Saturday, May 29, 2010

Prince of Persia~Review Filem


Aku berpeluang menonton Prince of Persia ~The Sand of Time bersama rakan malam tadi. Hati melonjak kegembiraan kerana berpeluang menonton filem yang menampilkan senarai pelakon Gred A. Reaksi yang diberikan teman teman bercampur baur. Ada yang suka ada juga yang tidak. Jadi untuk mendapatkan kepastian aku pergi menonton filem ini sendiri. Cuma agak terkilan kerana filem ini sepatutnya ditayangkan 12.45 tgh malam tetapi sebaik sahaja aku melangkah masuk filem ini sudah ditayangkan meskipun jam menunjukkan 12.40 malam. Babak pertama berkenaan bagaimana Prince Dastan (lakonan Jake Gyllenhaal) menjadi anak angkat kepada Raja Empayar Persia dalam filem ini tidak dapat aku saksikan! Sedih betul aku.

Filem ini mengisahkan bagaimana perebutan kuasa berlaku antara kerabat raja untuk menakluk takhta empayar Negara Persia. Pergolakan berlaku apabila Prince Dastan dituduh membunuh ayah angkatnya Raja Persia. Prince Dastan yang berjaya menakluki negara yang dikuasai Princess Tamina telah melarikan diri bersama Princess Tamina (yang diculik secara aman untuk dikahwinkan dengan abgnya) tanpa menyedari pisau ajaib yang dirampas ketika menakluki negara itu mempunyai kuasa yang dapat membalikkan masa ke zaman silam. Pisau itu dikehendaki bagi membolehkan masa diulang semula bagi merampas kuasa yang ada.

Semasa dalam perjalanan melarikan diri Prince Dastan telah menghadapi konflik dengan Princess Damina yang ingin merampas semula pisau ajaib tersebut. Konflik juga bertambah apabila mereka bertembung dengan puak yang melarikan diri dari cukai yang bersahabat dengan seorang pembaling pisau yang mahir.

Bagi aku filem ini sarat dengan konstum dan senjata yang sangat cantik. Setiap perincian kostum terutama jubah beracun, persalinan puteri Tamina, pakaian kerabat diraja mahupun senjata yang terdapat dalam filem ini sungguh cantik dan mengkagumkan. Ketelitian terhadap senjata ajaib juga dilihat begitu unik terutamanya ukiran yang terdapat padanya. Satu lagi keindahan yang ditampilkan ialah reka bentuk Kota dan istana dalam filem ini kelihatan sangat menakjubkan meskipun ianya hanya dijanakan melaui teknik CGI.

Dari segi jalan cerita bagi aku biasa sahaja cuma adegan perebutan pisau ajaib berlaku terlampau kerap membuatkan aku berasa bosan. Asyik asyik terlepas ke tangan musuh, diambil semula, terlepas diambil balik dan seterusnya. Sepatutnya adegan perebutan ini boleh dikurangkan diganti dengan peristiwa ganjil yang terdapat pada pisau tersebut yang mana Princess Tamina sendiri tidak dapat membacanya.. barulah timbul konflik dan misteri yang mana membolehkan penonton berfikir apakah yang akan terjadi bagi babak seterusnya.

Walau bagaimana pun pujian patut diberikan kepada pengarah kerana berjaya menampilkan aksi dan ketangkasan bagi watak Prince Dastan yang kelihatan sangat tangkas dan cekap terutama apabila berjaya melepaskan diri dari di tangkap. Keunikan juga dapat dilihat apabila aksi aksi ini hanya menggunakan kekuatan anggota tangan dan kaki tanpa melibatkan unsur unsur mistik (kuasa ajaib seperti mana filem2 Hollywood yg lain). Pemilihan watak prince Dastan yg jatuh ke tangan Jake Gyllenhaal juga dilihat tepat kerana dia dilihat begitu kena dengan reaksi mukanya yg selamba dan kelakar.. Unsur puak mistik yang terdapat dalam filem ini juga bagi aku dapat menaikkan seri filem ini kerana berupaya membuatkan kita terpaku apabila ada beberapa scene yang membabitkan scene ular besar (ilmu hitam).

Overall kalau dari 5 bintang aku hanya boleh memberikan 3.5 *** sahaja kepada filem ini.

Adegan samasa melarikan diri dari ditangkap askar Persia

Keduanya melarikan diri scene terjun dari istana

Prince Dastan


Genres: Action/Adventure, Science Fiction/Fantasy and Adaptation
Running Time: 1 hr. 55 min.
Release Date: May 28th, 2010 (wide)
MPAA Rating: PG-13 for intense sequences of violence and action.
Distributors:
Walt Disney Studios Distribution




Berikut pula adalah gambar gambar yang dipetik dari FB teman baik aku -Yanie yang berpeluang menghadiri Preview filem tersebut di London baru baru ini ~

Kostum Princess Tamina yang begitu indah dan cantik-Kostum ini digunakan semasa adat penyembahan terhadap pisau ajaib yang diletakkan di dalam istana Puteri tersebut

Pakaian kalis besi tersebut digunakan semasa Prince Dastan semasa pertempuran

Nice kan?

1 comment:

irwan said...

princess tuminah tu memang cantik le... tapi jalan cerita sangat2 lah boleh expect. rasa-rasanya sequel dia mesti gempak sikit sebab sand of time tu memang bagi bad effect kat Dastan...very very bad effect... yeah.... i'll be waiting for that Disney.