Tuesday, October 20, 2009
Dato'CT & Aidil AF3
Satu hari yang memenatkan. Terjaga pukul 11.30 sedangkan aku janji dengan wartawan Zul Husni pukul 12.00 tghari untuk potoshoot Aidil AF3. Terus call Zul dan ammend waktu Photoshoot kepada 12.15 tghari. Seperti biasa Zul sms cakap ok, take your time. Terharu plak sebab tak kena marah dengan Zul. Yerlah orang nak buat cerita ttg Aidil so aku kena la awal. Bagi yang tak tahu aku jugak jaga Aidil AF3 secara freelance. Setakat nie kalau ade yang nak minta aku tolong secara freelance aku ok jer as long tak kacau jadual keje aku yang padat. So ade few artist yang dah minta tolong. Setakat nie aku buat freelance PR untuk Aidil AF3, Erry Putra, Aliff AF6, Rem, Fazli Zainal, Razali Hussain& Shajiry. Kalau ada yang nak panggil diaorang untuk show boleh je call no yang tertera kat blog nie K. Kalau nak artis lain pun tak de masalah just call no aku tu.
Anyway to Zul Husni TQ very much sebab buat cover tentang Aidil. Kalau korang nak baca tentang Aidil AF3 nie(mmber baik mawi) jangan lupa beli Berita Harian Ahad nie k. Ada surprise tentang Aidil. Wait N See. Lepas je Photoshoot aku bergegas ke Rumah Terbuka TV3 yang diadakan semalam Isnin 19th Oct untuk teman Erry Putra buat Show. Alhamdulillah sebaik aku sampai erry pun sampai. Terus aku jumpa ngn Ian(Manager Corprate Affair & Special Event) untuk bagitau aku dah sampai. Sian Ian bz berbenor sebab Event nie under dia. Anyway still dia sempat sms aku tadi minta maaf sebab dia Bz. Dun worry Ian aku faham ko bz.. Dun worry K.
Ramai gak artis dan personaliti TV3 datang memeriahkan Rumah Terbuka. Yang paling best Dato CT pun ade ngan Datuk K. Cuma tak sempat nak ambil gambar sebab orang yang datang kerumun Dato CT ramai.Dalam sibuk2 sempat jugak jumper dengan ex-staf company lama kat sini. Terkejut diaorang bila tengok aku ngn artis. Hahaha.. Glamor la ko yer.. Nth tak rasa apa2 pun balas aku. Semua nie pun as fren. Tak der bezanya semua manusia. Janji aku jalankan tugas aku dengan baik.
Oklah aku pun tak nak tulis panjang sebab dah ngantuk. owh lupa nak say thnks kat Abg Sam Kassim sebab bagi no. KakRozie. Kim salam sama Noryn Aziz ya.. Cian Noryn , dia tak dapat ingat aku cuma dia tegur kata kat mana jumpe belakang pentas hahahha.. Noryn I will meet nanti I bagitau kat mana kita jumpa :)
Dato CT nanyi lagu raya~
Aidil AF3 & Pak Ya(Juruphoto Berita Harian)
Posing jangan tak posing~
Nantikan News Aidil AF3
Aidil ditemuramah oleh wartawan Zul Husni(Antara wartawan senior dalam dunia hiburan)
Saturday, October 17, 2009
Pisau Cukur, NST Open House&Murai.com & Eqien Weeding Market
Poster
Tiket~
Poket Calendar
Assalamualikum alhamdulilah selepas selesai Karnival di dungun aku sibuk pulak dengan press relase MLC grop of Companie yang menganjurkan Majlis amal dengan anak anak yatim dan tahfiz bersama Mawi, M.Nasir dan Nash di Mandarin Oriental KL pada 1hb November di KL. Maklumlah nak buat PC(press conference) dah tak sempat. So aku dan Kak mas hanya membantu MLC dengan menyediakan Press Release untuk media. So kat sini nak ucapkan terima kasih pada wartawan hiburan di Harian Metro (Yanie), Zul Husni (Berita Harian), Along(Editor-Kosmo),NST-Suraya Al Attas-Editor, Abie(Metro ahad, Kak Wanda, Abg Nizam Kring Kring, Intan Diana,digun (Sinar), Shazana (Media Hiburan).
Sebenarnya kerja wartawan tak tentu masa. Kena pulak buat coverage story malam lah jawabnya balik rumah tapi diaorang still layan aku dan Kak Mas bila kitaorang anta press relase nie. Thnks sebab bantu aku dan Kak Mas. Harap harap masa event nanti media dapat hadir bersama sama meriahkan Majlis Makan Malam Amal ini nanti. Insyallah.
Oklah dalam minggu nie aku berkesempatan menonton Gala Premier "Pisau Cukur" bersama wartawan dan pelakon pelakon filem ini kat Cathay Cineleisure. Ramai wartawan yang hadir untuk menonton seterusnya menghadiri sidang media. Kalau tanya pendapat aku filem ini "OK" untuk ditonton. Cuma ada beberapa adegan kelihatan seperti diadakan di studio. Penampilan Nabil(Raja Lawak) dalam filem Pisau Cukur ini aku rasa "OK" untuk scene program realiti, tapi apabila dia muncul lagi ketika di kapal aku rasa macam tak sesuai. Itu pendapat akulah. Dari segi lakonan Fazura berjaya menghidupkan kararektor cuma Maya Karin aku nampak macam biasa. Tapi rupa rupanya memang pengarah nak Maya Karin dalam filem nie berlakon karektor begitu. Penampilan Datuk Rahim Razali memang "BESH" sebab lakonan sebagai Datuk yang gatal menjadi!. Ternyata Datuk Rahim boleh bawak macam macam watak. Teringat pulak aku menonton watak Datuk Rahim dalam filem "Cinta"-Arahan Kabir Bhatia.
Aaron Aziz pun okay yang berlakon sebagai detektif persendirian. Cuma pelakon baru lelaki dalam filem ini aku tak kenal sangat tapi lakonannya bolehlah. Tak adil plak aku memberikan komen beria2 sebab aku nie pun bukannya pandai sangat dalam bidang lakonan. Overall filem Pisau Cukur aku kategorikan sebagai "OK" dan bolehlah untuk kita pergi tengok. Harap sesiapa yang membaca pergilah tengok filem nie dan support industri filem tempatan k.
Dalam minggu nie jugak aku berkesempatan pergi ke rumah terbuka NST & Berita Harian di Hilton dan rumah Terbuka Murai.com yang diadakan di rumah anak anak yatim di Subang Jaya. Di Hilton sambutan diadakan cukup meriah. Ramai personaliti dan artis yang hadir antaranya Aznil, Irma, Farahwahida, Dafi, Nubhan, Nikki dan lain lain. Datuk Farid dari TV3 pun hadir. Aku dan Kak Mas sempat jumpa dan salam dengan Kak Cham-Editor Berita Harian dan En Adam-Editor untuk Harian Metro. Sempat jugak salam dengan Dato'Sharifah Aini. Kebetulan Kak Mas memang mengenali Dato Sharifah Aini dan jadi MC untuk Press Conference-Dato Sharifah Aini baru baru nie.
Izwan dan Dato Sharifah Aini
Aznil & Irma
Lepas je ke Hilton terus g jumpa Geng Murai.Com. Best gak aktiviti kat murai ada pertandingan Karaoke. Sempat juga salam dan borak2 ngn Elly dan wartawan murai yang lain. Anyway Kari ayam kat rumah terbuka Murai.com memang SUPERB. 5 Bintang aku kasi. Punyalah sedap!! Kat sini jumpe abg nas-melodi dan artis artis yang lain. Bagi aku ok jugak adakan rumah terbuka kat rumah anak yatim ni. At least adelah jugak hiburan sekali sekala buat mereka tapi kalau tak silap murai.com memang selalu buat dengan rumah rumah anak yatim untuk event mereka.Bravo untuk team murai. Teruskan usaha murni anda itu ya.
Aku jugak dalam minggu nie sempat menghadiri rumah terbuka Eqien tuan punya weeding market. Eqien nie adalah usahawan berjaya yang buat bisnes weeding. Aku kenal Eqien nie pun dari PA Rozita Che Wan-Shahdan. Kalau sesiapa yang nampak bunting kat bawah ni aku lah orang yang deal job nie untuk Erry Putra. Erry berganding dengan Ayu Raudhah untuk jadi Model Iklan Bunting Eqien . Memang meriah majlis terbuka eqien nie. ade band lagi. Sempat gak la aku bawak Izwan dan aliff untuk membuat persembahan.
Bunting Eqien Butik
Gambar Besar ini terpampang sebelum korang masuk Eqien Weeding Market. Owh Lupa Butik weeding market nie terletak di Centrium Setiawangsa belakang Petronas Setiawangsa yang ada Giant tu.
Flower Arch yang terdapat dalam Eqien Market
Flower Stand
Contoh Pelamin
Candle Stand yang terdapat di Eqien Butik
Silver Candle stand
Contoh barangan yang terdapat di Eqien Butik
Kalau ade yang nak call eqien butik untuk sewa dewan, meja kerusi dan lain lain boleh terus ke Centrium Lot 12861 Setiawangsa.
Eqien sambut birthday malam tu~
Ramaikan Dewan nie boleh muat. eqien dan husband sewakan untuk orang ramai apa apa majlis pun especially majlis kawin. Bestkan? Butik Eqien kat Ground Floor, dewan Eqien kat Roof Top (Tingkat 6 kalau tak silap)
Eqien, Izwan dan Aliff. Eqien baju hijau dan sahabatnya
Aliff dan Nurshelila nanyi band
izwan nyanyi lagu raya dan Kembali Senyum
Aliff lagu Alisya
Sunday, October 11, 2009
Karnival Harian Metro Dungun 9 oct
Hati runsing, janji dengan Roslan Shah dengan Razali Hussain pukul 7pm dengan Aliff AF6 kat rumah Roslan. Tapi setibanya aku kat rumah roslan, sapa pun tak ada. Terus call razali dan aliff tanya kat mana. Aku nie dah keje ngn company Jepun dah terbiasa sharp on time kalau janji kul 7 6.45 aku dah terpacak. Tak reti nak bagi orang tertunggu2.
Rupanya Roslan Shah masih lagi belum habis shooting untuk video clip dengan Luncai Emas. Razali bila aku call terus datang ke rumah Roslan dari UK perdana sebab kecian kat aku tunggu sorang2. So aku pun call kak mas ajak lepak kat area kosas. Habis je minum terus ke rumah roslan dan razali pun dah ada situ tunggu aku dan aliff. Tepat kul 9.30 Alif sampai dan lebih kurang pukul 10.00 mlm Roslan pun sampai ditemani krew membawa baju roslan. Aduss.. geduk gedebak kitaorang bertolak dari KL pukul 11.00 malam. Tu pun roslan mandi dan siap2 lebih kurang je. Tapi dek kerana kecian dekat Razali dan Roslan yang belum makan kitaorang lepak kat genting sepah untuk makan sekejap. Habis je makan kitaorang bertolak ke Dungun Terengganu lebih kurang pukul 12.00 malam.
Aku mula mula janji dengan didi nak drive. Nak biar aliff tidur tapi sebaliknya. Mata tak boleh lelap sebab aku macam tak confident Didi(PA aliff AF6) drive. Takut gak sebab dari gaya pemanduan didi macam tak cekap drive kereta manual. Aku pulak tak drive kereta sendiri sebab Roslan suruh aku tumpang Aliff. Erry pulak mmg dah ada kat terengganu sebab dia bertolak awal. Geram plak aku kat erry sebab kena pikul CD dan poster dia sorang2. So bergerak la kitaorang secara konvoi. Aku aliff satu kereta dengan didi manakala roslan shah naik dengan Razali Hussin.
Perjalanan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 6 jam sebab kereta Roslan Shah mmg perlahan. Macam kura kura. Rupanya Razali tak boleh drive more dari 100 kmsejam sebab Roslan akan bising dalam kereta. Alasannya tak mau mati.Adusss.. memang letih. Sampai je ke Dungun lebih kurang pukul 4.30 pagi dan masing masing terus je ambik kunci bilik dan lelap.
Esok paginya Datin Ira messange yang kitaorang tak perlu datang awal ke Gerai Aura Seri sebab pengunjung tak ramai lagi so pukul 3-4 baru semua artis berkumpul di Gerai Aura Seri. Anyway kalau nak ikutkan Dungun nie macam pekan koboi so sambutannya tak sama macam kat Batu Pahat yang meriah. Malam tu semua artis mengadakan konsert percuma untuk penduduk dungun. Kitaorang memang kecut jugak sebab semasa sembayang Jumaat ade pengumuman di Masjid untuk membuat bantahan untuk konsert tersebut. Tapi alhamdullilah tak ada apa apa kejadian yang tidak diingini semasa konsert hari pertama berlangsung.
Hari kedua juga sama tapi yang tak bestnya hujan lebat untuk kedua2 hari so padang agak becak sikit. Hari kedua juga aku balik tapi konvoi dengan Fazli Zainal dan Amirul (PA Fazli) tapi lain pulak kesnya. Amirul bawak kereta macam pelesit sekejap je hilang tapi aku still call Fazli Zainal untuk memastikan konvoi aku aliff dan Fazli tak jauh sebab takut apa apa kecemasan berlaku semasa pulang. Bertolak pukul 9.30 malam dari Dungun dan alhamdullilah aku sampai ke KL 3.00 pagi tapi yang tak bestnya kereta Aliff AF6 kena tahan dengan JPJ sebab didi drive tak de lesen. Tu pun kena tahan selepas toll kat UIA. Takpelah yang penting kami selamat sampai. Jum tengok gambar gambar sepanjang berada di Dungun Terengganu.
Mayang Sari Resort- Tempat penginapan artis dan team Harian Metro
Papan tanda resort
Depan Resort ada pantai tapi nak mandi time takdak! Sedih sedih..
Pandangan depan Mayang Sari Resort
Mayang SDa
Farid Ganu datang melawat aku kat Hotel bersama wife & anak nya yang comel. TQ farid sebab lawat aku!Lama tak jumpa. Nanti mu datang KL aku plak belanja
Nie sebelah Farid, Farid jugak nama dia. Mmber Kolej Petronas dulu.
Nilah Didi (PA Aliff AF6) Model sambilan yang kena tahan JPJ balik Dungun. Rileks la didi jangan gelabah k.
Gerai Aura Seri
Pengasas Aura Seri~Datin Ira Ghani
Datin Ira
Wah didi pun masuk join~
Roslan dan Erry tengah jual barang Aura Seri
Aliff Af6 sedang sign autograph kat payung Aura Seri
YB Adun Dungun datang melawat Gerai Aura Seri
Roslan Shah sedang jual minyak aromatheraphy
Razali jual minyak tu~ngorat awek ganu
Razali sedang menggunakan kemacho-annya jual barang
First Day tak pakai Baju Aura Seri! Erry mengelat but second day aku paksa dia pakai!
Sebelum show
Aliff dan Razali
Erry Putra & Razali
Selepas Show aku makan ngn Team Aura Seri. Prof. Datuk Ibrahim Ahmad belanja aku roslan, aliff af6 makan~
Tuesday, October 6, 2009
Awan Band&Karnival Gegar Harian Metro-Aura Seri Dungun
Hari nie betul betul letih, bangun jer tido terus aku bersiap siap pergi ke tempat printing untuk CD group Awan Band. Kalau korang nak tahu kumpulan Awan Band nie adalah kumpulan baru yang berkerjasama dengan anggota hujan iaitu AG di studio kamar seni milik AG(hujan). AG yang memperkenal kan aku kepada group awan band nie dengan ully, boboi dan Faris(vocalist). Kebetulan 2 bulan lalu aku ada hantar CD kat AG terus AG suggest nama aku kat group awan band untuk printing CD sebab aku boleh dapatkan harga yang berpatutan untuk diaorang. So pagi tadi aku pergi ke kilang untuk mendapatkan contoh tiket untuk masuk tender tiket untuk konsert Hujan.
Cover Album Awan Band-Design by Boboi (awan band)
Cover belakang Awan Band
Contoh Tiket dari pengilang~
Lagu Awan Band
Lepas je pergi ambil contoh tiket aku terus drive ke TV3 berjumpa dengan Ian (TV3) untuk ajak makan. Sebelum nie janji dah banyak kali nak lepak sama tapi aku sibuk dengan kerja. Sorry la Ian yer ade masa nanti leh gie karaoke. Lepas berborak borak jam menujukkan pukul 1.30 terus aku anta Ian ke TV3 dan aku terus ke Pesona Pictures di Taman Tun berjumpa dengan Datin Paduka Suhaimi Baba atas urusan peribadi. Masuk je pejabat pesona nampak poster Datin Paduka Suhaimi Baba dengan logo Discovery Channel. Nak tanya segan sebab itulah kali pertama aku jumpa dengan Datin Paduka. Selesai pertemuan kat pejabat pesona pictures aku terus drive ke NST Office kat Bangsar. Nasib baik dekat.
Jumpe dengan Roslan Shah, Aliff AF6 dan Razali Husain untuk photoshoot dengan Harian Metro. Actually aku pun ade sedikit urusan dengan pengasas Aura Seri Datin Ira Ghani untuk projek Karnival Harian Metro kat dungun. Sepatutnya Erry hadir phootshoot nie dengan Kak Akma (Harian Metro) tapi dia pulak terikat dengan jadual shooting dari pagi sampai ke malam. So aku terpaksa la gi cna sebagai wakil erry. Sebelum nie pun aku berurusan melalui phone sahaja dengan Datin Ira.
Photoshoot
Razali tengah mencuba produk Aura Seri
Datin Ira, Roslan Shah, Razali Hussain , Aliff AF6
Lepak jap
Razali, Datin Ira, Datuk Dr Ibrahim(husband datin ira, Aliff dan aku
produk Aura Seri
Ramai yang tanya aku apa produk Aura Seri nie. Oklah untuk pengetahuan korang Aura Seri merupakan minyak aromaterapi yang diperbuat daripada campuran 7 jenis bunga dan campuran garam mineral. Ianya digunakan untuk tujuan menyerikan tubuh badan dan wajah. Produk ini di titiskan di dalam air mandian (3 titis atau 7 titis) dan kemudian dibilas pada mandian terakhir. Kalau orang dulu2 mandi dengan air bunga untuk membuang caj2 negatif didalam badan.Produk ini lebih kurang sama. Pengasas untuk produk ini Datin Ira sendiri mempunyai kepakaran kerana Datin Ira Ghani menuntut dalam bidang kecantikan di India. Beliau mempunyai Diploma Kecantikan in Alternative Medicine
Open International University of Culcutta India(Master Reiki, Aromatherapy, Herba, Colour Therapy, Psikologi, Mind Therapy dan merupakan pakar Perunding Kecantikan
* Info Aura Seri www.auraserinur.com.my
Menyedari potensi perniagaan dan atas tujuan mendidik masyarakat mengenai sains baru ini, pihak Positive Image Resources telah mengambil langkah dinamik dan inisiatif menjadi perintis teknologi Aura nombor satu di Malaysia ini dan seterusnya memperkenalkan satu-satunya produk yang telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation yang terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan Aura positif seseorang selain dari digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.
info dipetik dari www.auraserinur.com.my:
Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semulajadi yang mewakili 7 warna dan frekunsi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta. Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura Seri juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif dan menjalani kehidupan yang lebih baik selain sinonim dikalangan kaum wanita sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah mereka. Selain dari itu, Aura Seri juga boleh digunakan untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas selain dari resdung. Aura Seri juga sesuai untuk digunakan sebagai medium Aromatherapy dan juga melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif.
Habis photoshoot Datin Ira belanja aku, razali, roslan shah dan aliff makan kat Nandos ditemani Datuk Dr Ibrahim (husband Datin Ira). Anyway terkejut gak sebab Datin Ira dan husband memang sangat ramah dengan aku walaupun pertama kali aku jumpa dan berurusan. So kepada orang dungun kalau nak jumpe Roslan Shah, Razali, Fazli Zainal dan Erry Putra boleh la ke Gerai Aura Seri 9 dan 10 oct nie yer kat Dungun-Karnival Harian Metro.
Makan kat Nandos Bangsar Village
Minggu nie gak sempat la gak aku g umah terbuka Fasya Sandha, Farhan AF, Haziq AF, Fizz Fairuz. Tapi makan still control takut naik macam bulan puasa tempoh hari. Harap harap pas nie leh turun kan few kg lagi.. k la dan kul 4 pagi nie saje jer aku update blog untuk yang rajin membaca. Nite....
Subscribe to:
Posts (Atom)