Thursday, November 5, 2009

Awan Dania (Special Appearance Izwan Pilus)



Selepas habis meeting dengan MLC untuk Malam Amal Mawi dan M.Nasir yang ditunda ke 9th January Lin dari Media Space call aku untuk mencari artis sebagai guest artise untuk Awan Dania musim ke 2. Aku garu kepala hari tu aku dah suggest aidil Af3 untuk berlakon dalam siri ini untuk beberapa scene. Tapi selepas seminggu Lin call lagi aku untuk mendapatkan guest artiste lagi untuk Awan Dania.

Aku mintak lin 30 minit untuk memikirkan siapa yang aku nak suggest. Antara nama yang aku sms untuk Lin ialah Rem, Razali Hussain, Aliff dan Ris Amin (Bf Norish Karman dalam Spa Q 1). Tetapi semua few artiste yang aku listkan tak dapat buat sebab terikat dengan jadual penggambaran yang lain. 7.30 malam Lin call lagi tanya kebetulan kak mas manager Izwan mmg dengan aku.

Terus Kak mas suggest Izwan untuk Awan Dania as pilot dalam Drama tu. Bila aku call Izwan dan tanya nak ke tak berlakon dia kata okay. Tup tup PM (Production Manager) kata okay dan aku terus call Izwan confirmed kan. Hah!! Tak nak la.. ayat pertama yang kuar dari mulut Izwan. Aku tak reti la berlakon..balas Izwan lam phone. Dah jangan nak mengada2 kak mas kata okay sebab watak nie tak memerlukan aksi aksi romantik just as a pilot dan as guest artiste.

Sepatutnya kul 9.00 pm aku jumpa Izwan dan teman dia ke Jusco Maluri untuk beli barangan rumah sebab dia baru pindah dan shoot awan dania di jalankan pada malam itu juga. Tapi Izwan tetap nak pergi Jusco sedangkan Production dah tunggu nak shoot. Alasan sebab esok org nak pasang barang2 kelengkapan rumah. Yang kelakar nya dalam Kereta ke Jusco Izwan sempat menelefon beberapa kawan artis yang lain untuk suruh gantikan dia lam awan dania. Tapi tak de semua yang free. Hahahaha.. Bagi aku takpela buat watak pilot sekali sekala kan.?

Balik je dari Jusco terus aku kak mas dan Izwan ke terminal 3 bangunan Mas untuk shooting. Sampai terus aku jumpe dengan lin, ambik baju pilot dan make up kan Izwan. Dalam hati padan muka ko hahahahha.... Aku tak tunggu shoot sebab lepas tu aku kena bergegas jumpa kawan kat Holiday Villa subang. Cuma kesian kawan yang menunggu aku sampai tertido. Janji nak lepak situ pun tak dapat sebab aku tertinggal seluar office kat rumah. Ingat kan nak g keje dari hotel jer. Sory yer.. mmber yang dok Hotel subang villa tu.. dia pun selalu baca blog aku nie.So dia pun tau aku tak sengaja.


Gambar dari Phone aku yang sempat aku snap lepas make up pas tu aku cabut balik ade hal!!

4 comments:

Warna-warna said...

hahaha...owh..Si Wan tu duk cakap kat aku yang dia tak nak buat...kesian dia...hang ni...
patut laa dia marah sangat kat Kak Mas..hahaha

iyllienaz said...

awan dania best!!

Unknown said...

hai, ada tak video part yang izwan pilus ada kat awan dania tu? nak tgok la .

Unknown said...

contact me at te_amo26@yahoo.com , thanks ya:D