Saturday, May 29, 2010

Thunder Cats~Preview


Bila la nak kuar Movie Thunder cats nie?? argghhh tak sabar rasanya nak tunggu filem nie kuar

Citer thunder cats ni memang tak asing bagi golongan yang lahir tahun 1970 an dan 1980-an.
Pelakon Thunder Cats~The Movie:
Brad Pitt as Lion-O
Vin Diesel as Panthro
Gigi Edgley (Farscape’s Chiana) as Cheetara
Hugh Jackman as Tygra (Man)


Trailer 1~

Preview Thunder cats~Movie


Thunder cats~versi kartun dulu..

Best kan.. tak sabar nak tengok dan buat review!

Prince of Persia~Review Filem


Aku berpeluang menonton Prince of Persia ~The Sand of Time bersama rakan malam tadi. Hati melonjak kegembiraan kerana berpeluang menonton filem yang menampilkan senarai pelakon Gred A. Reaksi yang diberikan teman teman bercampur baur. Ada yang suka ada juga yang tidak. Jadi untuk mendapatkan kepastian aku pergi menonton filem ini sendiri. Cuma agak terkilan kerana filem ini sepatutnya ditayangkan 12.45 tgh malam tetapi sebaik sahaja aku melangkah masuk filem ini sudah ditayangkan meskipun jam menunjukkan 12.40 malam. Babak pertama berkenaan bagaimana Prince Dastan (lakonan Jake Gyllenhaal) menjadi anak angkat kepada Raja Empayar Persia dalam filem ini tidak dapat aku saksikan! Sedih betul aku.

Filem ini mengisahkan bagaimana perebutan kuasa berlaku antara kerabat raja untuk menakluk takhta empayar Negara Persia. Pergolakan berlaku apabila Prince Dastan dituduh membunuh ayah angkatnya Raja Persia. Prince Dastan yang berjaya menakluki negara yang dikuasai Princess Tamina telah melarikan diri bersama Princess Tamina (yang diculik secara aman untuk dikahwinkan dengan abgnya) tanpa menyedari pisau ajaib yang dirampas ketika menakluki negara itu mempunyai kuasa yang dapat membalikkan masa ke zaman silam. Pisau itu dikehendaki bagi membolehkan masa diulang semula bagi merampas kuasa yang ada.

Semasa dalam perjalanan melarikan diri Prince Dastan telah menghadapi konflik dengan Princess Damina yang ingin merampas semula pisau ajaib tersebut. Konflik juga bertambah apabila mereka bertembung dengan puak yang melarikan diri dari cukai yang bersahabat dengan seorang pembaling pisau yang mahir.

Bagi aku filem ini sarat dengan konstum dan senjata yang sangat cantik. Setiap perincian kostum terutama jubah beracun, persalinan puteri Tamina, pakaian kerabat diraja mahupun senjata yang terdapat dalam filem ini sungguh cantik dan mengkagumkan. Ketelitian terhadap senjata ajaib juga dilihat begitu unik terutamanya ukiran yang terdapat padanya. Satu lagi keindahan yang ditampilkan ialah reka bentuk Kota dan istana dalam filem ini kelihatan sangat menakjubkan meskipun ianya hanya dijanakan melaui teknik CGI.

Dari segi jalan cerita bagi aku biasa sahaja cuma adegan perebutan pisau ajaib berlaku terlampau kerap membuatkan aku berasa bosan. Asyik asyik terlepas ke tangan musuh, diambil semula, terlepas diambil balik dan seterusnya. Sepatutnya adegan perebutan ini boleh dikurangkan diganti dengan peristiwa ganjil yang terdapat pada pisau tersebut yang mana Princess Tamina sendiri tidak dapat membacanya.. barulah timbul konflik dan misteri yang mana membolehkan penonton berfikir apakah yang akan terjadi bagi babak seterusnya.

Walau bagaimana pun pujian patut diberikan kepada pengarah kerana berjaya menampilkan aksi dan ketangkasan bagi watak Prince Dastan yang kelihatan sangat tangkas dan cekap terutama apabila berjaya melepaskan diri dari di tangkap. Keunikan juga dapat dilihat apabila aksi aksi ini hanya menggunakan kekuatan anggota tangan dan kaki tanpa melibatkan unsur unsur mistik (kuasa ajaib seperti mana filem2 Hollywood yg lain). Pemilihan watak prince Dastan yg jatuh ke tangan Jake Gyllenhaal juga dilihat tepat kerana dia dilihat begitu kena dengan reaksi mukanya yg selamba dan kelakar.. Unsur puak mistik yang terdapat dalam filem ini juga bagi aku dapat menaikkan seri filem ini kerana berupaya membuatkan kita terpaku apabila ada beberapa scene yang membabitkan scene ular besar (ilmu hitam).

Overall kalau dari 5 bintang aku hanya boleh memberikan 3.5 *** sahaja kepada filem ini.

Adegan samasa melarikan diri dari ditangkap askar Persia

Keduanya melarikan diri scene terjun dari istana

Prince Dastan


Genres: Action/Adventure, Science Fiction/Fantasy and Adaptation
Running Time: 1 hr. 55 min.
Release Date: May 28th, 2010 (wide)
MPAA Rating: PG-13 for intense sequences of violence and action.
Distributors:
Walt Disney Studios Distribution




Berikut pula adalah gambar gambar yang dipetik dari FB teman baik aku -Yanie yang berpeluang menghadiri Preview filem tersebut di London baru baru ini ~

Kostum Princess Tamina yang begitu indah dan cantik-Kostum ini digunakan semasa adat penyembahan terhadap pisau ajaib yang diletakkan di dalam istana Puteri tersebut

Pakaian kalis besi tersebut digunakan semasa Prince Dastan semasa pertempuran

Nice kan?

Sunday, May 23, 2010

Shrek 4 (Forever After) - 3 D



Apabila di tanya apakah movie yang terbaru yang best untuk ditonton oleh semua ketika ini aku tentu nya memberikan 5 bintang dan cadangan pada Filem Terbaru Shrek 4! Bagi penggemar filem animasi Sherk adalah filem yang mesti ditonton pada tahun 2010. Ianya merupakan kesinambungan dari Sherk dari versi pertama, kedua, ketiga yang ditayangkan sebelum ini.
Aku berpeluang menonton Shrek 4 di MBO ampang. Sebelum memasuki teater 7 aku dan budak rumah di beri kaca mata khas bagi menonton animasi ini. Seperti biasalah kan. Anda tak boleh tengok animasi 3d tanpa kacamata khas. Tiket bagi 3D berharga RM 16.

Dari segi jalan cerita aku berpendapat ianya menarik di mana kali ini memaparkan bagaimana Shrek mula merasakan bosan dengan kitaran hidupnya sebagai suami, ayah dan rutin yang dilaluinya amat mememenatkan sehingga dia tidak mempunyai masanya sendiri. Konflik bermula apabila Shrek tiba tiba naik angin apabila pulang ke rumah Fiona (Negara Far Far Away ) bagi menyambut ulang tahun pertama anak anaknya. Ketika bertengkar di luar rumah seorang 'deal-maker yang bernama Rumpelstiltskin telah mendengar pertengkaran tersebut dan merancang untuk memerangkap Shrek.

Rumpelstiltskin mempunyai kemahiran dalam sihir telah memerangkap Shrek(untuk menjadi raja King Far Far Away) untuk menandatangani surat bagi membolehkan Shrek kembali kepada kehidupan asalnya selama 24 jam tanpa Shrek menyedari dia sebenarnya terkena sumpahan apabila menandatangi surat perjanjian tersebut. Sebaik sahaja menandatangani surat tersebut Shrek berasa gembira apabila hidupnya menjadi Shrek yang dahulu yang mana dia ditakuti oleh penduduk kampung. Kehidupannya juga berubah apabila Shrek menyedari Fiona yang diselamatkan nya dahulu (Shrek first seson) rupa rupanya menyelamatkan diri nya sendiri dan keadaan dahulu pun secara tak langsung nya berubah (donkey, fiona dan puss tidak mengenali Shrek!). Shrek juga terkejut di mana beliau pada zaman itu tidak berkahwin dengan Fiona dan juga tidak memiliki anak!

Bagaimana Shrek nak kembali pada keadaan sediakala? Anda kena tonton sendiri Shrek ini yer.. Secara total nya aku gerenti korang boleh menangis apabila menonton Shrek nie kerana ada beberapa babak yang sangat menyentuh perasaan terutama nya apabila shrek cuba memenangi hati Fiona semula. Cerita ini juga boleh dijadikan iktibar kepada mereka yang tidak menghargai nilai nilai kasih sayang yang dimiliki sehingga bertindak mengikut perasaan. Tahniah kepada team produksi filem ini. Tak rugi tonton!!!


Trailer Shrek 4


Trailer Shrek 4


Shrek First Season


Shrek dan Rumpelstiltskin

Shrek dan Fiona dipukau oleh pemain seruling yang di upah Rumpelstiltskin


The Players:


The Good:
  • Bit of a Comeback: This is definitely no where near as good as the first film, but it’s definitely a revival from the third and on a slight improvement from the second.
  • Donkey: Whichever main characters you liked in the first film, you’ll like in this film, mainly because they went back to the beginning, came up with a way to make it fresh and then capitalized on what you loved. For me The Donkey is still the saving grace and the minor characters are really where the belly laughs come in.
  • Kids/Adult Film: This is definitely a good kids/adult film, meaning that there were definitely a lot of opportunities for both parties to enjoy the film. I would bring my little brother, despite the little girl next to me who pointed to the screen and said “I don’t like that movie.”
  • Music: The music and the throw backs to famous songs is so important for this film and as always the music was well placed and well used to really make those laughs hit home.
  • Solid Ending: It’s as predictable and cheesy as it comes, but a nice twist on the original story and if there was ever a moment to go a little over the top, this was it.
  • Fun Cameos: As always, it’s the smaller characters that pop up in each film that make this series so fun. There were a lot of good cameos but…

Friday, May 21, 2010

Skuter Unik Seluruh Dunia!



Minggu ni aku nak coretkan beberapa info yang menarik tentang skuter yang jarang jarang ditulis oleh penduduk di Malaysia nie. heheheh kalau korang nak tahu skuter nie berasal dari Eropah.. iaitu di negara Itali. Itali bukan sahaja memiliki sejarah kesenian yang tersendiri tetapi boleh dikatakan tempat lahirnya seekor mesin yang bernama skuter bin vespa.. Bapak vespa anak skuter...Aku rasa aku boleh kot atau lebih tepat layak kot ceritakan tentang skuter memandangkan aku juga memiliki skuter Moskito berwarna hitam..Yang takde skuter korang tulis la sejarah tentang apa yang korang ade yer. heheheh..jangan ambil topik skuter sebab aku tulis dulu... Jgn marah yer.. takut plak kena saman nanti aku nie..

Ok kalau aku dok cerita pasal aku je korang cakap aku masuk bakul nanti so jum cerita terus tentang atuk skuter nie...Kalau korang nak tahu skuter nie berasal dari vespa Itali yang dikeluarkan oleh syarikat Piaggio. Model pertama telah dikeluarkan pada tahun 1946 oleh syarikat Piaggio & Co. yang berpusat di Itali. Syarikat pengeluaran skuter ini merupakan syarikat pengeluar motosikal yang keempat terbesar di dunia sekarang.

Syarikat Vespa ini sangat dikenali dengan kualiti mutu catnya, ketahanan bahagian badan, mempunyai tempat letak kaki rata yang selesa serta kestabilan sayap depan bahagian skuter dari ditiup angin bayu yer.... Kalau dulu Vespa ni pernah digunakan ketika perang dunia yang mana di pasang meriam dan bom pada bahagian tengah badannya. Mesti korang tak pernah tengok kan? Gambar di bawah nie adalah merupakan model yang digunakan semasa perang dunia dulu. Agak kelakar tapi moden la jugak masa dahulu kan? Tapi kalau guna time perang sekarang mahu orang yang pandu skuter ni kojol dulu.. hahahah.. tak sempat nak pasang bom orang lain dah bom dia dulu.

Skuter Zaman Perang Dunia

Skuter kat atas tu digunakan oleh pihak tentera untuk memasuki kawasan pendalaman. Ianya nampak macam biasa.. Takut bila tak guna masa perang, askar2 ni guna untuk bawak anak dara orang..haru plak nanti.. hahahaha..

Kalau ikutkan syarikat nie banyak kuarkan model skuter nie tapi aku tak nak lah tulis secara teperinci sebab letih nak taip satu persatu.. Bulan depan pun tak siap nanti blog aku nie. Aku cuma nak korang tengok rekabentuk skuter nie dari masa tahun 1945 sehingga sekarang.. skuter telah mengalami proses globalisasi yang sangat ketara. Ini termasuk dari segi rekabentuk, kegunaan dan macam macam la. Jum tengok gambar gambar yang telah dikaji selidik secara rambang oleh aku yang gigih nie...

Skuter attach.. siap dengan cermin tuh... kalau naik kat KL pusing2 kan best leh ganti bas Hoop on tu kan..? Sure menjadi perhatian ramai..silap2 haribulan ade yang nak tumpang!


Skuter ni mempunyai tapak kaki yang rata panjang sampai ke belakang. Agak biasa sahaja bagi aku

Skuter ni comel dari segi lekukan tempat duduk penumpang dan pemandu. Tempat letak kaki pemandu pon nampak aerodinamik.. Cuma rekabentuk rim dia je biasa

Kecik pulak gambar ni.. malas aku nak komen.. So No Coment!


Skuter ke Basikal? Skuter nie menggunakan bateri.. cuma nak tergelak siap ade bakul kat belakang.. hahahahahah

Skuter ni plak tak besh langsung macam nak pi membajak saja..

Biasa.. skuter mcm nie berlambak kat KL.. boring.. next...!!

Skuter ni comel jugak.. cuma tempat duduk penumpang mcm tak selesa je.. tirus.. sesuai bagi yang suke bawak aweks2.. dan duduk rapat2...kwang2x


Skuter ni aku pernah nampak kat KL.. Cuma lupa nak snap pic. Aku nampak area cheras harganya dlm lingkungan RM 20K.. ade berani??

Ni plak skuter kacukkan basikal.. Kalau minyak habis ko kayuh je pedal tu janji sampai rumah.. jimat dan boleh kuruskan badan.. ok?


Lampu bulat tu mcm tak perlu je aku rasa.. kat kepala moto tu sesuai taruk lampu.. sebab apa nak buat design mcm tu jgn tanya aku.. wallahulam~


Ni adik RXZ.. kepala RXZ badan motor Comel~hahahahaha

Ni best.. hujan kalu muka dan badan tak basah.. tangan je basah..untuk dinaiki 2 orang.. kalau orang yang tumpang tu mengantuk dia dibenarkan tido sebab ade rest arm dan tempat sandar..cuma perlu tambah seat belt untuk memastikan dia tak terjatuh ketepi semasa lena.

Ni pon lebih kurang sama kat atas jenama BMW...siap ade seat belt.. Nice design! Warna hitam dan putih sangat menyerlah!


Tak sure sesuai ke naik ke tak... design so flat.. tak minat!

Ni aku tak mau komen sebab kurang pasti mcm mana ianya berjalan

Ni skuter di musin salji..


Ni cute jugak


Nice design dari segi keratannya yang sharp!

Biasa.. next!


Tak menarik.. harap tayar je besar badan keding.. tak joice nye badan

Jaga ade bumper depan... kalau kat Msia bye bye la .. pakai 3 hari patah 3..

hahahaha... sorry tak leh tumpang.. only me n my skuter...


Suke design gold nie! wow~sangat menawan

Ni bukan skuter.. tapi motor boat...nampak mewah tapi tak praktikal.. tak leh menyelit kalau jem. Baik bawak keta je

Skuter batman.. Kepala skuter ni mcm lori hantu

Ni nice.. comelnye ko!

Ni pon best!

Alam depan... nice




Dua org leh naik.. sempoi!


last ni malas la nak komen letih plak bagi komen.. korang komen sendiri la yer.. harap korang suke bace topik skuter nie ya..