Sunday, September 27, 2009

Celine Dion In Las Vegas


Assalamualaikum.. lamanya tak update blog. Sanpai kena perli.. hahah last update pasal kapal terbang, bukan tak nak update tapi sometime tak de idea nak menulis. Kalau keje dengan syarikat akhbar atau majalah mesti dah kena marah kan. So amacam raya? okay ke? Aku oklah berkesempatan balik 1 hari sebelum raya dan habiskan masa seminggu dekat kampung. Sempat la bersihkan rumah dan cat sebab lama tak bersihkan rumah kat kampung tu. Yelah tak de sapa sapa duduk stu. Mak aku pun balik sekali sekala sahaja jenguk jenguk gitu gitu jer.


Raya kat kampung macam biasa aku tak merayau kemana sangat just pergi ke rumah kawan-kawan terdekat. Selain tu duduk rumah habiskan kuih raya kat kampung. Okaylah. Pas je raya aku terus balik KL dan macam biasa tempat lepak adalah rumah Kak Mas. Hari tu bosan sangat so aku pun godek godek koleksi vcd izwan dalam kotak dan terjumpa Celine Dion Las Vegas Concert. Sebelum nie aku tau tentang konsert ni tapi tak pernah berpeluang nak tengok. Yerlah Kak Maria yang peminat Celion Dion pun tak pernah bawak CD konsert nie so tak tengok la kan. Tapi bila dah ada depan mata aku pun tengok la.


Komen:

Konsert yang dipenuhi graphic yang menarik (3D), kostum yang hebat, dan dipenuhi elemen elemen yang simple tapi berkesan. Aku cukup suke dengan VCD the making yang ada dalam CD konsert nie (1cd - Konsert 2-cd-The making). Kita boleh tengok celine dion bersiap2 dari rumah, naik keta ke tempat konsert, tengok belakang pentas, tengok celine kat bilik makeup, masa time makan dan banyak lagi. Selepas tengok konsert baru tengok THe making baru kita akan rasa kagum dengan konsert nie. Kalau nak bandingkan dengan konsert nie dengan konsert artis malaysia memanglah tak adilkan tapi mungkin kita boleh cedok serba sedikit ilmu artis barat buat konsert yang hebat. Anyway aku ingat nak beli DVD konsert nie nanti nak buat koleksi sebab bagi aku ini adalah contoh konsert yang simple tapi hebat. Rugi kalau korang tak tengok sendiri.


Aku tunjuk sikit sedutan yang aku dapat dari Youtube.



Opening

Graphic yang menarik

My Heart Go on

Dalam konsert nie ade banyak bende yang menarik seperti Basikal Terbang, Piano melayang dan mcam macam lah. Boleh jugak tengok tangga besar keluar dari bawah pentas dan pokok yang keluar dahan secara tiba tiba. Tapi paling aku suke scene seorang penari bawak anjing kecil berjalan jalan atas pentas sebab cara anjing tu berjalan sangat comel. Tak percaya korang cari DVD nie sendiri okay.

Post kali ini aku tujukan khas pada Kak Maria.

Thursday, September 10, 2009

Kapal Terbang Terbesar & Tercanggih (A380)



Bila dah tulis tentang Bangunan Tertinggi terus aku nyer Pelawat bertambah hahaha.. Nampaknya ramai pembaca kat luar suke kot aku tulis tentang tentang bende yang menarik macam tu. Oklah aku nak tulis tentang Kapal terbang plak K.

Ramai suka naik kapal terbang. Aku pun suka naik tapi yang tak best nya walaupun dan naik flight 8 kali suasananya tak best lansung sebab naik economy class. Bersesak sesak menahan nafas sebab tempat duduk yang sempit. Kaki plak rasa kejang sebab ruang nya macam dalam tin sardin. Yerlah semua nak untung so buat tempat duduk pun susunannya alahai. Seolah semua orang badan kanak2 jer. Kadang kadang aku rasa few low cost carrier ini motonya patut ditukar kepada KIdz can fly now... hahaha.. Oklah nak buat mcm mana sebab poket tak la besar kalau besar aku nak naik kapal terbang yang paling canggih sekarang nie iaitu AIRBUS 380.

Fuyoo best bangat kapal terbang nie. Aku tak nak la merapu rapu dalam blog nie nak terus letak gambar biar hangpa semua terliur tengok. Isi blog nie jugak aku tujukan kepada En. Izzo aku tau dia mesti suka topik yang aku tulis nie. Dengan ucapan bila nak bawak aku g cameron highlands plak hahahaha...

Kalau korang nak tahu Singapore Airlines telah membeli Airbus 380 dan tiba di singapore pada 15 Oct 2007 dan sebelum itu gelaran Kapal terbang terbesar di pegang oleh Boeing 747 selama 37 tahun dan digantikan dengan Airbus 380.

Jum kita tengok Kapal terbang ni dari luar sampai dalam. Macam macam ado:

Ada 2 tingkat kapal terbang nie ia nya boleh memuatkan 525 orang dalam 3 kelas tetapi sekiranya disusun dalam ekonomi class boleh memuatkan orang seramai 852 orang

Info:
Role Airliner
Manufacturer Airbus
First flight 27 April 2005
Introduced 25 October 2007 with Singapore Airlines
Primary users Singapore Airlines
Emirates
Qantas
Produced 2004 – present
Number built 35 as of July 2009[1]
Unit cost US$ 317.2 - 337.5 million[2]


Keratan Rentas Airbus 380

Class Ekonomi ~ best gak ruangan kaki yang besar. (Tak naik lagi tapi aku dapat rasa kaki aku lega)

Hmm~ Lena la mcm nie tak sempat nak mengutuk kapal terbang lain hahaha..

Business Class~ Kelassss~~~~~~~~~

Business class

First Class 1



First class 2~Gilo best nya

Captain Robert Ting bersama dengan A380 Singapore Airlines~

First Time mendarat Di Changi Airport pada 15 Oct 2007.

Dah sampai

Tengah lalu Flyover Bridge kat Changi Airport

Kalau hangpa semua rajin tengok National Geographic /Discovery Channel akan ada pasal Airbus 380 nie.

Pas tu kan ade yang best tau ade beberapa syarikat yang plan nak buat design untuk A380 nie untuk orang orang yang terlampau kaya (zillionaires). Nak tengok tak design diaorang. Jum tengok tapi belum jadi kenyataan lagi yer gambar kat bawah nie:~

Design Layout

Bar

Tempat rehat

Tempat rehat lagi

Tempat tido! Gilo best nya

Makan

Ok amacam kali ni nyer blog ok tak? Best giler kan kalau dapat naik kapal terbang mcam nie tapi kalau setakat pi Penang, Singapore dan Kelantan tak yah la nak naik kapal terbang mcm nie baru masuk toilet keluar dah sampai kan? huhuhuhuh ~

Wednesday, September 9, 2009

Bangunan Tertinggi Di Dunia



Assalamualaikum,

Lama tak menulis tentang benda yang menarik. Sebelum sebelum ini blog aku ade menulis tentang beberapa pekara menarik seperti pembedahan Liposuction, rumah Donald trump, kereta PUMA dan lain lain. Kalau nak tulis tentang Hiburan je tak best pulak kan.

Bangun dari tidur untuk sahur aku bukak Channel Discovery. Tentang bangunan yang tertinggi di dunia. Satu bende yang agak menarik untuk aku tulis. Aku nak blog nie bukan sahaja tulis tentang hiburan semata mata tetapi apa sahaja yang menarik aku tulis. Baru besh kan. So aku nak berkongsi dengan korang gambar gambar dan fakta berkenaan bangunan tinggi nie key.


1-Bur Dubai-UAE
2-Russia Tower-Rusia
3-Chicago Spire-Chicago USA
4-Taipei 101-Taiwan
5-Shanghai World-Taiwan
6-KLCC-Malaysia
7-Wilis Tower-Chicago USA

Serba sedikit Info yang aku copy dari internet:

Up until 1998 the tallest building status was essentially uncontested. Counting buildings as structures with floors throughout, and with antenna masts excluded, Sears Tower (now Willis Tower) in Chicago was considered the tallest. When the Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur, Malaysia were built, controversy arose because the spire extended nine metres higher than the roof of Willis Tower. Excluding the spire, the Petronas Towers are not taller than Willis Tower. At their convention in Chicago, the Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) reduced Willis Tower from world's tallest and pronounced it not second tallest, but third, and pronounced Petronas as world's tallest

The height is measured from the pavement level of the main entrance. At the time, Willis Tower held first place in the second and third categories. Petronas held the first category, and the original World Trade Towers held the fourth. Within months, however, a new antenna mast was placed on Willis Tower, giving it hold of the fourth category. On April 20, 2004, the Taipei 101 in Taipei, Taiwan, was completed. Its completion gave it the world record for the first three categories. On July 21, 2007 it was announced that Burj Dubai had surpassed Taipei 101 in height, reaching 512 m (1,680 ft) tall. Burj Dubai was topped-out in early 2009 but is not yet completed.

Today, Taipei 101 leads in the first category with 509 m (1,671 ft), but has been surpassed in the second two categories by the Shanghai World Financial Center whose roof height is 492 m (1,614 ft) and whose highest occupied floor is at 474 m (1,555 ft). Before either of these buildings were completed, the first category was held by the Petronas Twin Towers with 452 m (1,483 ft), and before that by Willis Tower with 442 m (1,451 ft). The second and third categories were held by Willis Tower, with 412 m (1,351 ft) and 442 m (1,451 ft) respectively.

Willis Tower still leads in the fourth category with 527 m (1,729 ft), previously held by the World Trade Center until the extension of the Chicago tower's western broadcast antenna in 2000, over a year prior to the Trade Center's destruction in 2001. Its antenna mast included, 1 World Trade Center measured 526 m (1,727 ft). The World Trade Center became the world's tallest buildings to be destroyed or demolished; indeed, its site entered the record books twice on September 11, 2001, in that category, replacing the Singer Building, which once stood a block from the WTC site.[citation needed]

Structures such as the CN Tower, the Ostankino Tower and the Oriental Pearl Tower are excluded from these categories because they are not "habitable buildings", which are defined as frame structures made with floors and walls throughout

1-Bur Dubai

2-Russia Tower

3-Chicago Spire

4-Taipei 101

5-Shanghai World

6-KLCC

7-Wilis Tower

Naik Menara KL pun dah gayat mcm mana la kat dubai tu huhuhu~

Sunday, September 6, 2009

Dato Siti Nurhaliza (Rakaman Lagu Sempena Ramadhan)


Aku ade terpandang salah seorang rakan di Face Book yang attach rakaman Dato Siti Nurhaliza membuat rakaman Lagu sempena bulan Ramadhan. Tak sure pulak samada lagu ini telah release atau tak. Tapi bila mendengarkan Suara Dato Siti Nurhaliza aku kagum dengan kelunakkannya. Just nak kongsi video nie. Ade yang dah tengok ade jugak yang belom~

Izwan Pilus & Jim Brickman~To Hear You Say You Love Me

Kalau nak ikutkan Izwan Pilus merakamkan lagu to hear you say you love me adalah untuk suka suka. Semasa Izwan dan Arill buat kenduri kesyukuran beberapa bulan lepas aku berpeluang mendengar lagu tersebut di dalam kereta lepas habis menemani Izwan untuk Rancangan Live Bintang RTM di Angkasapuri. Tu pon sebab aku amik i-pod dia dan dengar lam keta semasa perjalanan balik ke kampung Izwan bersama farith taib dan izwan.
(aku ada tulis ttg perjalanan dan kenduri ini kat blog lepas)

First time aku dengar aku terus jatuh cinta dengan lagu ini. Izwan pun rakam lagu ini untuk suka suka. Aku memberi komen ikhlas kat Izwan yang lagu nie berjaya menyentuh hati aku even first time aku dengar. Percaya atau tak aku dengar lagu tu lebih 100 kali dan ulang. Aku kemudian suggest kat Izwan untuk komersilkan lagu tersebut. Aku juga minta keizinan dari izwan untuk copy dan upload kat Youtube.

Akhirnya tanpa di duga Jim Brickman suke dengan nyanyian Izwan dan terus Izwan rakamkan kembali dengan studio yang lebih baik. Kalau korang nak tahu lagu ini akan di masukkan untuk album Jim Brickman pasaran Indonesia, Singapura dan Malaysia. Kalau ade rezeki mungkin kat pasaran Europe sekali tapi itu tak berani nak cakap lagi. Aku sendiri ikut Kak mas anta lagu yang telah direkodkan semula kepada agen Syarikat Jim di Malaysia. Kak Mas juga minta aku upload kan balik New Version kt Youtube. Kalau korang nak dengar sendiri jum kita sama sama dengar lagu ini


To Hear You Say You Love Me (Old Version yang aku dengar lam kereta Izwan semasa pulang ke Melaka)


To Hear You Say You Love Me (New Version)

* Ada yang komen ttg nyanyian Izwan tapi bagi aku kita sendiri mempunyai pendapat yang berbeza. Contohnya ada yang minat Faizal Tahir ade yang tidak. Ada jugak yang minat Dato' Siti Nurhaliza tapi ada yang tidak. Anda pendengar anda sendiri lah yang menentukannya~

Friday, September 4, 2009

PR & Artis Manager Gathering~Dorsett Regency


Semasa pergi Astro ari tu Kak Sariah jumpe aku dan Kak mas. Dia ajak join buka puasa untuk PR & Artist Manager kat Dorsett Regency Bukit Bintang.Errm tahun lepas kak mas pergi dan tahun nie aku plak join dengan kak mas. Bayarannya tak mahal RM 50.00 jer.
Bangun je tido aku terus gie Bukit Jalil jumpa erry. Nak cat kereta katanya sempena hari raya. Sampai je Erry drive bawak ke kajang (bengkel) Tapi tak jadi plak anta kereta untuk cat sebab esok kedai tu tutup. Hanya ari isnin baru boleh anta balik kereta dia ke bengkel. So aku pun balik semula ke rumah tunggu kak mas pick up aku kat rumah untuk ke Dorsett.

Ramai artis dan PR manager yang hadir. Antaranya Sam Kassim, Kak Sariah, Kak Baharina, Anne, Pojey, Larry, Along , Aswad dan banyak lagi lah tak larat nak sebut. Mie dari Melodi pun datang jugak. Bard dari SRC pun turun.

Sebelum nie aku tak pernah join aktiviti macam nie so bile berpeluang aku join la boleh berkenalan dengan lain lain artis manager. Sempat jugak bertukar2 name card. Anyway makanan mmg besh sedap sedap dan kembung perut. Harganya bukan RM 50.00 yer sebab kitaorang dapat harga special untuk artist manager. Harga asal untuk Buffet kat Dorset RM69.90 (kalau tak silap).

Ramadhan buffet nie dikelolakan oleh Pihak Dorsett Regency bersama dengan Dee (Jangan Ketawa). Jum tengok gambar gambar semasa aktiviti berbuka puasa nie.


Sedap gilo~

My food~Gilo makan kan?

macam macam ado~

Kak Mas(Manager Izwan Pilus & Me-ahak~)

Kak Mas gelak tak ingat dunia~

Apa yang menarik sgt tu abg Sam sampai kamera sebegitu sekali di angkat(manager noryn aziz)

Sabar yer Kak mas. Belum buka lagi la..

Bersama Dee~

Dee yang periang~

Semua PR & Manager artis

Heheheheh~Kak Mas nak juga menyelit sebelah Aswad dan Pojey

Kak Sariah, Kak Baharina dan Kak Azie

Kak Mas yang happy. Kat belakang tu along tengah geram nak rampas mic dari penyanyi jemputan sambil diperhatikan oleh Kak Sariah dan Kak Baharina

Ramainya

Kak Mas tengah jual minyak kat Bard Src, Pojey & Mie Melodi gagaga~

awat kak sariah monyok tu hahaha~Dari Kiri Yanie, Sam Kassim, Dewa, Bard, Poji, Along, Kak sariah, Kak Baharina, Anne, Kak azie

Dewa sedang menyambungkan teknik rambut sambungan~

Nana (tambahan)

Pic semua(Ihsan pic from Sam Kassim FB)

Tengok along bergelek dengan Anne

Errk kenyang~

Sebelum balik dapat CD Jac best wo~

Promo CD~