Saturday, July 24, 2010

The Sorcerer's apprentice~Review Filem


Bagi mereka yang belum mempunyai perancangan hujung minggu ini aku nak cadangkan supaya menonton Sorcerer apprentice. Filem ini dibintangi oleh Nicolas Cage, Jay Baruchel, Alfred Molina, Teresa Palmer. Filem terbaru keluaran Disney Pictures ini telah diterbitkan dengan kerjasama Producer Jerry Bruckheimer dan diarahkan Jon Turteltaub..

Filem ini mengisahkan
Balthazar Blake Lakonan Nicholas Cage yang berusaha mencari apprentince dalam Ilmu sihir untuk membantunya mengalahkan ahli sihir yang membelot, & yang teperangkap bersama di dalam lapisan botol berkurun kurun lamanya.

Blake telah diingatkan untuk mencari seorang budak lelaki yang yang telah ditakdirkan mempunyai bakat dalam bidang fizik serta ianya akan dijelmakan apabila arca kecil naga yang telah ditinggalkan yang mana arca tersebut akan menjadi cincin dan melekat kepada mana mana budak lelaki yang serasi dengannya.

Permulaan cerita ditunjukkan dengan adegan pertarungan kuasa magis zaman lampau dan bagaimana master telah berjaya menangkap pembelot sihir telah dikurung di dalam botol tersebut. Selepas itu bermula lah pencarian Balthazar Blake untuk mencari budak lelaki tersebut dari zaman lampau sehingga mengjangkau tahun 2000. Setelah mencari hampir 1000 tahun Balthazar telah berjaya menemui Dave Stutler seorang kanak kanak lelaki yang berusia 10 tahun yang secara kebetulan memasuki Kedai antiknya untuk mengambil nota balasan kanak kanak perempuan yang terbang. (Balthazar Blake merupakan penyimpan dan penjual barang antik pada tahun 2000).

Semasa bertemu dengan Dave , Balthazar telah memberi arca naga perak tersebut kepada Dave dan arca naga tersebut dengan tiba2 bertukar dan menjadi cincin. Semasa mengambil buku panduan magis, di tingkat bawah, Dave yang mempunyai kuasa magis setelah mendapat cincin tersebut secara tiba tiba dan tidak sengaja telah memecahkan dinding yang menempatkan botol kurungan yang disorokkan dan seterusnya menyebabkan botol dan lapisan pertama nya pecah dan menyebabkan
Maxim Horvath (Alfred Molina) telah terlepas dari kurungan..

Dari segi lakonan Nicholas Cage aku berpendapat ianya biasa biasa sahaja. Begitu juga dengan pelakon lain yang membintangi filem ini. Tak ada yang boleh dibanggakan. Tetapi dari segi kesan khas yang digunakan ianya memang sangat menarik dan realistik. Penonton akan dibawa menyelami ilmu sihir versi moden. Ini kerana terdapat beberapa elemen suntikan moden seperti burung besi yang dijelmakan dan pertukaran kepada beberapa jenis kenderaan. Cuma yang kuno ialah melibatkan adegan Dave yang menggunakan kuasa sihir keatas penyapu, mop dan span yang bertujuan untuk membersihkan makmal bawah tanahnya.

Secara keseluruhnya kepada mereka yang meminati kesan khas Filem ini amat sesuai bagi korang yer.. Tapi yang tak besh nya bila habis terus lupa pasal filem ini.. Sebab apa? entah la mungkin Filem ini tiada penglibatan isu emosi serta keupayaan untuk mengaitkannya dengan hidup kita.. Aku lebih ingat Filem Shrek berbanding Filem ini! Selamat Menonton!

Filem ini menduduki tangga kutipan US Boxoffice yang ketiga selepas The inception 62.8 Juta USD, Despicable 32.8 Juta USD dan The Socere Apprentince 17.6 Juta USD!



Trailer satu




Trailer 2