Thursday, January 14, 2010

Selamat Bertunang~


Hello, apa khabar.. today masa kat office sorang member aku tegur kat FB tanya nape stop dan tak update blog.. ahak.. tak tau nak cakap apa.. mungkin tak ada sesuatu yang baru untuk di catatkan.. Sekarang plak kalau cakap pasal keje orang akan bosan.. so tak tau nak cakap apa? aku mungkin nak tulis tentang "Pertunangan" seorang kawan aku yang akan berlangsung tak lama lagi.. Well dari aku Tahniah diucapkan cuma buat masa ini dia minta aku rahsiakan daripada rakan rakan yang lain. Cuma agak surprise sebab sebelum nie isu pertunangan nie pada dia dah basi.. tak sangka pulak yang tahun ni azam dia nak bertunang dan berkahwin akan menjadi kenyataan.

Baguslah kan? orang nak mendirikan masjid nie kita kena support dan bantu sekiranya termampu. Walaupun agak terkejut sebagai kawan aku akan sokong member aku sorang nie. Dia juga minta aku tolong arrangekan hantaran pertunagan dia. Wah? aku nie tak la pandai sangat untuk buat barang hantaran. Tapi sebabkan aku pernah tengok member aku yang sorang lagi ni menjadikan bisnes perkahwinan sebagai hobi aku terpanggil membantu. Asalnya nak bagi idea sahaja tapi terus bertukar supaya merealisasikannya..

Bila je sebut tema warna hijau dan putih agak menarik.. nampak macam english style kan? perbezaan pertunagan agak ketara dengan barang hantaran perkahwinan. Sebab barang barang untuk hantaran pertunangan agak simple berbanding perkahwinan. Idea aku ialah mengabungkan bunga white roses alas putih dan nett yang berona hijau.. kalau boleh aku nak semua barang pertunangan tersebut dihiasi dengan white roses tak kiralah untuk kek ke, manisan ke, kain ke.. janji diselitkan white roses menandakan putih dan kesucian percintaan mereka.. Well kalau boleh nak pakai semua putih tapi barang hantaran tak akan naik seri sekiranya tidak digabungkan dengan colour yang lain.

Actually tak banyak gambar dalam internet yang aku rancang tapi ade la few yang boleh aku selitkan kat sini untuk tatapan hasil kerja orang lain yang menyerupai idea yang aku maksudkan

Antara yang menyerupai~Buahan sambil dihiasi rona mawar putih

Coklat yang diletakkan dalam Raga putih dan dihiasi mawar putih juga

Kalau boleh lapiknya kain putih dan kain lace berona hijau. Ribbon kalau putih kosong lagi okay

Sirih junjung nie kalau dari pihak lelaki patut tinggi dihiasi mawar putih yang bunga-nya patut ditambah lagi bagi menaikkan seri sirih junjung

Warna dan design dah okay tapi sepatutnya dia gunakan fresh flower kan?

2 comments:

Mohd Safwan said...

cis... aku ingat kau yang bertunang, ni aku nak jemput kau mai rumah mak mentua aku kat trolak, aku dengan family mentua buat kenduri tahlil arwah tok bini aku dengan majlis cukur jambul anak aku yang kedua tue, Nor Aina Qaisara. mai la bawa kawan2,

Nan said...

ade je ko ni! weh aku nak disable kan ko nyer komen la.. suh suh!! p main jauh2.. wkakakkaka