Monday, December 1, 2008



Aku

Sekarang ramai yang tulis blog untuk mencurahkan isi hati~
Maybe itu yang dirasakan terbaik agar isi hati diketahui apa yang terpendam dan dipendam selama ini tercurah. Sebenarnya penulisan adalah satu pekara yang aku minat sejak dari sekolah. Maka tak hairan lah aku suke menulis. Terfikir jugak nak menulis apa.

Okay untuk permulaan aku cerita kan serba sedikit tentang diri aku okay.


Nama penuh aku Adnan Zainal Abidin. Kawan kawan panggil aku nan. Aku dibesarkan di sebuah pekan kecil disebuah negeri nun jauh diutara Tanah air. Sejak kecil aku hidup berdikari. Sebabnya ayah telah meninggal sejak aku dalam kandungan mak seusia 6 bulan. Sedih memang sedih sebab aku tak pernah merasa kasih sayang ayah sejak kecil. Keluarga aku besar famili aku seramai 8 orang adik beradik dan aku yang bongsu. Mungkin ramai yang ingat aku anak manja. tapi semua itu silap. Aku hidup dalam serba kekurangan.. tapi itu tidak menghalang untuk aku terus hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.

Aku gagahkan diri sebagai anak kecil hidup sebagai anak yatim. Semuanya aku buat sendiri dari basuh baju, kemas rumah, dan pergi sekolah sendiri menaiki basikal semuda 8 tahun. Naik basikal pulak melewati kebun kelapa sawit dengan basikal buruk kepunyaan kakak. Setiap hari aku mengayuh basikal seorang diri. Kalau hujan alamatnya basikal akan penuh dengan selut dicelah celah roda tayar basikal dan tika itu lah aku terkial2 membersihkan selut seorang diri.. Aku masih ingat didenda kerana lewat ke sekolah sebabnya aku asyik mebersihkan selut..

Sometime rasa sedih sangat mengcengkam dalam diri aku sebab aku terpaksa buat sorang2 tanpa ada sesiapa yang temani aku waktu tu.. tapi aku tau hidup sebagai anak yatim kita kena kuat... walau mcm mana dugaan hidup yang tuhan tentukan aku kena kuat. Itulah yang aku ingat sampai hari ini.

Alhamdulillah sekarang aku sudah dewasa banyak pekara yang aku belajar tentang erti kehidupan, tentang kasih sayang, tentang erti cinta, pengorbanan dan sebagainya. Dari hari kehari aku banyak menilai tentang apa yang ada dan berlaku disekeliling aku. Untuk pengetahuan semua aku tak banyak kawan.. Aku hanya ada beberapa orang kawan baik dalam hidup aku. Aku jugak tak punya kekasih atau sesiapa dalam hati~ Entahlah mungkin sebab hati aku sudah mati~ itu yang aku rasakan sekarang ini.. Agak susah untuk aku membuka hati kepada orang lain. Bukan tak ada yang mahu berkawan.. ada.. ramai.. cuma bila aku rasakan mereka menaruh hati aku akan menjauhi mereka. Dan yang lebih menyedihkan aku suka membuatkan mereka marah dan sakit hati pada aku. Semuanya aku lakukan agar mereka tidak menaruh hati atau suka pada aku. Sebab aku PASTI hati aku tika ini sudah mati~.

No comments: