Saturday, January 2, 2010

Camping PD & 2010


Selamat datang tahun 2010.. Walaupun 2010 di sambut meriah dengan dentuman bunga api yang meriah pada malam tahun baru.. aku sebaliknya hanya menghabiskan masa di atas katil. Berkali kali aku cuba menelefon seorang sahabat tentang rancangan yang di rancang kesokannya namun dia tetap tak angkat phone. Aku cuba mesagge tapi tak jugak dibalas. Agak kecewa dan sedih. Kalau pun dah ajak orang lain or dah ade rancangan dengan member lain at least have courtesy to reply the message. Aku tak pernah pulak ignore dia sebelum2 nie. It okay passed is passed. Aku pun tak de niat nak mengungkit cuma harap harap dengan kedatangan 2010 dia akan berubah dan lebih menghargai persahabatan. Aku pun tak minta lebih2 cuma minta dia ke hargai kewujudan aku. Itu sahaja.... Sometime rasa sedih sebab aku hanya diperlukan time mereka keseorangan tetapi bila dah ada kawan kawan lain disisi.. they tend to forget someone yang already exist dalam hidup mereka.

Okaylah nak bising or merajuk pun tak guna.. Lagipun siapa lah aku dalam hidup mereka kan? Kalau tak pandai menghargai aku tak apala.. Ok baru baru nie aku plan keluar camping PD dengan Fakrul & mie. Fakrul aku dah kenal lama sejak dahulu lagi manakala Mie merupakan member baik Fakrul. Dua dua berasal dari Kelantan cuma aku je asal Perak. Asalnya nak g Pinic tapi aku suggest camping dan tido kat PD. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam setengah dirasakan cukup singkat apatah lagi aku dah lama tidak jumpe dan bersembang dengan Fakrul. Ialah dia pun busy lately nie tambah plak sambil bersembang kitaorang kunyah kuaci dalam kereta sedar2 dah sampai. Cuma yang tak beshnya kitaorang sampai dah lewat lebih kurang pukul 8 malam. First sekali yang kitaorang buat adalah survey tempat camping bersebelahan Ilham resort. Terkejut kitaorg sebab ada ade lebih kurang 6 buah khemah yang dah di cacak sebelah dengan Ilham Resort. Aku rancang Khemah disitu kerana airnya jernih dan bersih kalau nak dibandingkan dengan air yang dekat dataran PD tuh. Tapi belum sempat buat apa kitaorg bergerak ke dataran PD untuk makan malam dahulu. Sedang asyik makan dua daripada kawan fakrul on the way datang sebab nak makan barbeque yang aku rancang untuk tgh2 malam. Tak sampai je 45 minit dua kawan fakrul sampai.

Setibanya mereka aku, fakrul, mie dan dua mmber terus ke lokasi kejadian untuk memasang khemah. Tapi yang tak besh nya peralatan untuk barbeque menghadapi masalah untuk dipasang kerana kekurangan tools seperti pemutar skru. Mengagau aku dan fakrul cuba memasang peralatan barbeque dalam keadaan samar2 sebab lampu api yang aku bawak cuma satu. Alhamdulilah setelah hampir 30 minit kami berjaya memasang peralatan barbeque. 2 member lagi tolong pasang khemah dan kitaorg terus mulakan aktiviti membakar arang.. Sebaik sahaja arang dah cukup terbakar bermulalah aktiviti memanggang. Antara lauk nya ialah sosej, ayam dan burger.. tapi yang laku ialah burger. Kalau tak percaya korang boleh cuba panggang berger dan rasanya memang sedap daripada biasa beb. Air pula adalah nescafe O yang dimasak didalam periuk. Jom tengok gambar sepanjang aku kat PD beberapa minggu yang lalu

Aku jadi boss dok belakang

Pantai Depan Khemah

fakrul ( Biru) Mie-Tangan Berbalut di atas kecederaan yang dirahsiakan-tengah makan kat Dataran PD :)

Fakhrul bersama nasi ayamnye~

Tetamu Jemputan~

Ni gambar tengah mengipas arang

Wah sedap~

Camne terliur tak?

Memang besh.

Pas nie aku nak g camping lagi untuk dijadikan trip bulanan. So kalau sape nak join leh je email aku k..

2 comments:

Mohd Safwan said...

allo kawan, g PD tak ingat kat aku ye... bini aku dah bersalin la, dapat baby girl NOR AINA QAISARA lahir pada )01 01 2010, apa cam cantik tak tarikh 2,

Axis Junior said...

wah tahniah.. anak ketiga bila plak?