Monday, March 16, 2009

Talentime 26 March 2009










Bagi sesiapa yang meminati buah hati ataupun karya Yasmin Ahmad boleh lah beramai ramai menyaksikan Filem Talentime di pawagam berdekatan pada bermula 26 March 2009 ini.
Filem yang mengisahkan percintaan 2 insan berlainan agama ini sedang dalam rangka promosi oleh penerbit bersama team produksi dalam memastikan filem ini mendapat sambutan di seluruh negara

Sinopsis-Dipetik dari Malaysia Celebs website~
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah.
Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.


Talentime promo (extended) Jaclyn Victor from Manggis TV on Vimeo.

Trivia Filem Talentime The Movie:
1. Ini adalah kali pertama Yasmin Ahmad mengarah sebuah filem dengan ensemble yang sebegini besar. Dan dirasakannya filem tersebut adalah karyanya yang terbaik sehingga kini.
2. Rahsia Yasmin dalam mencungkil bakat baru seperti Sharifah Amani, Mohd Shafie Naswip dan kini Mahesh Jugal Kishor adalah mencari seorang yang berkarisma berbanding seorang yang mempunyai kebolehan mendalami sesuatu watak.
3. Idea untuk ‘Talentime’, menurut Yasmin, terlahir kerana melihat bagaimana ramainya orang di negara ini yang terkejar-kejar dengan kemewahan dan kuasa sehingga sanggup melakukan penipuan. Kerana itu, pengakhiran ‘Talentime’ ditulis sebegitu (kalau nak tahu bagaimana filem ini berakhir, anda perlu menontonnya sendiri) kerana ingin mengingatkan penonton apa yang penting bukanlah kemenangan atau persaingan tetapi persahabatan kerana melaluinya negara kita yang berbilang bangsa ini akan lebih teguh.
4. Suara nyanyian Melur dan Hafiz sebenarnya adalah suara Atilia dan Aizat. Lagu-lagu dalam filem ‘Talentime’ akan dimasukkan dalam album runut bunyi filem itu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Akan disertakan juga versi Bahasa Malaysianya.
5. Sukania Venugopal yang memainkan watak ibu Mahesh sebenarnya tidak fasih berbahasa Tamil. Dia telah mendapatkan khidmat seseorang untuk membimbingnya dalam sebutan agar ia kedengaran lebih ‘natural’ dan asli.
6. ‘Talentime’ seakan satu ‘family affair’ dengan membariskan beberapa gandingan anak-ibu termasuk Pamela Chong and ibunya Susan serta Elza Irdalynna dan ibunya Azean Irdawaty.
7. Kos keseluruhan untuk pembikinan ‘Talentime’ berjumlah RM1.5 juta.
8. Yasmin berhasrat membuat sekuel kepada ‘Talentime’ tetapi kali ini ia akan berlatarkan di sebuah sekolah rendah.
9. ‘Talentime’ telah dicalonkan untuk Anugerah SIGNIS di 33rd Hong Kong International Filem negara.

No comments: