Saturday, November 21, 2009

Restoran Pucuk Rebung-Karaoke


Bila sibuk dengan jadual kerja yang padat tentu kita tahu bagaimana nak release tension selepas seharian bekerja kan? Ye lah celik celik je bangun tidur pagi pagi terus siap siap pergi keja. Malam baru balik rumah dan terus tidur. Esoknya buat benda yang sama dan menjadi rutin seharian kita.

2 ke 3 hari lepas Ian dari TV3 sms aku ajak lepak kat Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail yang terkenal tuh. Menurut Ian, dia dan Abg Nizal Mohammad selalunya akan menghabiskan masa lepas keja di sini untuk relaks dan release tension.Chef Ismail pun merupakan sahabat baik dengan Ian dan Nizal.

Jam menunjukkan pukul 8.00 Malam. Aku memang pernah dengar tentang Restoran Pucuk Rebung kepunyaan Chef Ismail nie. Dan Lokasi nya kat Bangsar tapi personally aku tak pernah menjejaki ke Restoran ini. Mungkin ada di antara korang yang baca blog nie pernah singgah ke sini dan tahu tentang lokasi yang aku maksudkan. Nasib baik kawan aku kat office (sry) tahu tentang lokasi Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail yang di kongsi bersama dengan Angkasawan negara Dr.Syeikh Muszafar . Beria ria Sry melukis peta di kertas A4 supaya aku tak sesat. Thnks. Nasib baik juga lokasi dari office ke Bangsar tidak berapa jauh. Dan yang paling best perjalanan aku ke Restoran Rebung nie tidaklah sesukar mana dan aku sampai tepat pada masa yang dijanjikan.

Kebetulan Chef Ismail tiada kat Restoran dan sekarang berada di Luar Negara. So sampainya aku di sana kebetulan jumpa dengan Abg Nizal (dulu pengacara TV3) yang baru kebetulan sampai dan melintas jalan. Selepas bersalaman aku dan abg nizal lepak bersama Ian sambil duduk borak borak kosong. Banyak juga Info yang aku dapat dari abg nizal setelah dia quit dari TV3. Projek yang dijalankan nya pun boleh tahan tapi P&C lah yer tak leh nak write up dalam blog nie.

Tiba tiba je tengah borak Ian ajak lepak di luar perkarangan Restoran. Kat Luar nie ade pentas dan boleh karaoke secara Percuma. Sepantas kilat juga abg nizal hilang dan terus mengambil tempat di atas pentas. Menurut Ian, Nizal mohammad adalah residen artis yang tidak bergaji di Restoran tersebut. Abg Nizal kerap datang bersama dengan rakan rakan untuk lepak dan menyanyi. Untuk pengetahuan korang aku jugak tak lepaskan peluang untuk take part mensumbangkan suara dengan Ian dan Nizal. Kat sini juga ada penyanyi tetap yang menghiburkan tetamu yang sedang menjamu selera. Walaupun pentas terbuka aku , ian dan Nizal menyanyi bagai nak rak sebabkan pelanggan tak berapa ramai pada hari tu so tak la segan sangat. huhuhu.. Anyway salah satu cara nak relase tension korang bolehlah datang sini dan nyanyi lah sepuas mungkin tanpa sesen pun. Jum tengok gambar den kat sana :)

Toilet di Restoran Rebung

Kebersihan Diutamakan

Almari kecil di dalam Toilet

Kurang pasti tentang Poster ni

Dibelakang tu ada susunan pinggan mangkuk lama (hiasan k bukan untuk digunakan)

Ian bersama dengan Residen Artis Rebung

Saudara Nizal Mohammad (ex:TV3) bersama rakannya yang suara macam Brorey da~

Penulis bersama Residen artis dan Nizal

Penulis(aku la tu) bersama dengan Lina -Pengurus @Penjaga Restoran Rebung. Jaga jaga Kak Lina nie memang suka sakat orang. Ok kak lina mantop~

Ian terharu mendengar Suara Nizal keh keh keh..

Pandangan Luar Restoran

No comments: