Sunday, October 11, 2009
Karnival Harian Metro Dungun 9 oct
Hati runsing, janji dengan Roslan Shah dengan Razali Hussain pukul 7pm dengan Aliff AF6 kat rumah Roslan. Tapi setibanya aku kat rumah roslan, sapa pun tak ada. Terus call razali dan aliff tanya kat mana. Aku nie dah keje ngn company Jepun dah terbiasa sharp on time kalau janji kul 7 6.45 aku dah terpacak. Tak reti nak bagi orang tertunggu2.
Rupanya Roslan Shah masih lagi belum habis shooting untuk video clip dengan Luncai Emas. Razali bila aku call terus datang ke rumah Roslan dari UK perdana sebab kecian kat aku tunggu sorang2. So aku pun call kak mas ajak lepak kat area kosas. Habis je minum terus ke rumah roslan dan razali pun dah ada situ tunggu aku dan aliff. Tepat kul 9.30 Alif sampai dan lebih kurang pukul 10.00 mlm Roslan pun sampai ditemani krew membawa baju roslan. Aduss.. geduk gedebak kitaorang bertolak dari KL pukul 11.00 malam. Tu pun roslan mandi dan siap2 lebih kurang je. Tapi dek kerana kecian dekat Razali dan Roslan yang belum makan kitaorang lepak kat genting sepah untuk makan sekejap. Habis je makan kitaorang bertolak ke Dungun Terengganu lebih kurang pukul 12.00 malam.
Aku mula mula janji dengan didi nak drive. Nak biar aliff tidur tapi sebaliknya. Mata tak boleh lelap sebab aku macam tak confident Didi(PA aliff AF6) drive. Takut gak sebab dari gaya pemanduan didi macam tak cekap drive kereta manual. Aku pulak tak drive kereta sendiri sebab Roslan suruh aku tumpang Aliff. Erry pulak mmg dah ada kat terengganu sebab dia bertolak awal. Geram plak aku kat erry sebab kena pikul CD dan poster dia sorang2. So bergerak la kitaorang secara konvoi. Aku aliff satu kereta dengan didi manakala roslan shah naik dengan Razali Hussin.
Perjalanan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 6 jam sebab kereta Roslan Shah mmg perlahan. Macam kura kura. Rupanya Razali tak boleh drive more dari 100 kmsejam sebab Roslan akan bising dalam kereta. Alasannya tak mau mati.Adusss.. memang letih. Sampai je ke Dungun lebih kurang pukul 4.30 pagi dan masing masing terus je ambik kunci bilik dan lelap.
Esok paginya Datin Ira messange yang kitaorang tak perlu datang awal ke Gerai Aura Seri sebab pengunjung tak ramai lagi so pukul 3-4 baru semua artis berkumpul di Gerai Aura Seri. Anyway kalau nak ikutkan Dungun nie macam pekan koboi so sambutannya tak sama macam kat Batu Pahat yang meriah. Malam tu semua artis mengadakan konsert percuma untuk penduduk dungun. Kitaorang memang kecut jugak sebab semasa sembayang Jumaat ade pengumuman di Masjid untuk membuat bantahan untuk konsert tersebut. Tapi alhamdullilah tak ada apa apa kejadian yang tidak diingini semasa konsert hari pertama berlangsung.
Hari kedua juga sama tapi yang tak bestnya hujan lebat untuk kedua2 hari so padang agak becak sikit. Hari kedua juga aku balik tapi konvoi dengan Fazli Zainal dan Amirul (PA Fazli) tapi lain pulak kesnya. Amirul bawak kereta macam pelesit sekejap je hilang tapi aku still call Fazli Zainal untuk memastikan konvoi aku aliff dan Fazli tak jauh sebab takut apa apa kecemasan berlaku semasa pulang. Bertolak pukul 9.30 malam dari Dungun dan alhamdullilah aku sampai ke KL 3.00 pagi tapi yang tak bestnya kereta Aliff AF6 kena tahan dengan JPJ sebab didi drive tak de lesen. Tu pun kena tahan selepas toll kat UIA. Takpelah yang penting kami selamat sampai. Jum tengok gambar gambar sepanjang berada di Dungun Terengganu.
Mayang Sari Resort- Tempat penginapan artis dan team Harian Metro
Papan tanda resort
Depan Resort ada pantai tapi nak mandi time takdak! Sedih sedih..
Pandangan depan Mayang Sari Resort
Mayang SDa
Farid Ganu datang melawat aku kat Hotel bersama wife & anak nya yang comel. TQ farid sebab lawat aku!Lama tak jumpa. Nanti mu datang KL aku plak belanja
Nie sebelah Farid, Farid jugak nama dia. Mmber Kolej Petronas dulu.
Nilah Didi (PA Aliff AF6) Model sambilan yang kena tahan JPJ balik Dungun. Rileks la didi jangan gelabah k.
Gerai Aura Seri
Pengasas Aura Seri~Datin Ira Ghani
Datin Ira
Wah didi pun masuk join~
Roslan dan Erry tengah jual barang Aura Seri
Aliff Af6 sedang sign autograph kat payung Aura Seri
YB Adun Dungun datang melawat Gerai Aura Seri
Roslan Shah sedang jual minyak aromatheraphy
Razali jual minyak tu~ngorat awek ganu
Razali sedang menggunakan kemacho-annya jual barang
First Day tak pakai Baju Aura Seri! Erry mengelat but second day aku paksa dia pakai!
Sebelum show
Aliff dan Razali
Erry Putra & Razali
Selepas Show aku makan ngn Team Aura Seri. Prof. Datuk Ibrahim Ahmad belanja aku roslan, aliff af6 makan~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hi
hahahah semalam i saw u di majlis open house NSTP di Hilton KL Sentral, aku duduk kat meja sebelah rosyam nor.
Owh yer ker.. kalau nampak tegur la yer~
Post a Comment