Thursday, April 16, 2009

Selamanya~


Selamanya

Aman memandang jauh di ufuk. Kelihatan kilauan cahaya merah diselangi gumpulan awan membalikkan sinar cahaya matahari yang kian ditenggelami oleh lautan luas. Suasana hening. Hanya kedengaran hempasan ombak memecah kesunyian.. Kelihatan kawanan burung terbang pulang menandakan hari kian malam. Semakin gelap meliputi bumi. Cahaya terang beransur melambaikan pemergiannya.

Tanpa disedari airmata Aman mulai membasahi kelopak matanya. Aman cuba menahan airmata yang bergenang agar tidak tumpah. Hati nya sedih namun dia tidak mahu mengakui yang dirinya berada dalam kesepian.. “Aku kuat”, tegas hatinya. “Aku tidak memerlukan sesiapa dalam hidup ini”. “Aku tidak perlukan dia untuk menjadikan aku kuat. Aku tahu aku tabah. Aku bisa mengharungi semua dugaan ini sendirian, getus hati kecilnya.

Aman memandang jauh tepat ke arah lautan yang terbentang luas. Dia cuba melupakan saat saat manis ketika bersama dengan seseorang yang sangat kuat tersemat dalam hatinya. Orang yang mungkin tidak dapat dilupakan meskipun jasadnya di kandung tanah. Orang yang berjaya memujuknya hatinya untuk berkata Ya, Saya sayang awak.

“Awak kalau saya berkahwin satu hari nanti dengan orang lain macam mana? Tanya Zu kepada Aman. “ Bila awak nak kawin dengan orang lain?” dengus Aman tanda dia marah dengan soalan spontan Zu. “Takdelah, mana la nak tahu kan..” balas Zu sambil matanya tunduk memerhatikan semut semut merah menjalar di kawasan tempat mereka berteduh. Bas menuju ke Kuala Lumpur dari Jeti Mersing tinggal lagi sejam untuk bertolak.

“Awak, saya nak bagi tahu, walau macam mana pun saya tak akan melupakan awak selama lamanya biar dengan siapa pun saya atau awak berkahwin”, tegas Aman sambil memandang tepat ke anak mata Zu.. “Kita dah putus masuk 3 kali Aman, jawab Zu tersekat-sekat. “Saya takut, saya dapat merasakan bila kita dah lama sikit awak akan jadi lain,awak akan diam, panggilan telefon awak tak jawab, sms awak akan balas selepas 2 hari, hujung minggu awak hilang…. saya dapat rasa”, kata Zu tanpa mahu berselindung. Pernyataan Zu tidak dibalas Aman. Dia hanya diam lalu mengambil jaket lusuh nya lantas menutup sebahagian muka nya dari terkena pancaran matahari dan berbaring atas kerusi mamar hentian Mersing sambil menantikan bas ke KL bertolak.

“Dah, jangan fikir bukan-bukan”, kata Aman. Dia cuba memujuk Zu supaya tidak memikirkan pekara tersebut. Hari itu sebenarnya adalah hari terakhir mereka. menghabiskan masa bersama melawat Pulau Tioman tanpa mereka berdua mengetahuinya. Percutian yang memberikan 1001 kenangan tidak mungkin dilupakan oleh Aman. Di dalam bas Aman dan Zu duduk berasingan. Alasan Aman dia nak tidur selesa tanpa ada penumpang disebelah. Hati Zu remuk kerana sebelum ini mereka tidak pernah duduk berasingan di dalam bas, kapal terbang mahupun di dalam tut tut semasa percutian ke Bangkok. Hati Zu berdebar debar. Dia mula merasakan Aman kembali dengan perangai lamanya.

Sebelum ke Pulau Tioman Zu sudah mula merasai perubahan Aman tapi dia tak mahu menaruh perasaan syak. Zu nekad. Ini adalah peluang yang sepatutnya Aman gunakan untuk meraih kepercayaan Zu. Tapi Aman masih dengan sikap lamanya membuat Zu seakan rasa tidak dihargai. Apa lagi yang Aman mahu dari aku? Rintih Zu sendirian. Apa salah aku? Dosa sangat ke aku terlampau menyanyangi mu Aman? …


Aman membelek jam di tangan . 7.45 malam. Aman bingkas bangun dari kerusi malas yang disediakan oleh pihak pengurusan resort. Dia menggelap sisa airmata nya. Dia tahu walau bagaimana kuat sekalipun rasa kasih nya terhadap Zu mereka tidak mungkin bersama. Zu dengan dunia nya sekarang. Aman pula dengan hidupnya. Masing masing tidak cuba untuk membaiki hubungan ini kerana mereka berdua pasti setelah 3 kali putus, selamanya juga mereka tidak akan bersama. Sudah 3 kali peluang diberi untuk membaik pulih hubungan, tetapi hasilnya tetap sama mereka tetap putus seperti biasa.

Hati mana tak remuk jika selalu diperlakukan begitu, hati mana tak sedih kerana jika hubungan kembali jernih mereka akan tetap bertengkar. Aman akan menghilangkan diri. Sukar dihubungi. Alasan alasan yang kadang kala sukar diterima oleh seseorang yang mencintainya seluruh jiwa dan raga. Terkadang rasa seperti pengorbanan selama ini tidak dihargai. Di tendang seperti bola.. nak, kejar.. tak nak tendang, itukah harga yang Zu perlu bayar untuk kasih sayang dan pengorbanannya. Adakah ini harga Cinta Aman kepadanya?

Masa berlalu begitu pantas, Bulan Mei inilah genap cukup setahun Aman dan Zu berpisah. Aman masih seperti dahulu.. bersendirian.. Kenapa sukar dan peritnya dia melupakan Zu. Entah kenapa Zu masih terasa dekat dihatinya walau pun dia pasti Zu mungkin tidak sesaat pun mengingati dirinya. Dia pasti Zu sudah melupakan dirinya kerana khabar yang Aman dengar Zu sekarang mencoretkan kenangan kenangan indah nya bersama seseorang yang disebutnya “teman” didalam blog nya.

Aman pasrah. Dia tahu Zu sudah membuang jauh jauh dirinya didalam lubuk hatinya. Aman juga masih ingat sms terakhir Zu.. “Tolong jangan SMS dan hubungi saya lagi”..

Aman juga akur yang Zu sudah bertemu sesorang yang mampu membahagiakannya.Dia juga telah berjanji tidak akan menghubungi Zu jika itulah permintaanya. Aman akan mengotakan janjinya meskipun sakit teramat dalam. Dia juga tidak tahu kenapa dirinya masih belum dapat membuang sisa sia kenangan yang terjalin. Gelak tawa bersama ketika menaiki Roller Coaster di genting highlands, berbuka puasa, menemani Zu ketika sakit di hospital dan banyak kenangan tercipta antara hati nya dan Zu.

Zu aku akan selalu menyanyangi mu selamanya…Aku pasti akan kembali disini setiap bulan Mei, tempat terakhir Cinta kita,… Chalet Pulau Tioman … May god bless u Zu.. Love Aman.


Novel Pendek , nukilan Nan 16 April 2009 11.10pm

No comments: