Wednesday, September 2, 2009

Nurin Qistina & Tart Nenas



Aku dah 2 hari ikut shooting drama bersiri Nurin Qistina. Drama ini 13 episod yang diarahkan oleh Sutradara Wan Hussain terbitan Take One Production. Mula2 Shoot diadakan kawasan Melawati di pejabat Take One Production. Tapi aku tunggu luar sebab set dalam pejabat sangatlah sempit dengan wayar yang berselirat. Naik pening jugak tengok wayar wayar lampu.

Kemudian shoot diadakan di Pejabat Agama Nikah Cerai Keramat. Anyway setibanya di lokasi hujan. So shoot tak dapat dijalankan sebab ianya konti. So kitaorg pun terus menuju ke lokasi seterusnya di pinggiran Batu caves. Kat sini okay sikit sebab penggambaran dijalankan di dalam rumah. Jam tepat meunjukkan 6 petang. So aku dan erry pergi membeli makanan kat pasar ramadhan area pinggiran batu caves. Fuhh makanan berlambak lambak tak tau nak pilih yang mana satu. Erry plak tengok tu nak beli tengok ni nak beli. Nasib la dia pakai mask so aktiviti kami membeli belah makanan dapat dijalankan dengan lancar. Kalau tak terpaksa la berhenti2 sbb selalu ade peminat yang nak bergambar. hahahaa..

Erry sibuk shooting aku plak dok lepak ngn tuan rumah yang sedang sibuk membuat kuih raya yang telah diorder. Fuh tahun lepas je kak dina(tuan rumah) buat bisnes ni dapat lebih kurang 5 K beb! Errmm satu satunya cara nak buat pendapatan menjelang musim perayaan. Sempat la jugak aku belajar cara cara nak buat kuih tart nenas. So boleh la aku buat untuk ngap sendiri nanti bile dah pandai nanti nak gak la buat bisnes nie kan. Aku ade gak ambik gambar2 semasa proses membuat kuih nie.

Jum tengok gambar2

Scene malam

Krew tengah menyiapkan lampu

krew sedang menyiapkan peralatan pengambaran

Yana dan erry sedang Rehersal

Kak Dina sedang sibuk membuat kuih di dapur yang lain tengah sibuk berlakon di depan

Tak sure apa nama kuih ni tapi bila dah ada lam mulut sedap woo.

Mamat baju merah adalah pengacau di dapur.

Almond London yang telah dibungkus

Nenas beku di cubit dan bulat bulatkan

Isi Tart Nenas diuli bulat2

Cara-cara buat kuih tart nenas. Tepung gandum di adun dengan gula kastard, 2 biji kuning telur, sedikit tepung jagung dan lepa susu(2 pek)

Tadaaa. dah siap letak la jem kat ctu(yg bulat tadi) dan gulung dan bakar.

Dah siap letak atas tray dan sapukan kuning telur kat atas tart tu.. tadaaa dah siap dan boleh dibakar.

Pas nie aku boleh la belajar buatkan. Bukan susah pun buat tart nie senang je antara nak dengan tak nak je kan?

1 comment:

NurulAini said...

That my mama! Hhihihiih