Sebenarnya hari ini adalah hari yang cukup memenatkan dalam minggu ini. Sebabnya walau pun aku cuti 3 hari bermula dari semalam aku terpaksa menghabiskan selama satu hari untuk membawa CPU aku ke kedai PC jalan Imbi.
Nak tahu kenapa? sebab CPU aku dah kong!! Tension sgt2.. lately nie PC asyik meragam. Dari satu masalah ke satu masalah. Sebelum nie network card rosak dan minggu nie plak aku nyer PC tak boleh ON. Aku pun apa lagi menelefon EpY yang duduk berhampiran untuk bertanyakan masalah PC tak leh ON. Aku ingatkan sebab Power Supply. So apa lagi Epy membawa Power Supply yang baru dan dia pasang kat umah aku 2 hari lepas. Tapi Epy cakap power supply tak de masalah kata nya yang jadi problem adalah Motherboard.
Budget dalam RM 200. Alamak mana nak cekau duit nih. Semalam pas member kat permasuri ajak karaoke kat KTV jalan Imbi aku singgah tanya kedai PC kat ctu. Dia cakap mother board lama kalau nak tukar susah sebab REM DDR 1 sudah susah nak jumpe suggestion ialah beli mother board yang baru termasuk dengan REM yang baru jenis DDR2. Errm tension sgt2.
So pagi tadi lepas mandi aku bergegas semula ke kedai PC kat jalan Imbi dan minta dia tukar mother board baru termasuk dengan REM 1GB. Harga nye lebih kurang RM200.
So apa lagi amoi dan tauke cina kat ctu tukar mother board baru dengan REM yang baru 1GB. Rem lama aku hanya 512MB.
Lepas dah pasang, masalah kedua muncul!! tak boleh ON jugak!!!! Adus tension sgt2!! aku rasa nak menjerit kat semua orang. Korang bayangkanlah dah tukar mother board baru dan REM 1GB still tak boleh ON. Cina tu kata sure power suply rosak!! Habis masa Epy datang bawak power supply baru kenapa tak leh on hari tu??? persoalan ttg siapa yang menipu kat aku nie aku sendiri tak leh jawap.
Akhirnya aku suruh dia test dgn power supply baru. Leh ON dengan cemerlang. Tapi jawapnya aku kena tambah duit untuk power supply + Mother board dan REM 1GB!!!! korang leh bayangkan tak perasaan aku masa tu? Lepas dah settle aku punya la lapar so mkan jap roti canai tepi jalan imbi tu
Lepas mkan aku bawak balik CPU dan try on. Nak tahu apa jadi? tak leh on!!! Arrhhhhh tersgt tension. Aku call balik kedai tu dan diorg suruh bawak balik ke Kedai workshop diorg kat jalan imbi tu~. Dengan perasaan yang geram aku bawak balik dan cina kat ctu, diorg betulkan apa nth boleh plak on.
Aku bawa balik on tak leh ON jugak!!!!! Aku dah macam org sasau! Kemudian aku terfikir nak tukar fius kat soket. Boleh!! ON!! tapi ade masalah pulak pas tu.. tak leh masuk windows!! Kena update no perisian baru boleh ON!
Rupa-rupanya jika kita menukar Mother board baru kena dapat authorization dari Windows baru leh masuk windows. So aku terpaksa lah menelefon Customer Service minta verification untuk mother board yang baru nie. Tapi jika anda mempunyai masalah yang sama jangan sekali sekala cakap update nie untuk new mother board sebab Window hanya membenarkan satu PC sahaja untuk diinstalkan.
Lepas dah dapat verification aku isi dalam perisian tersebut dan baru leh masuk windows tapi masalah lain muncul iaitu tak leh connect kan ke internet. Cuba call huda tanya kenapa dia cakap kena add new network. Aku cuba add tapi still tak boleh sebab icon new add internet connection tak ada. Lepas dah mati kutu aku call kedai PC tanya pasal network untuk internet.
Rupa2nya New Mother board kena masukkan CD Software nya dari install balik. baru dia auto untuk sound, network untuk internet display dsb.
Akhirnya setelah 6jam baru aku berjaya membaik pulih PC aku setelah beberapa hari.
Kepada mereka yang hadapi masalah sama jika tak leh ON PC sila check balik semua seperti
1-Fius Soket
2-Power Supply
3-Mother board
2-Power Supply
3-Mother board
Kalau tak sure kena tanya kedai PC atau mereka yang bertauliah. Alhamdulilah walau pun aku sgt2 penat tapi aku berjaya membaiki PC aku balik!!!
No comments:
Post a Comment