Thursday, March 26, 2009
Gemuk @ Kurus
Sememangnya kalau tanya org gemuk nak gemuk ke kurus? tentu jawapanya nak kurus lah kan?
tapi berapa ramai yang mengambil langkah sewajarnya untuk menjadi kurus?
tak ramai kan? Ada diantara kita nie badan macam di pam2 tapi tetap tidak mahu mengalah apabila tiba time makan. Pantang di ajak makan laju nya tak cukup tanah. tambah kalau ajak makan KFC atau Mcd laju je jalannya. Pas makan dan kenyang mengeluh " alamak bdn aku gemuk la, spare tyre sana sini la dan mcm2 lagi. Gemuk juga menjadikan seseorang itu berasa rendah diri dan asyik menyalahkan diri sendiri. Tak bagus tu..
Isu kali nie nak menyingkap ttg kegemukkan yang melanda kita dewasa ini.. Chewah mcam Majalah 3 pulak. Kalau nak tahu kat Malaysia nie kegemukan melanda orang Melayu dan India.
Nak tahu kenapa? Ini adalah disebabkan pemakanan yang tidak sihat. Cuba kita tengok makanan orang melayu dan India penuh dengan kari, santan, daging, minyak dan kolestrol. Cuba plak kita tengok masyarakat Cina kebanyakkan makanan mereka hanya direbus dan dikukus. tak ramai orang cina makan kari atau nasi. Kalau makan nasi pun magkuknya kecil berbanding orang melayu dan india.
Sebenarnya pola pemakanan sangat mempengaruhi fizikal badan kita nie. Aku tahu sgt sebab masa dulu aku nye berat 89 kg dan pinggang berukuran 38 inci. Makan nasi memang menjadi rutin ditambah dengan milo ais!! fuh! tpi sebenarnya ianya tidak elok kerana boleh menyebabkan kegemukkan. Satu hari bila pasang radio Hot FM aku dengar ttg masalah kegemukan. Berita mengatakan (Berita HOT FM) yang untuk kurus yang paling penting adalah makanan bukannya senaman. Makanan mempengaruhi 75% dari berat badan manakala 25% pula adalah senaman.
So dari hari kehari aku dah mula mengurangkan pengambilan nasi dan juga meminum air suam tanpa adanya susu. hasilnya berat menguncup dari 89 kg (dulu) kepada tut.... hehehehe dari pinggang 38 inci kepada 31 nci.. alhamduilah. Dulu pernah gak masuk California Fitness tapi tak turun2 juga berat sebab aku masih ambil nasi dalam jumlah kuantiti yang sama. tetapi sebenarnya senaman itu masih belum cukup kerana yang paling penting adalah pemakanan.
Nasihat aku kepada mereka yang nak kurus:
1-Kurangkan pengambilan nasi kepada seminggu sekali-Gantikan dengan memakan bihun sup/kuih/ buah atau pun sayur sayuran di waktu tghari.
2-Jangan minum ais atau susu seperti milo ais, teh ais tetapi gantikan dengan teh o limau suam. teh O limau boleh membuang lemak2 yang tekandung dalam darah.
3-Banyakkan memakan sumber protein seperti ikan, telur dan sayur dan buahan.
4-Tak payah kira berapa hari anda tak makan nasi sebaliknya jadi kan amalan untuk makan nasi seminggu sekali okay.. sedar2 je member tegur bahawa anda kelihatan kurus!!
Untuk memberi semangat kepada anda saksikan 2 selebriti ini yang berjaya menguruskan bdn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sesuai ngan hangpo
Post a Comment