Sunday, May 31, 2009

An Evening With Dato Sharifah Aini



We'r organising :

"AN EVENING WITH DATO SHARIFAH AINI-DINNER SHOW"
LOCATION:DEWAN PERDANA FELDA KUALA LUMPUR.
DATE: 17th JULY 2009
TIME: 8.00 PM
TICKET PRICE:PER TABLE-RM 2K, RM 3K, RM 5K & VIP RM 10K
TICKET PER HEAD: RM 200, RM 300, RM 500 & RM 1K
ORGANISE BY : NACEE EVENT

For Booking please call NAN at +6017-2385 185

Tuesday, May 26, 2009

Aweku lari @ Aidil Studio

Seperti yang aku janjikan beberapa hari lepas aku nak letak ttg aidil studio kan, malam tadi aku menemani Erry Putra untuk merakamkan lagu yang di produce, arrangement oleh Aidil Music.

Aku letak terus video Erry putra lagu Awekku lari. Proses rakaman dijalankan lebih kurang 3jam. Kami masuk studio Aidil jam 12.30am dan siap dalam pukul 3.30 pagi tapi belum mixing dan mastered.

Mulanya aku tak bagi Erry rekod lagu nie memandangkan dia baru sahaja selesai shooting dari pagi sampai malam tapi Erry nak jugak rekod so aku malas la nak halang sebab yang penting tuan punya badan larat so bedal je la. Aidil pulak akan mulai busy selepas rabu nie dengan buat lagu drama. Kebetulan dia memang booking studio tu untuk Erry malam tadi. Cuma aku kecian dengan erry muka pon dah nampak penat sangat.

So kepada korang yang selalu baca blog aku teruskan membaca wlaupun aku rasa blog aku nie tak la besh sangat macam blog PM tun mahathir yang pack dengan pembaca.. huuhu

Wednesday, May 20, 2009

Aidil as Composer



Ingat lagi tak semua kepada Aidil AF3. Mesti ingat kan sebab Aidil adalah generasi Akademi Fantasia musim ke tiga yang mana perserta yang ada masa tu mawi, Idayu, marsha, Rezza, kefli, Eliza dan lain lain. Aidil adalah perserta yang membuat kejutan pengsan semasa konsert ke tujuh apabila diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir sampaikan ibunya Puan Zuraidah terkejut dan mendapat liputan meluas akhbar keesokkan harinya.



Mesti korang tertanya tanya apa kena mengena Aidil AF3 dengan aku kan. Sebenarnya tak ada kena mengena pun tapi nak bagi tahu semua yang aku baru sahaja pulang dari studio aidil. Mesti ramai yang tak tahu yang aidil sekarang tengah sibuk menguruskan studio dia. Sebelum nie aku pernah berborak borak dengan Aidil bersama Aesar, Azmir Ariff tetapi tak pernah pun naik dan tengok studio Aidil.

Yang kenalkan aku dengan Aidil adalah Farith (peserta malaysian idol) dan kemudian kitaorg bertukar tukar contact for business. Dlm minggu nie aku dah berpeluang tengok studio Aidil dirumahnya sebab menguruskan Erry untuk rakaman. Plan asal adalah just untuk dengar lagu tetapi aku terkejut besar bila mengetahui Aidil mempunyai latar belakang pendidikan muzik dari Berkley College of Music dan menyambung pelajaran nya ke UK dalam bidang muzik.

Bukan itu sahaja Aidil juga sebelum masuk AF merupakan tenaga pengajar kat College Muzik Berkely. Selepas habis AF aidil join dengan Luncai Emas (milik M.Nasir) dengan menjadi Sound Engineer beberapa tahun. Sekarang pun aidil merupakan anak didik M.Nasir dan membuat business sendiri dengan mencipta lagu. Nak tahu berapa lagu yang Aidil ada dalam library nya sekarang? ada 250 lagu kalau tak silap. Aku tabik spring dengan Aidil sekarang sebab apabila aku dah lepak studio nya aku dah dengar beberapa lagu dlm tabung ujinya alamak best giler beb.

Aidil jugak sekarang sangat sibuk dengan membuat beberapa lagu iklan, drama. Maknanya beliau nie sekarang diam diam berisi. Mungkin dalam trek selebriti korang pernah tgok kan studio Aidil tapi itu studio lama. Kat studio baru nie aidil dah invest berpuluh ribu untuk membuat kerja kerja rakaman termasuk mixing dan mastered.

Setelah dah lepak beberapa kali kat studio Aidil nie (selalu aku lepak mlm 12.00-5.00 pg) aku boleh simpulkan Aidil merupakan seorang pencipta muzik yang berbakat. lagu yang dicipta tunggu boom jer. Sebenarnya aku terfikir jugak nak update kat sini tentang studio Aidil nie tapi takut tuan punya badan tak suke tapi sebelum balik Aidil minta aku tulis sedikit tentang studio dia kat blog aku bagi orang ramai tahu yang dia nie bukan menyepi dalam industri hiburan.

Sekarang nie pun lagu Aidil tengah boom iaitu lagu Azmir Ariff "Cinta Jasmin" kat Era FM. Anyway untuk update akan datang aku akan tangkap gambar studio Aidil untuk tatapan korang ok. Sapa sapa yang berminat nak lagu dari Aidil boleh lah contact aku dan aku boleh kenalkan dengan Aidil email je aku detail korang kat aku tekanbutang@yahoo.com

Lagu Cinta Jasmin by Azmir Ariff

Design Cover Album



Hello. Minggu nie aku tersangat sangat bz dengan kerja. Benda yang aku tengah work out sekarang ialah membuat design Cover Album untuk Erry Putra. Alamak bile dah dapat photo2 dari Erry aku terus bersengkang mata dengan software untuk membuat design Cover Album untuk Erry Putra bagi Single Album nya iaitu "Izinkan Aku". Design ni memang aku suggest simple dan menggunakan white base untuk nampakkan eksklusif.

Sebenarnya bila dah dapat softcopy dari Erry memang aku kena touch up colournya menggunakan software untuk mendapatkan gambar yang cantik dari segi tekstur dan meratakan kembali pixel2 yang tak berapa cantik. Hasilnya memang memuaskan hati.

Nak tengok design dan hasilnya sila tengok kat bawah. Amacam cantik tak ? kalau mana mana artis yang nak buat design dengan aku boleh jer just contact aku at tekanbutang@yahoo.com okay.


Cover Belakang

Monday, May 11, 2009

Erry Putra-Caller Ring Tone




Erry sekarang tengah mempromosi lagu CRT (caller Ring Tone) Izinkan Aku dan Cintaku.


Izinkan Aku (Code :113236) & Cintaku (Code:113235)

Taip*131*Code Lagu# tekan send
Contoh
Taip *131*113235# dan tekan send



Izinkanlah Aku (Code:0052827) & Cintaku (Code:0052826)
Taip CT BUYCode lagu dan terus send ke 2000
Contoh:
CT BUY 0052827 send ke 2000


Bagi sesiapa yang ingin membeli CD single Erry beserta Poster boleh lah mengemail butir butir anda seperti:

Nama:
Alamat:
No telefon:
Email:

kepada Aku di tekanbutang@yahoo.com. Anda juga boleh melayari blog erry di www.erryputra.blogspot.com dan mengikuti perjalanan promosi tentang Erry okay.

Tuesday, May 5, 2009

Cinta Jasmin-Azmir Ariff


Cinta Jasmin.. adalah tajuk lagu single terbaru dari penyanyi Azmir Ariff yang kini tengah hangat di putarkan oleh Radio Era Rentak Muzik Terkini dan Hot FM.. Saje nak promote sikit lagu nie kat blog kerana Lagu Cinta Jasmin ini mempunyai beberapa elemen Arab dari segi komposisi adunan muzik dan arrangement. Ianya juga mendapat sedikit sentuhan elemen muzik Ghazal.Lagu ini juga menampilkan Betty Banafe (featuring).

Kalau nak diikutkan lagu ini agak berani dari segi penciptaan kerana ianya agak berlainan dari lagu lagu yang sedia ada di Malaysia. First time dengar ingatkan lagu Arab apabila mendengar suara Betty Banafe tetapi bila vokal Azmir mula kedengaran sangkaan itu meleset. Apa yang menarik tentang Azmir Ariff ialah kekuatan pada vokal nya. Sebutan Azmir dalam lagu ini sangat jelas yakni kita boleh memahami setiap bait bait lirik yang dinyanyikannya. Cara Azmir mendendangkan lagu ini juga boleh diberikan pujian dari segi lenggok suaranya yang ternyata kena pada irama lagu ini yang seakan akan muzik irama 'padang pasir'.

Selain lagu Cinta Jasmin, Azmir Ariff dikenali dengan lagu "Misteri Cinta Sakti".

Berikut adalah serba sedikit info tentang Azmir Ariff, Kalau nak tahu Azmir ni seorang yang pemalu dan sangat merendah diri (in person). Kalau nak tahu lebih lanjut ttg Azmir baca biodata beliau di bawah:



BIODATA
Name : MOHD AZMIRA BIN MOHAMAD ARIF
Commercial Name : AZMIR ARIF
Profession : RECORDING ARTIST
Place of Birth : BALIK PULAU, PENANG
D.O.B :15 September 1983
Height / Weight : 175cm / 68kg
Star Sign : VIRGO
Hobbies : READING, SINGING & WATCHING MOVIE
Genre: R&B, POP, BALADA, IRAMA MALAYSIA

Album(s) :
MISTERI CINTA SAKTI ( 1st SINGLE )
Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Adnan Abu Hassan
(OPD)SRD Villa Record
(SP)EMI Publishing Sdn.Bhd

Album(s) :
MAAFKAN AKU ( 2nd SINGLE )
Lagu : Aesar Mustafa
Lirik : Aesar Mustafa
Aidil Af3 Studio/Rafikoncept Studio

ACHIEVEMENTS:
* TOP-20, One In A Million OIAM (SEASON 2)
* Johan Anggerik Idol 2007 (Anggerik Mall)
* Johan & Persembahan Terbaik Pertandingan Menyanyi Putera-Puteri UMNO Kuala Lumpur Bahagian Segambut
* Johan & Persembahan Terbaik Bintang Pesta Pulau Pinang 2007
* Naib Johan Bintang Asli & Persembahan Terbaik
* Persembahan Terbaik Anjuran "Majalah Konsert"
* Johan Bintang Irama Malaysia Pulau Pinang
* Finalis PPW UMNO Wilayah Persekutuan
* Tempat ke-3, Anjuran Antidadah Tasek Titiwangsa

Bagi anda yang meminati Azmir dan ingin membuat pilihan lagu sila ikuti langkah di bawah

ERA FM ;
sila sms ke ; 2 lagu pilihan
type ERAPDE CINTA JASMIN AZMIR ARIF,MUNGKIR BAHAGIA HAZAMI
ke 32555 ATAU TEL:03-95433355


KLFM ;
type KLFM CINTA JASMIN AZMIR ARIF
type KLFM CINTA JASMIN AZMIR ARIF
ke 32728
Register: KLFM DAFTAR [NAMA] ke 32728

HOT FM ;
sila sms ke ;
type HM CINTA JASMIN AZMIR ARIF
type HM CINTA JASMIN AZMIR ARIF
ke 33399 ATAU TEL:03-77108822
Register: HOTFM[space]NAMA[,]IC. NUMBER 12 DIGIT send to 33399


SURIA FM ;
sila sms ke ;
type SURIA CINTA JASMIN AZMIR ARIF
ke 33511 ATAU TEL:03-40411053
Register: KLIK[space]NAMA send to 33511

MUZIKFM ;
Taip SMSNama, Lokasi, Ucapan &
Kepada Siapa Ia Ditujukan Dan Permintaan lagu MISTERI CINTA SAKTI AZMIR ARIF hantar
SMS anda ke 32776
Untuk menyertai Undian SMS di Muzikfm
Taip UNUndian E/A/B
Dan hantar undian anda ke 32776
Contoh: UN E/A/B &
hantarkan ke 32776
Layari Blog MUZIKFM
http://www.muzikfm.com.my/chart.php

SINAR FM ;
sila sms ke ;
type; CSP CINTA JASMIN AZMIR ARIF
ke 32660 ATAU TEL:03-95433355

Caller Ring Tone pula:
To Activate type CMTON and send to 22990

To Download Via SMS type CMTCODE and send to 22990

RING TONE SONG MAAFKAN AKU CODE : 56138

RING TONE SONG MISTERI CINTA SAKTI CODE: 56139

Layari Web Ring Tone Celcom

LAYARI WEB CELCOM CALLING RINGTONE AZMIR ARIF
Layari web Celcom

Monday, May 4, 2009

Farith Taib~Dinamik Cinta



5 hb May 2009 merupakan hari yang penuh bermakna bagi Farith Taib penyanyi baru yang telah melahirkan single nya bertajuk "Dinamik Cita & Cinta" yang menampilkan Hazami selaku penerbit & pencipta. Farith merupakan artis di bawah naungan Hazami (Music & Me Entertaiment) adalah anak didik beliau semasa Program Mentor (Musim Pertama) sehinggalah kini.

Farith Taib bukanlah penyanyi yang asing kerana sebelum ini beliau pernah memasuki beberapa pertandingan seperti Malaysian Idol Top 12(First Season), Mentor dan beberapa pertandingan nyanyian yang lain. Beliau juga banyak menimba pengalaman menyanyi di beberapa buah kelab terkenal di Kuala Lumpur & Genting Highlands di samping mengiringi persembahan Hazami sebagai penyanyi latar untuk beberapa persembahan termasuk Pertandingan Akhir Juara Lagu.

Penantian Farith selama beberapa tahun akhirnya berbaloi dengan lahirnya Single Dinamik Cita & Cinta yang menggunakan kepakaran penyanyi Hazami dalam penggubahan dan penghasilan lagu. Hazami telah mempertaruhkan 2 buah lagu ciptaanya iaitu Merindu Cinta dan Haruskah.

Proses menyiapkan single ini dilihat begitu rapi dan teliti dari segi mixing, susunan lagu (arrengement) mahupun vokal. Vokal Farith yang agak tinggi kedengaran begitu jelas bagi kedua dua buah lagu di samping suara latar cukup baik mewarnai single sulung Farith Taib.

Bagi lagu Merindu Cinta memang merdu biarpun pertama kali mendengar dan pastinya dapat menarik halwa telinga bagi mereka yang menggemari lagu lagu cinta. Manakala bagi lagu rancak Haruskah juga tidak kurang hebatnya berbanding lagu Merindu Cinta di mana susunan muziknya amat catchy dan bunyi nya lebih kepada Jazz muzik.

Kepada anda semua maaflah tak dapat upload 2 lagu ini kerana ianya dalam proses promosi di Stesyen Radio bermula hari ini ~5hb May 2009. Jadi nantikan dua buah lagu ini di stesyen radio okay. Bagi mereka yang belum mengenali Farith Taib saksikan klip video di bawah



Farith-1st Workshop Malaysian Idol


Farith-Malaysian Idol (Wild Card 2004)