Friday, August 7, 2009
Hari Akhir, Bulan & Bloggers
Jam 3.50am Sebaik pulang jumpe remy dan edie kat Jalan Klang lama aku terus drive balik rumah. Seperti biasalah update blog. Nak tulis apa ya? Setakat nie 2 bende je dalam kepala aku iaitu nak tempek gambar saat akhir kat opis , Bulan Nisfu S'aaban dan blog.
Alamak 3 la bukan 2. Takpelah bendal je walaupun jam dah nak dekat pukul 4am aku nak gak tulis hari-hari akhir kat opis. Hari nie malas nak keje. Hari last selepas 6 tahun aku keje kat syarikat nie. 4 kali ditukarkan dari keje kat maluri, tukar kat Bandar Utama tukar ke Kepong dan kemudian ke Setiawangsa.. Ermm Fikiran kosong.. ade sikit lagi keje. Settle sikit sikit. Sign staff punya borang cuti dan letak transfer cost form yang dah diisi termasuk pengiraan kwh electricity dan air. Transfer cost paling banyak dekat RM200K, Biol kepala otak aku mengira bil. Harap harap pengganti aku bole sambung tugas tugas aku sebelum nie. aku dah penat buat bende yang sama dalam masa 6 tahun. So nak tukar bidang plak even aku buat part time je selama nie dan tolong sikit2.
Meja aku yang dah dikemas~tapi mcm tak kemas je hahahah.., beg tepi tu nak tengah pek barang
Kat office pun tak de orang, tinggal Ima dan Ila yang lain becuti.. Iqram plak balik rawang, Gasak la ko Iqram pas nie buat la keje aku plak yer walau pun ko sebenarnya tak patut dibebankan tugas2 aku. tapi apa boleh buat company pun tak nak amik orang lagi sebab nak jimat kos.. terpulang la kan No komen.
Kenapa aku tak rasa sedih hari terakhir kat opis? aku pun tak de jawapan. Mungkin sebab team team masa opening dah tak de kot. Hanya yang aku mampu buat, snap beberapa picture gambar meja aku yang dah diclearkan 1 hari sebelum. Ntah la tak tau nak cakap apa. Pas je snap gambar terus angkat kaki. Sempat jugak aku bersalam dengan team maintence.. aiii takkan salam kosong kot tak de hadiah kek ke, baju ke, laptop ke hahaha.. tak de.. Tapi Abie bagi aku T-Shirt! Wah seronok gak aku. Dah lama mintak t-shirt beez Kids yang ditempah Abie untuk team Inflatable playland nya. Akhir nya dapat gak siap belanja aku kat Oldtown Cofee..Sambil cerita projek dinner sebuah yayasan. Bukan Yayasan Nur Jiwa yang Dato Ct punya yer. tapi yayasan ape nth dah lupe.
Minggu nie gak bersempena dengan Malam Bulan Nisfu Sa'aban sebelum menyambut kedatangan bulan ramadhan aku sempat snap beberapa gambar bulan yang cukup membuatkan aku leka. Sangat terang.. Kalau korang tengok bulan 2-3 hari lepas korang akan perasaan bulan sangat terang dan cantik. Tak percaya tengok nie..
Terang sangat sangat yang sebelah warna kuning tu bintang tapi ada satu je..
Ciptaan Allah (SWT)~ Kalau tengok mata kasar nampak permukaan bulan
Pendaratan Pertama Manusia Di Bulan
Dibulan~
Terpaku aku tengok bulan malam tu. Malam Nifsu S'aaban nie adalah malam Hari amalan kita dinaikkan Allah (SWT) naik ke langit. So kepada semua yang baca bersiap sedialah untuk buka buku baru dengan amalan yang baik ok. Harap2 begitulah
Pasal blog aku ade baca beberapa blog selebriti tanah air .. ermm takut nak komen sebab kontroversi beberapa blog nie. Kalau aku komen kang tak pasal pasal aku masuk court or orang marah nanti kalau komen tak betul. Sebagai bloggers aku jaga blog aku je. Tak nak komen blog orang lain sebab orang lain pun tak kacau blog aku. Yang penting aku dengan dunia aku~Yang baik aku jadikan contoh dan pedoman yang tak elok aku jadikan sempadan. Insyallah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment