Assalamualaikum.. lamanya tak update blog. Sanpai kena perli.. hahah last update pasal kapal terbang, bukan tak nak update tapi sometime tak de idea nak menulis. Kalau keje dengan syarikat akhbar atau majalah mesti dah kena marah kan. So amacam raya? okay ke? Aku oklah berkesempatan balik 1 hari sebelum raya dan habiskan masa seminggu dekat kampung. Sempat la bersihkan rumah dan cat sebab lama tak bersihkan rumah kat kampung tu. Yelah tak de sapa sapa duduk stu. Mak aku pun balik sekali sekala sahaja jenguk jenguk gitu gitu jer.
Raya kat kampung macam biasa aku tak merayau kemana sangat just pergi ke rumah kawan-kawan terdekat. Selain tu duduk rumah habiskan kuih raya kat kampung. Okaylah. Pas je raya aku terus balik KL dan macam biasa tempat lepak adalah rumah Kak Mas. Hari tu bosan sangat so aku pun godek godek koleksi vcd izwan dalam kotak dan terjumpa Celine Dion Las Vegas Concert. Sebelum nie aku tau tentang konsert ni tapi tak pernah berpeluang nak tengok. Yerlah Kak Maria yang peminat Celion Dion pun tak pernah bawak CD konsert nie so tak tengok la kan. Tapi bila dah ada depan mata aku pun tengok la.
Komen:
Konsert yang dipenuhi graphic yang menarik (3D), kostum yang hebat, dan dipenuhi elemen elemen yang simple tapi berkesan. Aku cukup suke dengan VCD the making yang ada dalam CD konsert nie (1cd - Konsert 2-cd-The making). Kita boleh tengok celine dion bersiap2 dari rumah, naik keta ke tempat konsert, tengok belakang pentas, tengok celine kat bilik makeup, masa time makan dan banyak lagi. Selepas tengok konsert baru tengok THe making baru kita akan rasa kagum dengan konsert nie. Kalau nak bandingkan dengan konsert nie dengan konsert artis malaysia memanglah tak adilkan tapi mungkin kita boleh cedok serba sedikit ilmu artis barat buat konsert yang hebat. Anyway aku ingat nak beli DVD konsert nie nanti nak buat koleksi sebab bagi aku ini adalah contoh konsert yang simple tapi hebat. Rugi kalau korang tak tengok sendiri.
Aku tunjuk sikit sedutan yang aku dapat dari Youtube.
Opening
Graphic yang menarik
My Heart Go on
Dalam konsert nie ade banyak bende yang menarik seperti Basikal Terbang, Piano melayang dan mcam macam lah. Boleh jugak tengok tangga besar keluar dari bawah pentas dan pokok yang keluar dahan secara tiba tiba. Tapi paling aku suke scene seorang penari bawak anjing kecil berjalan jalan atas pentas sebab cara anjing tu berjalan sangat comel. Tak percaya korang cari DVD nie sendiri okay.
Post kali ini aku tujukan khas pada Kak Maria.
No comments:
Post a Comment