Monday, December 1, 2008

Penat Keje~

Sekarang adalah waktu yang sangat kritikal bagi aku sebab aku terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari sebab aku ditempat yang baru. Tempat baru nie mmg dekat dengan tempat tinggal cuma jamnya lebih sebab banyak pekara yang perlu diselesaikan.. Hari nie selepas sarapan seorang diri direstoran mamak dengan hati yang berat aku melangkah ke office. Ermm aku orang kedua sampai yang lain semua tak nampak batang hidung.

Rupanya boss ada meeting di HQ so aku conduct briefing pagi. First sekali aku aku ingatkan HR Supervisor agar mana2 staff yang absent untuk beri kaunseling sebab aku sure pas ni ramai yang akan resign jika tidak diberi semangat untuk bekerja. Sebagai Head department aku kena pastikan
setiap anak buah aku kerja dengan hati yang senang dan gembira.. tak nak ade yang letih dan tak cukup walau aku sendiri sekarang terlampau penat.. Yerlah masuk keje kul 9.00 pagi balik kul 10 mlm.. macam sekarang ni aku still tak rest dan tak makan lagi even jam dah menujukkan jam 1.30 pagi (2hb Disember 2008).. Aku kecian kat staff yang mana gaji tak seberapa dan dipaksa keje lebih masa. Mcam semalam aku selamba sound boss yang kalau boleh staff jgn dipksa berkeje lebih 12 jam sebab salah dalam undang2 buruh.. boss senyap jer.. memg la bayar OT tapi kesihatan kena jaga jugak kan..

tapi kali ni aku tak nak sound boss sangat sebab kali nie aku dapat boss yang senior citizen namanya mejar (B) En ahmad. Boss aku kali ni famili type sikit so aku ni dia layan mcam anak dia sendiri.. hmm baguslah kan.. aku sendiri terharu bila dia sms aku suruh aku jaga diri bila aku balik lambat. .. sebelum ni aku asyyik dapat boss yang peel mcm apa tah.. menyakitkan hati but now oklah penat tapi takpe sebab at least ade jugak boss yang ambil berat kat aku.. Even semalam aku hampir2 nak mc sebab aku tak sihat.. even g klinik aku tetap g opis walau pun lewat..


Today banyak keje aku kena sttle kan termasuk R&P, install opis equipment(TQ ikram tolong saya), settlekan PA system, MRS mineral water untuk projek Bukit Indah JB dan lain2.. Pn hamidah pulak sibuk nak walkie talkie sebab HQ belum orderkan untuk dia.. takpelah aku pinjam kan satu cuma stok walkie talkie aku tinggal sikit. Orang dari Shell pulak dok call sibuk nak inspect LPG gas station..adus dah la buat tgh2 panas... tapi nak ambil hati aku dia bagi kalendar Shell.. alahai da 4 kalendar aku dapat dari supplier... ok la kan. Aku nak menulis lagi tapi lapar nie.. aku tak mkn dari ptg tadi si safuan ajak aku dinner kat keramat.. so aku teman la dia makan sambil dia dok ber3G ngn anak dia.. kepala aku plak masa tu ngantuk giler sebab jam dah kul 940 aku masih kat area opis.. aku minum teh o limau je sebab tak lalu makan.. Ptg tadi pun si Iera Manager softlline tegur aku ckp makin kurus~ entahlah maybe sebab aku terlampau penat....

No comments: