Apabila di tanya apakah movie yang terbaru yang best untuk ditonton oleh semua ketika ini aku tentu nya memberikan 5 bintang dan cadangan pada Filem Terbaru Shrek 4! Bagi penggemar filem animasi Sherk adalah filem yang mesti ditonton pada tahun 2010. Ianya merupakan kesinambungan dari Sherk dari versi pertama, kedua, ketiga yang ditayangkan sebelum ini.
Aku berpeluang menonton Shrek 4 di MBO ampang. Sebelum memasuki teater 7 aku dan budak rumah di beri kaca mata khas bagi menonton animasi ini. Seperti biasalah kan. Anda tak boleh tengok animasi 3d tanpa kacamata khas. Tiket bagi 3D berharga RM 16.
Dari segi jalan cerita aku berpendapat ianya menarik di mana kali ini memaparkan bagaimana Shrek mula merasakan bosan dengan kitaran hidupnya sebagai suami, ayah dan rutin yang dilaluinya amat mememenatkan sehingga dia tidak mempunyai masanya sendiri. Konflik bermula apabila Shrek tiba tiba naik angin apabila pulang ke rumah Fiona (Negara Far Far Away ) bagi menyambut ulang tahun pertama anak anaknya. Ketika bertengkar di luar rumah seorang 'deal-maker yang bernama Rumpelstiltskin telah mendengar pertengkaran tersebut dan merancang untuk memerangkap Shrek.
Rumpelstiltskin mempunyai kemahiran dalam sihir telah memerangkap Shrek(untuk menjadi raja King Far Far Away) untuk menandatangani surat bagi membolehkan Shrek kembali kepada kehidupan asalnya selama 24 jam tanpa Shrek menyedari dia sebenarnya terkena sumpahan apabila menandatangi surat perjanjian tersebut. Sebaik sahaja menandatangani surat tersebut Shrek berasa gembira apabila hidupnya menjadi Shrek yang dahulu yang mana dia ditakuti oleh penduduk kampung. Kehidupannya juga berubah apabila Shrek menyedari Fiona yang diselamatkan nya dahulu (Shrek first seson) rupa rupanya menyelamatkan diri nya sendiri dan keadaan dahulu pun secara tak langsung nya berubah (donkey, fiona dan puss tidak mengenali Shrek!). Shrek juga terkejut di mana beliau pada zaman itu tidak berkahwin dengan Fiona dan juga tidak memiliki anak!
Bagaimana Shrek nak kembali pada keadaan sediakala? Anda kena tonton sendiri Shrek ini yer.. Secara total nya aku gerenti korang boleh menangis apabila menonton Shrek nie kerana ada beberapa babak yang sangat menyentuh perasaan terutama nya apabila shrek cuba memenangi hati Fiona semula. Cerita ini juga boleh dijadikan iktibar kepada mereka yang tidak menghargai nilai nilai kasih sayang yang dimiliki sehingga bertindak mengikut perasaan. Tahniah kepada team produksi filem ini. Tak rugi tonton!!!
Trailer Shrek 4
Trailer Shrek 4
Shrek First Season
Shrek dan Rumpelstiltskin
Shrek dan Fiona dipukau oleh pemain seruling yang di upah Rumpelstiltskin
The Players:
- Director: Mike Mitchell
- Produced by: Teresa Cheng and Gina Shay
- Writers: Josh Klausner and Darren Lemke
- Actors: Mike Myers (Shrek), Eddie Murphy (Donkey), Cameron Diaz (Princess Fiona), Antonio Banderas (Puss in Boots), Julie Andrews (Queen), Jon Hamm (Brogan), John Cleese (King), Craig Robinson (Cookie), Walt Dohrn (Rumpelstiltskin/Priest/Krekraw Ogre), Jane Lynch (Gretched)
- Music By: Harry Gregson-Williams
The Good:
- Bit of a Comeback: This is definitely no where near as good as the first film, but it’s definitely a revival from the third and on a slight improvement from the second.
- Donkey: Whichever main characters you liked in the first film, you’ll like in this film, mainly because they went back to the beginning, came up with a way to make it fresh and then capitalized on what you loved. For me The Donkey is still the saving grace and the minor characters are really where the belly laughs come in.
- Kids/Adult Film: This is definitely a good kids/adult film, meaning that there were definitely a lot of opportunities for both parties to enjoy the film. I would bring my little brother, despite the little girl next to me who pointed to the screen and said “I don’t like that movie.”
- Music: The music and the throw backs to famous songs is so important for this film and as always the music was well placed and well used to really make those laughs hit home.
- Solid Ending: It’s as predictable and cheesy as it comes, but a nice twist on the original story and if there was ever a moment to go a little over the top, this was it.
- Fun Cameos: As always, it’s the smaller characters that pop up in each film that make this series so fun. There were a lot of good cameos but…
No comments:
Post a Comment