-Tommy Girl
4-Escpace-Calvin Klien
5-Femme-Boss
6-Issey Miyaki
7-Cool Water-Davidoff
8-Tuxedo
9-Happy-Clinique
10Eternity-Calvin Klein
11-Channel-Allure
12-Kenzo Flower
13.Blue Desire-Dunhill
13-Escape-Women and men

CK one, tommy boy,Burba Rella, star women,bulgari men dan banyak lagi lah tak larat nak sebut.

Keistimewaan minyak wangi nie ialah tak de Alkohol, dan kalau kena baju akan tahan baunya selama 3 hari beb! dan ianya halal dan boleh bawa dalam sembayang. So jangan ragu ragu. Ianya boleh dibeli sebotol dan aku tak jual dalam pakej banyak banyak botol mcm jenama lain sebab ade orang tak suke beli pakej banyak banyak sebab bukan semua haruman diorang suka.

Ade 5ml dab 12 ml so sapa sapa nak buat bisnes nie sempena ramadhan dan syawal nie aku alu alukan. Boleh je contact aku kat +6017-2385185. Kalau nak beli terus kat aku pun boleh aku boleh hantarkan tapi jangan la beli sebotol yer kalau nak aku hantar sebab sebotol duit minyak pun tak leh cover.


Contoh 15 ml~RM 15.00 sebotol~

Small Size bottle~RM 5.00

Perfume yang aku jual nampak tak?-Kalau korang nak tahu minyak wangi aku jual boleh tahan jualannya~

Friday, August 7, 2009

Hari Akhir, Bulan & Bloggers



Jam 3.50am Sebaik pulang jumpe remy dan edie kat Jalan Klang lama aku terus drive balik rumah. Seperti biasalah update blog. Nak tulis apa ya? Setakat nie 2 bende je dalam kepala aku iaitu nak tempek gambar saat akhir kat opis , Bulan Nisfu S'aaban dan blog.

Alamak 3 la bukan 2. Takpelah bendal je walaupun jam dah nak dekat pukul 4am aku nak gak tulis hari-hari akhir kat opis. Hari nie malas nak keje. Hari last selepas 6 tahun aku keje kat syarikat nie. 4 kali ditukarkan dari keje kat maluri, tukar kat Bandar Utama tukar ke Kepong dan kemudian ke Setiawangsa.. Ermm Fikiran kosong.. ade sikit lagi keje. Settle sikit sikit. Sign staff punya borang cuti dan letak transfer cost form yang dah diisi termasuk pengiraan kwh electricity dan air. Transfer cost paling banyak dekat RM200K, Biol kepala otak aku mengira bil. Harap harap pengganti aku bole sambung tugas tugas aku sebelum nie. aku dah penat buat bende yang sama dalam masa 6 tahun. So nak tukar bidang plak even aku buat part time je selama nie dan tolong sikit2.

Meja aku yang dah dikemas~tapi mcm tak kemas je hahahah.., beg tepi tu nak tengah pek barang

Kat office pun tak de orang, tinggal Ima dan Ila yang lain becuti.. Iqram plak balik rawang, Gasak la ko Iqram pas nie buat la keje aku plak yer walau pun ko sebenarnya tak patut dibebankan tugas2 aku. tapi apa boleh buat company pun tak nak amik orang lagi sebab nak jimat kos.. terpulang la kan No komen.

Kenapa aku tak rasa sedih hari terakhir kat opis? aku pun tak de jawapan. Mungkin sebab team team masa opening dah tak de kot. Hanya yang aku mampu buat, snap beberapa picture gambar meja aku yang dah diclearkan 1 hari sebelum. Ntah la tak tau nak cakap apa. Pas je snap gambar terus angkat kaki. Sempat jugak aku bersalam dengan team maintence.. aiii takkan salam kosong kot tak de hadiah kek ke, baju ke, laptop ke hahaha.. tak de.. Tapi Abie bagi aku T-Shirt! Wah seronok gak aku. Dah lama mintak t-shirt beez Kids yang ditempah Abie untuk team Inflatable playland nya. Akhir nya dapat gak siap belanja aku kat Oldtown Cofee..Sambil cerita projek dinner sebuah yayasan. Bukan Yayasan Nur Jiwa yang Dato Ct punya yer. tapi yayasan ape nth dah lupe.

Minggu nie gak bersempena dengan Malam Bulan Nisfu Sa'aban sebelum menyambut kedatangan bulan ramadhan aku sempat snap beberapa gambar bulan yang cukup membuatkan aku leka. Sangat terang.. Kalau korang tengok bulan 2-3 hari lepas korang akan perasaan bulan sangat terang dan cantik. Tak percaya tengok nie..

Terang sangat sangat yang sebelah warna kuning tu bintang tapi ada satu je..

Ciptaan Allah (SWT)~ Kalau tengok mata kasar nampak permukaan bulan


Pendaratan Pertama Manusia Di Bulan


Dibulan~

Terpaku aku tengok bulan malam tu. Malam Nifsu S'aaban nie adalah malam Hari amalan kita dinaikkan Allah (SWT) naik ke langit. So kepada semua yang baca bersiap sedialah untuk buka buku baru dengan amalan yang baik ok. Harap2 begitulah

Pasal blog aku ade baca beberapa blog selebriti tanah air .. ermm takut nak komen sebab kontroversi beberapa blog nie. Kalau aku komen kang tak pasal pasal aku masuk court or orang marah nanti kalau komen tak betul. Sebagai bloggers aku jaga blog aku je. Tak nak komen blog orang lain sebab orang lain pun tak kacau blog aku. Yang penting aku dengan dunia aku~Yang baik aku jadikan contoh dan pedoman yang tak elok aku jadikan sempadan. Insyallah~

Wednesday, August 5, 2009

Ibnor Riza (ZOOM IN 180)



Masuk bulan nie dah 2 kali aku demam. Today masa pergi beli nasi hujan renyai2. Tak aspek apa apa until petang badan rasa macam tak sihat. Lepas je submit payment voucher kat maluri aku mcm khayal sebab pening, terus stop kereta kat parking dan rehat 10 minit. Dalam musim H1N1 aku agak cemas..

Masuk maghrib badan aku rasa tak sedap. Kena aircond terus longlai kaki dan badan. Tak tahu nak kemana aku terus masuk bilik discussion tarik 3 kerusi dan terus lelap. Sedar sedar dah nak masuk pukul 9 malam. Perut memulas, tekak pulak loya mcm nak muntah. Nampak faizal sedang photostat something, "Faizal teman saya gie klinik jap tak larat nak drive"." Tak leh saya ade bende nak buat sikit"." Ok" balas aku perlahan. Dokumen aku masukkan dalam beg perlahan lahan. Mata mencari Iqram tapi dia tak de.. Ermm tak pelah aku terus capai kunci kereta ambil beg dan shut down Pc. Kalau ikutkan time kje aku habis kul 12 malam tapi aku dah tak larat. On the way dalam kereta aku call rizal.

"Ko biar betul, baik ko gie klinik," nasihat Rizal dalam phone. Mata aku berpinar2, Nasib baik jalan Ampang tak jem. Terus aku meluncur ke Desa Pandan dan singgah ke klinik pusat rawatan islam.. tapi sebaik tiba aku tengok ade 5 orang sedang menunggu time untuk berjumpa doktor. Perut memulas mulas minta disi. Tapi aku tak de selera nak makan. Ok takpelah aku g makan dulu. Sampai je restoran bersebelahan klinik, aku tak der selera langsung. Tambah dengan hidangan kari ikan, kambing dan gulai2 di kedai mamak membuatkan loya aku menjadi2. Akhirnya sup kosong dan nescafe tarik menjadi santapan untuk mengalas perut.

Betul kata orang kalau demam kita kena makan bende bende panas dan nasib baik jugaklah aku boleh hirup sup sikit. Disebabkan badan rasa sejuk dua dua minuman dan makanan aku panas. Lepas je habis makan terus ke klinik masa nak menunggu badan aku tiba tiba ok dan tak panas mungkin sebab penangan makanan panas tadi sampai aku berpeluh. Check dengan doktor doktor kata ok tapi pening2 lalat aku masih ada. Cuma pesan dia sebelum aku balik , "esok kalau tak ok datang balik". 4 jenis ubat dia bagi..seperti biasa aku tak akan mkan ubat tu kalau tak betul2 parah demam nie

harap tak demam sebab esok aku masih perlu ke pejabat untuk menyiapkan bil bil akaun syarikat dan buat beberapa kerja admin. Sampai di rumah aku terus duduk kat sofa. Tengok TV.Rancangan tak de yang menarik. Terus aku capai remote, beg yang sandang pun aku tak sempat letak lam bilik. Letak tepi je.. pening aku tak habis lagi. Buka chanel 180 (Muzik Aktif) ada Zoom In artis 80-an. Penyanyi Ibnor Riza. Lama tak dengar cerita Ibnor Riza terus aku ambil bantal dan letakkan remote kat tepi dan tengok rancangan tu. Tiba tiba mata tertumpu dengan nyanyian Ibnor.. "sedap suara abg ibnor, bisik aku sorang2. Sebelum ni aku tak pernah tengok Ibnor nyanyi live tapi tadi aku terpaku apabila tengok Ibnor Riza menyanyikan lagu Berdiri aku sebagai seorang perindu dengan penuh perasaan, nampak airmata nya bergenang apabila Kamera fokus betul2 muka Ibnor riza dan aku dapat rasa betul feel dia.




Inilah yang dikatakan penyanyi yang betul betul berbakat sebab Ibnor menyanyi dari hati dan aku betul2 dapat rasa apa yang dia nyanyikan. Kelopak mata dia pun bergenang mungkin ada sejarah disebalik lagu tu.. Tabik spring aku pada Ibnor. Bukan senang nak bagi apa yang kita rasa melalui lagu.. tapi he did it walau pun aku sendiri tak pernah dengar lagu tu sebelum nie.

Bukan senang nak membawa lagu penuh perasaan silap silap haribulan sumbang bunyi nya. Lepas habis zoom in aku terus duduk di hadapan pc dan menaip. Mata terpandang hadiah perpisahan yang belum aku buka. Tak tahu nak buka atau tak. Kalau ikutkan hati aku nak simpan hadiah tu sebab aku tak mahu sebut perpisahan terutama dengan kawan kawan kat opis. Aku ada kat KL nie tak pergi mana cuma mungkin aku akan sibuk dengan kerja sendiri. "Tak besh la nan tak de pas nie".. kata kata yang diulang beberapa kali oleh teman kerja yang lain. Aku diam tak tahu samada aku perlu jawab atau tak kata kata tersebut. Aku tak ada pilihan lain kecuali melemparkan senyuman..

Sunday, August 2, 2009

Singapura Tour & Nokia 6260



Hmm..Rasanya bukan jelajah kot just 2 hari so sebut lawatan sambil belajar la .... 1 dan 2 August aku dan erry mengikuti Tour Sutramaya di Singapura. Dua hari mempunyai jadual yang agak pack.

Pagi 1 hb kat LCCT aku dah risau sebab aku sampai awal untuk check in tapi yang besh nya orang yang sepatutnya datang awal tak datang datang lagi. Jam dah menujukkan 8.45 am tapi erry masih belum sampai. Bila sms jawabnya on the way. Risau gak aku sebab lagi 30 minit pintu untuk departure akan tutup. Flight ke singapore pukul 10.00 am. Nasib la lebih kurang 5 minit before pukul 9 am erry sampai dihantar oleh kak Rozi dan anak buahnya yang bernama Aiman.

Oiii.. lambatnya ko smpai, sergah aku! heheh dengan muka seposen erry jawab ubat aku makan kuat nak mampuih kul 7 lebih aku bangun. Dah2 jom check in. Bergegas aku check in dengan erry. Awal2 lagi aku dah masukkan kotak dunhill 20 kat beg erry sebab singapore tak leh bawak masuk rokok banyak2. So beg aku satu beg erry satu walaupun dia sebenarnya tak smoking.

On the way ke Kapal terbang mata aku melilau ke lantai , erry plak ketinggalan kat belakang sebab dok asyik main Black berry dia yang konon nya sekarang trend. Tiba2 aku nampak bende silver kat lantai! Apo tu.. aku pun bergegas tengok, WAH HANDPHONE NOKIA 6260!!! apa lagi terus aku ambil. Aku tak curi sebab time tu aku jumpe dan kami pun antara orang yang terakhir naik kapal terbang terbang. Erry kemudian perasaan aku amik something terus dia tanya. Ko ambik apa tadi ? heheheh handphone jawab aku dengan muka yang baru kena nombor ekor!

Inilah Rupe Nokia yang aku jumpe~Kat Malaysia tak de jual lagi
ada wifi, navigator, kamera 5 megapixel. Warna yang aku jumpe silver



HAH!! bak sini nak tengok, tak leh aku cakap terus aku simpan poket hahahaha.. rupa2nya handphone tu handphone arab. sebab dekat key pad dia ade simbol tulisan arab. MAsuk dalam fight tunggu jugak kalau pramugari annouce kalau ada sape2 jumpe handphone kat bawah tapi tak de. so aku punya la kan phone tu sebab aku tak curi. Jumpe hehehehe...

Mula mula aku tak tahu yang phone ni sebenarnya tak jual lagi kat Malaysia tapi Erry beria ria suruh aku jual kat dia. Aku fikir gak persal la mamat ni nak sangat sampai beria2 suruh jual kat dia! Bila gie tanya kat Kedai nokia baru aku tau yang phone nie baru dan belum berada di pasaran Malaysia

Sampai je singapore aku dan erry di pickup oleh Lady semut dan terus dibawa mereka ke restoran indian food yang halal. Syok jugak kat restoran nie makannya ala ala mamak style. Time makan kami dibrief kan oleh kak semut tentang jadual pada hari tu. mula2 interview dengan majalah sensasi singapore then ke media Corp untuk interview dengan radio Warna dan Ria. Fasya Sandha plak sepatutnya join flight kitaorang terlambat dan dia ambil filght lain dengan Min (Manager Fasya) dan akan join kitaorang pukul 2.00 petang.

Banyak nya! Aku tak habis pun~

Makanan Erry Nasi berani(beriani) ada berani makan? Erry tak habis pun macam nak makan 2 orang


Lady ant (pak malau on the way (husband lady ant)

Moh makan, Erry tu 2 in 1 (makan dan bercakap)

Lepas perut da kenyang kitaorang ke tempat penginapan, tukar baju terus interview dengan Majalah Selebriti (Ala2 Majalah URTV). Tengah interview fasya sampai dengan Min. Habis je interview terus ke Media Corp. Lepas Media Corp aktiviti Free sampai malam. Yeahaaaaaaaa aku apalagi tukar seluar terus round bandar singapore, Erry plak mcm nak demam so dok la dia lam bilik tido sorang2 aku round singpore walaupun tak de peta.

Sedang ditemuramah untuk magazine "Selebritii"

Ini lah majalah Singapura Selebriti

Photoshoot dengan Berita Harian Singapura

RZ dj di cna Ria Station~Erry jadi Ju on kah kah..

Erry bersama 2 artis Singapura yang sebelah kanan tu Syed Azmir artis Ajai

Pentas~

Suhaimi MC dan pelawak terkenal Singapura

Crowd mmg happening!

Review singapore~ hehehe Bandar yang bersih bangat, Bangunan semua nampak baru (peraturan kat singapore nie memang mcm tu bangunan kena maintain dan kena cat kalau dah masuk beberapa tahun), Sejuk mata memandang sebab kat Singapura nie penuh dengan pokok even bangunan pengcakar langit banyak dah macam dalam taman kota nie! Superb beb sebab aku suke sangat redup je jalan2 kat town! bangunan kat sini pun design nya canggih. Jom tengok beberapa gambar sepanjang kat sana


Salah satu bangunan yang unik


Buliding kat cna boleh tahan tinggi!

Tengok la pokok tu!

Salah satu bangunan unik dalam pembinaan (dengar kata Kasino)

Tinggi ooo nie "Singapore Eye"


Bugis Complex (Open Air tapi ade aircond) Cantik


Water Fountain yang unik

Lawa kan building cna

Kat Media Corp Belakang tu Fasya Sandha dengan Black Berry nya

Sebelum interview Radio

Interview Dengan berita Harian Singapura-Fasya gambar u dah lawa dah kang rosak abg tu punya Kamera (Sing 25k ooo)

Erry sedang ditemuramah

Soalan seterusnya Siapakah Nama perdana menteri Singapura tahun 1983?. Erry aaaaaa... gagagagag

Aksi bengong aku time rounding!

Erry "Oiit ape tu Ju on ke"

Aku duk depan besh tak sempit.hahah belakang Erry, Min(Manager Fasya) dan Fasya. Oiit Fasya u tengok apa hah!


Inilah Pak Malau~His Cool beb~





Nilah Hotel kitaorang dekat Arab Street!

Sebelum Show Kat Jurong Point. Di interview ngn Star Hub~ Sensasi ala ala melodi kot

Borong CD kat Geylang! Erry beli sampai 8 CD semua lagu Indon. Ada yang takde kat KL
Takpe ke beli banyak2 nie?-Erry, Bedal jelah-Aku tapi harga nya adooi... Sing Dollar yer

Crowd cna Happening!

Tour Guide kitaorang! Lady Semut dan Pak Malau-Gambar B4 Pulang

Anyway Singapore memang best! Pas nie aku plan nak gie Bali or Bandung plak ngn erry kalau dapat sponsorship kan besh!!