Sunday, November 15, 2009

Penyampai Ikon 2009


Semasa lepak lepak mencari Info berkenaan dengan Allahyarham Nasir Tan. Sri P.Ramlee, Nizam Istana Budaya telefon, Nan buat apa? soal Nizam. Lama tak dengar berita?. Ade je bang, kat ofiice nie. Nak tengok Ikon tak kat Istana Budaya?, abg nizam ade tiket lebih nie. Ok je balas aku. So jumpe nanti kul 8 malam yer. Saya nak dua tiket tau, balas aku selamba dan tanpa segan silu.

Ok je Nan abg nizam banyak tiket ado. Habis je keje kat office half day aku terus balik rumah. Kemas apa yang patut. Tak lama lepas tu aku terima sms Amran Ismail (pelakon baru). Abg Nan wat pa tu?. Owh amran tak wat pa tgh lepak2 dan makan lunch.. Owh lambatnya lunch? Biasala Amran bz sikit nie. Amran adalah pelakon pelapis yang mungkin korang akan kenal tak lama lagi. Dia pun skg tengah sibuk berlakon dengan Sheila Rusly untuk Slot Lagenda TV3. Aku kenal Amran nie pun masa shooting Nurin Qistina tak lama dulu. Tu pun masa bulan puasa sebab Amran jadi supporting untuk drama nie. Sebelum tu aku ade sms seorang member ajak teman aku ke Ikon 2009 tapi mmber aku tak dapat ikut sebab dia masih kat Kuantan dan akan sampai lambat ke Kl so aku masa tgh sms amran aku pun tanya dia free ke tak untuk tengok ikon. Ok je abg Nan mmg free jum la tak wat pa kat rumah nie.

Set!! Pukul 7.00mlm aku pick up Amran dan kitaorang pun ke Istana Budaya. Actually aku hanya tahu tentang Rancangan Realiti Icon nie minggu lepas terbace paper ttg realiti show berkenaan dengan bidang kewartawanan nie. Bagi aku rancangan nie agak menarik walaupun hanya berpeluang mengikuti Final nya sahaja. Sampai Istana Budaya hujan turun, terpaksa aku dan Amran pakai payung sebab parking agak sesak. Dah tu lak parking jauh kat area Laman Santai. Jangan demam sudah sok ni esok Amran ada shooting. Rileks la Amran balik nanti mandi sure ok, balas aku. Sampai je kat pintu besar aku terus call nizam dan masuk ke Istana Budaya tingkat 2.Aku dan Amran pilih row tepi sekali sebab senang nak kuar kalau bosan. Itu plan aku dan Amran.

Tapi bila je start rancangan nie yang juga disiarkan secara langsung kat Tv2, aku dapati rancangan nie sangat menarik sebab peserta dilatih untuk menjadi wartawan yang bukan sahaja kena lancar membaca berita di studio tetapi juga membuat tugasan diluar. Dan yang best ruang istana budaya dapat digunakan sebaiknya apabila pentas yang boleh naik dan turun digunakan sebaiknya. Perjalanan dari satu segmen ke satu segmen aku dapati lancar dan menghiburkan. Peserta juga dilihat yakin dalam menyampaikan tugasan yang diberikan.

Anyway mmg menarik kalau lah aku ada chance nak gak masuk nie. heheheh. Jum tengok serba sedikit tentang icon

Nie Amran Ismail-Model & Pelakon~Dia suh letak kat blog so letak la untuk promotion sapa nak beli? kah kah kah..

Banner Icon 2009

Keratan Akhbar di Ruang Menunggu Istana Budaya

Keratan Akhbar lagi

Keratan akhbar lagi

2 comments:

ainasuzaily said...
This comment has been removed by the author.
ainasuzaily said...

nice post! :)