Tuesday, April 14, 2009
Bosan & Kesunyian?
Bila memasuki alam dewasa banyak masa dihabiskan dengan jadual kerja yang padat dan mesyuarat yang tidak berkesudahan. Bagi sesetengah orang, mereka merindui zaman belajar di sekolah mahupun di alam universiti. Ramai sahabat, aktiviti petang dengan bersukan, menghabiskan masa di taman di universiti, masuk kelab gamelan, kelab teater akustika, mengajurkan pertandingan nasyid, syarahan mahupun menyertai mana mana pertandingan.Bila malam pulak lepak di bilik kawan kawan dengan menonton VCD, bermain game "diamond" atau bertukar tukar mp3.
Tetapi bila dah masuk alam pekerjaan dunia tertumpu pada satu aktiviti iaitu kerja dari pagi hingga lah petang. Ada sesetengah kita pula bekerja sampai malam. Bila sampai rumah mandi dan terus tido sampai esok pagi dan berkerja semula.
Akhirnya ramai yang rasa tertekan dan mula rasa kesunyian yang mengcengkam dalam diri. Bagi aku pekara tersebut berlaku kepada sesiapa sahaja especially mereka yang belum berumahtangga. Yalah kalau dah kawin at least ada anak dan pasangan yang sedia meceriakan hidup anda tetapi yang bujang mcm mana?. Ramai di antara kita sukar memikirkan bagaimanakan caranya untuk memastikan hidup ini sentiasa ceria dan tidak membosankan. Hidup hanya sekali dan usah biarkan kesuyian itu membelenggu hidup kita okay.
Aku nie bukan nak bagi nasihat tetapi nak berkongsi idea apakah yang boleh dilakukan agar kita tak bosan dan cuba berhenti merungut dengan hidup sendiri walau apa alasan sekali pun.
1-Cuba buat aktiviti spontan apabila tiba waktu cuti seperti ajak teman teman untuk pergi ke kawasan yang berdekatan untuk aktivti riadah sperti mandi sungai congkak, jugle trekking, berkelah di Port Dickson ataupun beli khemah dan buat barbeque kat pantai. tentu seronok kan? Pas mkan baring tepi pantai dan tengok bulan dan bintang.. Pernah buat? tak pernah sila cuba u will feel different in ur life.
2-Pergi karaoke jerit sepuas puasnya dengan member anda. Aku tahu ada sesetengah kita bagi alasan tak pandai menanyi. Come on lah sapa nak dengar anda menyanyi pon? hanya anda dan rakan rakan je kan? so who bother if your voice is not good enough? am i right? Jadikan sebagai tempat lepaskan tekanan anda jerit sepuas puasnya. Aku percaya anda tentu akan bertambah okay selepas tu. Trust me.
3-Pamper ur self. Pergi sauna atau gim, relaxkan diri anda dengan massage. Bagi sesetengah orang membazirkan duit tapi bagi aku tak salah kalau korang sparekan duit gaji untuk diri sendiri. Anda penat2 keje kan? so tak salah manjakan diri sendiri bukan untuk orang lain. U will reduce ur blood presure and all ur musle. Ambil la apa2 pakage yang sesuai dengan walet sendiri okay.
4-Rumah bujang selalunya berselerak. Kalau ada orang gaji ok lah kan. Pergi ikea beli apa apa barang yang ada belum ada. Kecil pun tak apa. Contohnya coffe table. Beli dan before that cuba tengok tengok bawah sofa. Berabuk beb ada sampah lagi. Tukar baju kemas seluruh ruang tamu anda. Bersihkan kotoran di tandas mop lantai ruang tamu, bersihkan karpet dan bilik tidur pun dah penuh sawang. Ambil masa satu hari bersihkan seluruh rumah, kemudian ambil coffee table tu letak clear glass flower pot dan bunga hidup di tengah2 ruang tamu. Percaya atau tak korang akan rasa sangat nyaman sebab semuanya anda buat sendiri dan kepuasan akan lebih lagi apabila melihat rumah anda bersih di samping coffee table baru dengan bunga segar. Nak lebih hebat? bakar kayu aroma terapi.. dan hiasi lilin atas meja coffee table tu. Sexy right?
5-Filem terbaru apa? Tak tahu? nape tak tengok wayang? malas? okay takpe ada astro kan? Buka channel Box Office atau mana2 channel yang ada menanyangkan filem. tak kisah la filem apa pun. Before that ambil bantal buat nescafee dan tonton filem tu dari mula sampai habis. Bagi aku kalau nak lebih best cuba tengok filem2 tentang kehidupan yang dekat di hati anda. Filem apa? oklah aku bagi contoh seperti filem 10 bucket list, first sight dan lain2.. pastikan tiada gangguan apabila menonton filem filem ini. Kalau tak suka anda boleh pergi ke mana2 panggung terdekat dan tonton bersama kawan. Pas habis filem lepak kat mamak sambil berbual kosong. Ajak je kwn2 atau sesiapa sahaja yang anda rasa sebelum nie anda kurang mengenali tetapi anda cukup berminat dengannya. Mana tahu kan selepas nie and mungkin berpeluang mengenali nya dengan lebih mendalam. kebanyakkan kita ni malas untuk mencuba mengenali seseorang dan acap kali menyalahkan diri sekiranya selalu keseorangan. Ambil peluang sebegini untuk mendalami seseorang. Percayalah tak rugi pun.
Setakat nie aku ada 5 cadangan tetapi aku akan update sekiranya ada lagi pekara yang boleh aku catatkan.. Try first okay...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment