Tuesday, December 14, 2010

Cd Design -Latest art work


Design and art work by Nan

Lama tak upload blog.. Mungkin sebab lately ni tak terkejar dengan keje dan personal life aku.. Kepada mereka yang jadi followers tu jangan plak rasa bosan yer..

New updated aku baru je menyiapkan design cd terbaru untuk erry putra yang menampilkan single terbaru jangan kau pergi yang menampilkan reen dan shajiry. Lagu nie pun dah keudara kat radio radio tempatan.

Actually ini merupakan design dan printing yang terbaru selepas muzzy dan cetakan selepas cd amylea dan rizu oiam. Alhamdulilah apabila design ni aku uoload kat facebook dapat pula satu lagi order dan design daripada artis yang lain. Siapa?? Kena tunggu la mana leh bagi tau sekarang kan. Yang penting client tu happy huhu dan yang lebih best diri sendiri rasa puas hati dengan kerja dan hasil seni yang ditampilkan... kepada anda semua yang nak printing cd untuk diri sendiri pun boleh untuk kenangan... priting nie boleh ambil dalam 100 keping sehingga 1000 keping.. janji bayar la yer..

Back cover- Design By Nan


Printing by Nan

Printing By Nan


Supersyazwan - Skandalisme printing by Nan

Aku juga ada menyiapkan design kad raya untuk Farawahida tapi tak sempat nak disiapkan kerana mengejar masa dengan kerja.. so simpan next year tu pun kalau Farawahida nak aku design kan lagi la untuk dia hehehe tapi design hitam putih dibawah ni merupakan salah satu yang aku design untuk nya tapi yang disukai oleh Fara adalah gambar lam bentuk sephia.. so kalau nak tgok design nya aku akan update nanti ya.. ok la nak mandi nie see ya

Wednesday, October 20, 2010

Kenali diri anda dan pasangan anda melalui Tarikh Lahir~


Aku memang suke dengan tafsiran berkenaan dengan diri melalui tarikh lahir.. Kalau sebelum ini kita meneliti tarikh lahir berdasarkan bulan dan zodiak seperti Gemini, Scorpio dan lain-lain tapi kali ini apa kata kita nilai tarikh lahir kita bedasarkan pada berapa haribulan tarikh nya.

Jum kita lihat isi tulisan aku kali nie yang di rujuk daripada laman web paksuu.com. Memang info nie sangat menarik untuk kita kongsikan bersama

Tarikh lahir

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb : no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb : no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb : no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb : no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb : no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb: no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb: no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb : no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb : no.9

no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sunday, October 10, 2010

Eat Pray Love~Review



Sebenarnya hampir 2 bulan aku menunggu Filem Eat Pray Love nie ditayangkan di Malaysia.. Memandangkan Julia Roberts merupakan aktres yang aku minati serta dikategorikan sebagai "A" List di Hollywood aku memang tak sabar menonton filem ini...

Kisah yang diadaptasi dari Novel nukilan Elizabeth Gilbert ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang bernama Liz Gilbert yang menginginkan kehidupan yang bahagia tetapi teperangkap serta melalui sisi berbeza dengan kehidupan yang ditempuhinya.. Bagi aku plot filem ini sebenarnya simple atau dengan erti kata lain mudah dan sempoi sahaja.. iaitu keliru, patah hati dan takut memberikan cinta kepada orang lain apabila melalui frasa2 yang sukar dalam kehidupan. Topik yang mudah dan dialami oleh sesiapa sahaja.

Filem lakonan Julia Roberts bagi aku kali ni sangat santai.. penonton akan dibawa mengembara dari kehidupannya di kota metropolitan New York, Rome Itali, India sehinggalah ke Bali Indonesia.. Perjalanan filem ini dari sebuah negara ke negara yang lain disusun begitu kemas dan membantu penonton menyelami perasannya. Apa yang menarik di dalam Filem ini anda akan dapat menyaksikan panorama yang cukup indah apabila Liz kembali ke Bali untuk bertemu dengan Ketut(Nujum / Tukang Tilik Nasib) yang meramalkan hidupnya setahun yang lalu.

Penglibatan Ketut dalam filem ini sangat mencuit hati apabila dailog dan pertuturannya menzahirkan unsur komedi antara Liz dan ketut yang bersahaja tanpa perlu penglibatan unsur2 slapstik. Filem ini juga membariskan artis terkenal Indonesia iaitu Christine Hakim.

Ingatkan filem nie tak ramai orang yang menonton tapi aku terkejut besar apabila ruang GSC pavillion penuh dengan penonton.. cuma bagi sesetengah orang filem ini agak membosankan kot apabila ade 2-4 pasangan (couple) yang dilihat keluar awal.. Tak pasti pula aku kalau mereka rasakan filem ini membosankan.. Tapi bagi mereka yang ingin kan filem aksi, special effect dinasihatkan jangan menonton filem ini kerana ianya bukanlah "juadah" untuk anda..

Namun bagi aku filem ini sarat dengan mesej yang boleh dijadikan sebagai sandaran dan harapan kepada mereka yang pernah melalui liku yang sukar dalam hidup.. Satu je komen aku.. filem ini "sweet".. dan aku jatuh cinta dengan apa yang cuba di papar kan...

Synopsis
Liz Gilbert had everything a modern woman is supposed to dream of having -- a husband, a house, a successful career -- yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali.



Director: Ryan Murphy - Cast: Julia Roberts, James Franco, Billy Crudup, Javier Bardem -
: Rated 3.4 out of 5.0





Thursday, August 26, 2010

Datuk Sharifah Aini Malam Amal Juitaku Sayang - Dinner Show with Datuk Ahmad Jais


Datuk Sharifah Aini and Datuk Ahmad Jais Charity Dinner are organized by Seri Dewi Production Sdn Bhd & Lime Events Management.

Datuk Sharifah Aini is Malaysia’s First Lady of song and well known as ‘Biduanita Negara, a title befitting her vast contribution and achievements to Malaysia’s music and entertainment scene.

Currently she is in the studios working on her 99th and 100th album i.e.a “Warisan Melayu” album and “Irama Terindah Malaysia”. 30 songs has been slated for these recordings.

Datuk Ahmad Jais a very popular singer for irama pop yeh-yeh has been in the music industry since the 60’s with many popular songs.

He has done uncountable charity work during his tenure as an artist. He believes in helping others who are less fortunate and involving himself with this project with Datuk Sharifah Aini is one way to do so. He believes that this event “Majlis Makan Malam Amal Malam JuitaKu Sayang” is for a good cause and hopes that with the money raised from this event it will give the others an opportunity to better their lives.

The Dinner Show will be for two and a half hours featuring a repertoire of songs from their many albums over the years.


DATUK SHARIFAH AINI AND DATUK AHMAD JAIS

Date : 15TH October 2010 (Friday)

Time : 8.00pm

Venue: Dewan Perdana Felda

Jalan Maktab,Off Jalan Semarak Kuala Lumpur


We herewith would like to extend our humble appeal to you to contribute towards the success of our dinner by making reservations to purchase tables for this Dinner Show.


Each table has a seating for 10 and dinner will be served. The price of the tables is as follows:-

1) RM7,500.00 @ Loose Ticket RM 750.00 per person

2) RM4,500.00 @ Loose Ticket RM 450.00 per person

3) RM3,500.00 @ Loose Ticket RM 350.00 per person


Please Contact Me-Nan - 016-3450995

Tuesday, August 24, 2010

New Order Perfume~


Alhamdulilah.. order perfume dah banyak masuk... Lastest aku baru je g amik 2 order dari customer yg bernama Dot dan Nazim Thnks guys... Sape nak order yuk2 hehehehe

Order dah hampir 10 botol tapi disebabkan masa agak terhad aku terpaksa tunggu diorg ni bank in dahulu baru aku amik stok kalau tak penat lah den berulang kali pergi dan amik..


Perhatikan logo Tester di belakang botol tu.. Ramai yang nak tester ni sebab baunya lebih pekat dan kuat...

Armani code order by Nazim


Diesel

Sean John~

Paris Hilton~Stok baru sampai

Saturday, August 14, 2010

Review Film~The Last Airbender


Bila melihat trailer yang ditayangkan di Televisyen aku tak sabar2 nak tengok filem ni kat pawagam. Tapi komen dari teman teman mereka menyarankan aku supaya tidak tengok cerita nie. Ada yang bagi alasan boring la, gelap la citer nie, tak best la dan mcm2..

Tapi pada hakikatnya aku berpuas hati dengan apa yang aku bayar.. Betul la kata pepatah.. Lain orang lain citarasanya.. Antara sebab dan alasan yang diberikan oleh kawan kawan aku selepas menonton cerita nie... pelakon mcm kayu.. Ya memang tidak dinafikan filem ini tidak membariskan pelakon pelakon senarai Gred A seperti Filem Inseption, Salt mahupon filem filem Hollywood yang lain. Tapi bagi aku ianya tidak menjadi masalah. Aku bukan lah Juri untuk academy award mahupun untuk menghakimi filem ini untuk anugerah Globe. Aku lebih mementingkan sesuatu nilai komersil seperti teknik CGI, pengolahan filem dari segi sinematografi dan lain lain yang boleh membuatkan aku rasa teruja dan ternganga.

Apalah yang diharapkan sangat kepada filem yang tidak membariskan nama nama terkenal dari segi mutu lakonan. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang aku boleh simpulkan filem ini sarat dengan teknik CGI yang begitu menakjudkan dan ianya lebih berisi kandungan special effect atau kesan khas berbanding filem filem hollywood yang lain. Lebih hebat dari filem The Socerer Apprentice yang dilakonkan oleh Nicolas Cage. Kalau nak tengok rancangan yang sarat dengan karektor yang serius dan membuatkan kita berfikir sedalam dalamnya anda boleh lah menonton rancangan bual bicara bersama Suhaimi Sulaiman di Astro ya. :)

Bagi aku Filem ini mempunyai kesan khas yang sangat menarik, visual yang cantik dan kreatif.. Walaupun ianya berkisar dari komik aku nyata berpuas hati... Oh lupa anda akan dapat menyaksikan Dev patel (Pelakon Slumdog Millionaire) berlakon dalam filem nie. Mungkin Dev baik kot dengan pengarah nya M. Night Shyamalan yang juga pengarah The Sixth Sense.. yang juga berketurunan India! Achaa!!!!


Sinopsis
The world is divided into four kingdoms, each represented by the element they harness, and peace has lasted throughout the realms of Water, Air, Earth, and Fire under the supervision of the Avatar, a link to the spirit world and the only being capable of mastering the use of all four elements. When young Avatar Aang disappears, the Fire Nation launches an attack to eradicate all members of the Air Nomads to prevent interference in their future plans for world domination. 100 years pass and current Fire Lord Ozai continues to conquer and imprison anyone with elemental "bending" abilities in the Earth and Water Kingdoms, while siblings Katara and Sokka from a Southern Water Tribe find a mysterious boy trapped beneath the ice outside their village. Upon rescuing him, he reveals himself to be Aang, Avatar and last of the Air Nomads. Swearing to protect the Avatar, Katara and Sokka journey with him to the Northern Water Kingdom in his quest to master "Waterbending" and eventually fulfill his destiny of once again restoring peace to the world. But as they inch nearer to their goal, the group must evade Prince Zuko, the exiled son of Lord Ozai, Commander Zhao, the Fire Nation's military leader, and the tyrannical onslaught of the evil Fire Lord himself.

Cast:
  • Noah Ringer as Aang, who disappeared from public sight a hundred years ago. While chronologically 112 years old, Aang still retains his biological age of 12. He is the latest reincarnation of the Avatar. Though he is capable of bending all four elements, at the beginning of the film he has only learned to airbend. It is also his duty to maintain balance in the world, which conflicts with his easy-going, fun-loving personality.
  • Dev Patel as Prince Zuko,a 16-year-old Fire Nation prince who travels with his uncle Iroh. The former heir to the throne, he was exiled by his father, Fire Lord Ozai, and ordered to capture the Avatar (who had not been seen in almost a century, making the assignment a wild goose chase) in order to regain his lost honor. He is the secondary antagonist of the film.
  • Nicola Peltz as Katara, a 14-year-old girl of the Southern Water Tribe and its last remaining waterbender of the Southern Water Tribe. Since the death of her mother, Kaya, she has served as the maternal figure in her family, and is no stranger to responsibility despite her young age. She is Aang's good friend and love interest.
  • Jackson Rathbone as Sokka,[15] a 15-year-old warrior from the Southern Water Tribe and Katara's older brother. He can be condescending, and has no bending powers, but is extremely intelligent (He just doesn't show it at times) and often takes up leadership roles by virtue of coming up with most of the workable plans and tactics.
  • Shaun Toub as Iroh,[17] Zuko's uncle. He is extremely easy-going and friendly, and often acts as a surrogate father to Zuko. Formerly a great general of the Fire Nation, personal tragedies led to his retirement, and the role of heir-presumptive passed to his younger brother Ozai.
  • Aasif Mandvi as Commander Zhao,a hot-tempered Fire Nation Commander in pursuit of the Avatar. He is Zuko's principal rival. Hence, he serves as the primary antagonist of the film to both Aang and Zuko. In the show, he is promoted to Admiral when appointing the Yuu Yan archers to capture Aang. In the film, there is no mention of Zhao's promotion, and he dies a Commander.
  • Seychelle Gabriel as Princess Yue, the princess of the Northern Water Tribe.[17]
  • Cliff Curtis as Fire Lord Ozai, the leader of the Fire Nation as well as Prince Zuko's father. He is a secondary antagonist of the film, and the main antagonist of the series.[17]


Trailer~

Monday, August 9, 2010

Perfume Ready To Sale~Cheap Price & Original!



Ramai yang ragu ragu bila aku cakap aku jual minyak wangi yang ORIGINAL.. tapi bila aku bawak botol dan tunjuk perbezaan minyak wangi yang aku jual dan tiruan baru orang percaya. Kepada mereka di luar sana kalau anda peminat minyak wangi yang original anda sepatutnya tahu membezakan. Jangan cakap aku jual minyak wangi tiruan kalau diri sendiri tak pandai bezakan.

Untuk pengetahuan korang aku jual minyak wangi ni dengan harga yang agak rendah berbanding dengan harga di pasaran kerana terdapat defect (kerosakan) pada botol dan kotaknya. Oleh yang demikian aku hanya jual tanpa kotak dan terdapat sedikit kerosakan pada botol so harga nya dapatlah dikurangkan tapi tak delah sampai tak ade penutup serta isinya terjejas. Setakat ni minyak wangi yang dijual memang tak de yang complaint berikut aku lampirkan beberapa stok yang ada. Tempahan juga boleh dibuat.

Sila cal 0172385185- Nan untuk pertanyaan.