Sebenarnya hampir 2 bulan aku menunggu Filem Eat Pray Love nie ditayangkan di Malaysia.. Memandangkan Julia Roberts merupakan aktres yang aku minati serta dikategorikan sebagai "A" List di Hollywood aku memang tak sabar menonton filem ini...
Kisah yang diadaptasi dari Novel nukilan Elizabeth Gilbert ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang bernama Liz Gilbert yang menginginkan kehidupan yang bahagia tetapi teperangkap serta melalui sisi berbeza dengan kehidupan yang ditempuhinya.. Bagi aku plot filem ini sebenarnya simple atau dengan erti kata lain mudah dan sempoi sahaja.. iaitu keliru, patah hati dan takut memberikan cinta kepada orang lain apabila melalui frasa2 yang sukar dalam kehidupan. Topik yang mudah dan dialami oleh sesiapa sahaja.
Filem lakonan Julia Roberts bagi aku kali ni sangat santai.. penonton akan dibawa mengembara dari kehidupannya di kota metropolitan New York, Rome Itali, India sehinggalah ke Bali Indonesia.. Perjalanan filem ini dari sebuah negara ke negara yang lain disusun begitu kemas dan membantu penonton menyelami perasannya. Apa yang menarik di dalam Filem ini anda akan dapat menyaksikan panorama yang cukup indah apabila Liz kembali ke Bali untuk bertemu dengan Ketut(Nujum / Tukang Tilik Nasib) yang meramalkan hidupnya setahun yang lalu.
Penglibatan Ketut dalam filem ini sangat mencuit hati apabila dailog dan pertuturannya menzahirkan unsur komedi antara Liz dan ketut yang bersahaja tanpa perlu penglibatan unsur2 slapstik. Filem ini juga membariskan artis terkenal Indonesia iaitu Christine Hakim.
Ingatkan filem nie tak ramai orang yang menonton tapi aku terkejut besar apabila ruang GSC pavillion penuh dengan penonton.. cuma bagi sesetengah orang filem ini agak membosankan kot apabila ade 2-4 pasangan (couple) yang dilihat keluar awal.. Tak pasti pula aku kalau mereka rasakan filem ini membosankan.. Tapi bagi mereka yang ingin kan filem aksi, special effect dinasihatkan jangan menonton filem ini kerana ianya bukanlah "juadah" untuk anda..
Namun bagi aku filem ini sarat dengan mesej yang boleh dijadikan sebagai sandaran dan harapan kepada mereka yang pernah melalui liku yang sukar dalam hidup.. Satu je komen aku.. filem ini "sweet".. dan aku jatuh cinta dengan apa yang cuba di papar kan...
Synopsis
Liz Gilbert had everything a modern woman is supposed to dream of having -- a husband, a house, a successful career -- yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali.
Director: Ryan Murphy - Cast: Julia Roberts, James Franco, Billy Crudup, Javier Bardem -
No comments:
Post a Comment