Monday, November 2, 2009

Kapal Terbesar Di Dunia (Oasis of The Sea)



Dalam few days nie banyak yang berlaku.. Ada suka ada duka. Nak menulis, tapi selalu terbatas dengan masa. Balik keje terus mandi dan keluar balik. Balik rumah balik pukul 1-2 pagi terus tido untuk menyambung tugas kat opis untuk keesokkan harinya.


Selalu mcm tu lately nie. Spent time untuk orang lain tapi untuk diri sendiri pun tak de masa. Nak kata bercinta dengan someone tak jugak tapi selalu je tak de masa. Cuma sekarang bila dah masuk umur pertengahan nie aku selalu fikir tentang kerja. Memikirkan tentang apa yang aku akan buat dan handle untuk 10 tahun akan datang. Harap harap aku dapat buat something yang aku suka dan gembira. Insyallah.


Oklah aku terbace berkenaan dengan Kapal Terbesar di Dunia iaitu Oasis of the Sea. Wah dah ade kapal terbaru yang memecahkan rekod nie. Pengunjung blog aku pun tau kan yang aku suke menulis tentang yang besar besar nie kan. So aku apalagi terus je menekan butang di komputer cari maklumat berkenaan dengan kapal Oasisi nie. Biasalah kan internet ni kan medium library yang memiliki apa sahaja maklumat yang diingini. Hebat kapal nie harganya US1.4 bilion @ RM 4.9 billion Ringgit.


Memiliki 16 dek, mempunyai 2,700 staterooms dan mampu membawa 5,400 penumpang sekali gus.Ia juge memiliki 16 kolam renang dalam kapal nie.

Dengan ketinggian 73 meter atau 16 tingkat, panjang 360 meter dan lebar 47 meter, Oasis of the Seas mampu mengangkut 6,360 penumpang dan 2,160 krew.

Tetamu yang berada di atas kapal ini dijangka menikmati hiburan berbeza, termasuk Panggung Aqua, yang menjadi kolam renang pada siang dan panggung dikelilingi lautan dan dinding memanjat pada waktu malam.

Kapal ini turut dibahagikan kepada beberapa zon khas, Taman Utama, Boardwalk, Royal Promenade, kolam dan sukan, Pusat kecergasan dan spa, hiburan dan remaja.

Semuanya memiliki keistimewaan selain kelainan, termasuk taman tema air pertama di laut dan 28 kamar mewah berdindingkan kaca dari lantai ke siling.

Berikut Maklumat tambahan


Name: Oasis of the Seas

Owner: Royal Caribbean International

Operator: Royal Caribbean International

Port of registry: The BahamasNassau, The Bahamas[1]

Route: Caribbean

Ordered: February 2006

Builder: STX Europe, Turku, Finland[2]

Cost: US$1.4 billion (2006)[3]

Laid down: 12 November 2007[4]

Launched: 22 November 2008[4]

Completed: 28 October 2009[5]

Maiden voyage: 1 December 2009 (planned)

Status: Active in service as of 2009


Rasanya tak perlu tulis panjang panjang blog macam nie sebab korang bukan nak bace sangat pun yang penting tengok gambar je kan? Oklah nikmatilah apa yang terdapat di dalam kapal ini k.

Kapal ini setinggi 16 tingkat~


Semasa Pembikinan

Hampir siap

Dah siap

Berlayar

Foyoo

Gambaran Artis

Deko Taman

Deko luar

Pandangan atas

Outside Teater

Atas kapal

Deko Dalam

Deko Superb

No comments: