Monday, October 8, 2012

Sakit

 


 Assalamualaikum ..Hi .. Ingatkan kelmarin nak menulis sambung entry sebab nawaitu nak sambung menulis dan menulis.. tapi jatuh sakit pulak..


Start hari khamis rasa tak sedap perut.. petang khamis bila ke klinik doktor kata keracunan makanan. so dia bagi ubat gastrik.. esoknya pula rasa sakit berulang.. Jumaat tghari rasa sakit yang tak tertanggung. so pukul 9 pagi aku ke klinik yang sama.. sampai je kat klinik rasa sakit tu dah tak tertanggung. perut dan bahagian ari2 sakit sangat sampai aku berulang kali nak cepat jumpa doktor.

Bila dapat je masuk jumpa doktor aku dah menggigil kesaikitan, doktor pulak tak de pilihan selain memberikan injection pain killer. Alhamdulilah terus surut rasa sakit tu. Yang tak bestnya aku tak boleh jalanbalik ke opis so nak tak nak aku berehat dan tido kat klinik selama sejam.

Doktor klinik pesan kalau sakit lagi terus ke hospital.. tepat pukul 12 tghari aku pulang ke opis dan memberitahu boss yang aku tak berapa sihat dan diberikan mc.. balik sampai rumah terus tido. Nasib baik ada pula rakan yang datang dari pantai dalam yang menjengok. Nak dijadikan cerita pukul 730mlm rasa sakit datang balik.. mula2 ingatkan nak makan ubat je tapi disebabkan nasihat rakan aku gagahkan ke hospital Gleaneagles jalan ampang untuk mendapatkan rawatan susulan.

Tepat je pukul 9 malam aku berjumpa doktor selepas di periksa aku kemudian dimaklumkan bahawa aku kena tahan. Berdebar hati nie sebab sepanjang hidup aku aku tak pernah ditahan di hospital apatah lagi hospital yang bertaraf 5 bintang nie. Yer la duit pun cukup2 je untuk bulan nie. tapi bila call fazli mmber dari HR dia cakap boleh guna medical card yang disediakan oleh pihak syarikat. So rasa berdebar ttg bayaran tu reda sedikit.

Sambil menunggu di wad tahanan aku diberikan injection pain killer untuk kali kedua.. kemudian sample air kencing diambil. Lepas tu pulak sample darah diambil mmg agak sakit masa darah  disebut keluar dari tangan ni tapi aku tahan dan gagahkan juga sebab rasa sakit di perut lebih sakit dan sukar digambarkan.

Lepas je darah diambil tangan aku dipasang benda yang untuk air masuk tu.. sepanjang proses tu kepala berlegar2.. boleh ke aku duduk hospital nie? tak pernah aku bermalam di hospital, baju mcm mana?, dah la aku datang sehelai sepinggang, line telephone dalam wad ni plak sekejap ade sekejap takde.. so pasrah je lah.. nasib baik ade roy yang sudi temankan aku.. dia jugaklah yang redakan hati agar jangan risau.. at least aku ade teman. dia jugak janji nak temankan aku bermalam di hospital. Rasa sedih sorang2 tu terubat jugaklah.

Alhamdulilah selepas 2jam doktor datang dan berjumpa aku dan memaklumkan yang aku tak perlu bermalam di hospital.. Doktor cakap aku boleh balik cuma perlukan rehat yang mencukupi.. diberikan juga cuti 3 hari untuk hari sabtu, ahad dan isnin.. apa apa pun aku sangat gembira kerana aku tak perlu bermalam di hospital. Bil hospital pun agak mahal dan roy menghulurkan bantuan untuk swipe kredit kad. Claim kat company lah jwbnya.


Kalau bercakap soal kesihatan mmg kesakitan tak kira siapa.. walau pun kita rasa sihat bila alarm untuk sakit datang ianya tak kenal siapa dan di mana. Aku juga berlajar untuk menyimpan duit cash sebab bila time2 mcm ni kita perlukan duit untuk membiayai kos2 yang kita sendiri tidak menyangkanya.. Nasib aku agak baik kerna ada yang membantu.. kalau mereka yang tak ada sesiapa bayangkankan lah mcm mana?

No comments: