Thursday, July 30, 2009

Kaya tapi sakit & Cempedak Goreng


Assalamualikum..

Jam menujukkan 7.40pm. Mana Kak Min nie janji nak datang tak datang datang lagi.. huhuh petang tadi beria ria call nak jumpe untuk projek ring tone tapi tak muncul lagi. Kalau korang yang dah baca blog yang lepas kak min nie adalah wife abg dee (adnan abu hassan) dan peneraju projek ring tone dengan few artist. Ok la dari segi payment yang di tawarkan aku agak berpuas hati. Petang tadi tengah dok mengelamun kat offis kat Min call tanya " Mana kau menghilang" hahahah.. dengan loghat pekat Sabahnya. Sorry arr kak min lately nie buzy memanjang nasib baik akak telefon Nan.. gagagag kalau tak aku dah lupa terus..

Semenjak Erry balik Jom Heboh Kuching last week, aku banyak sangat menerima panggilan2 dari orang yang "Kaya"+ "Sakit". Kaya maksudnya ialah orang yang tak tau apa tujuan buat call. Yer betul memang No telefon aku ada di belakang CD erry dan dah dijual di Kuching semasa Jom Heboh dan sekarang nie pun di jual oleh 2 pengedar kat KL. Tujuan No diletakkan untuk senang aku dapatkan show dan undangan jemputan. Tapi biasalah kan kat Malaysia nie bila ade je no telefon terus call tanpa ada tujuan. Lepas tu tanya "Siapa Nie"..? Aku pun tak faham samada mereka nie BODOH atau pun BUAT BUAT BODOH..


Come lah dah sah sah aku letak kat ctu NO tel Erry Manager dan orang tetap telefon tanya siapa nie.. Bile aku tanya balik dia tanya lagi siapa nie. Yang Best ada yang Minta no telefon Erry Putra. Hello aku nie Yellow Pages korang ker? Kalau nak berurusan tentang show atau endorsement korang boleh liase dengan aku dan aku akan bincang dengan erry. Nampaknya ramai yang sakit otak kat Malaysia nie. Bukan nak marah tapi kalau call tu tolonglah fikir apa tujuan call no aku. Aku jugak tak akan teragak2 untuk buat laporan polis kalau dah melampau sebab ade tu yang misscall aku berkali2 dan memaki hamun aku dalam sms. Ada jugak yang bagi sms "Buatlah Laporan Polis, Ko ingat aku takut?" fuhh begitu berani nya dia takpe aku masih boleh bersabar, tapi kalau dah tak boleh sabar aku akan buat report polis dan biar paper keluarkan muka muka orang sakit jiwa bila polis berjaya kesan orang orang macam nie dalam masyarakat.

Kalau nak cerita 3 pages pun tak cukup tapi aku malas nak fikir selagi aku masih boleh sabar aku sabar. Kang tak pasal pasal aku dapat tekanan darah tinggi. Manusia nie macam macam ada dalam dunia. Cuma aku selalu tertanya tanya "Ada jugak manusia jenis macam nie wujud"..

Kelmarin lepas je aku anta Mak aku kat Perkampungan Pondok kat Jawi, Nibong tebal aku terus pecut balik KL. Kak Mas call bila aku sampai tapah dan janji nak jumpe dia sebab aku ada goreng Cempedak goreng nak ajak kak mas dan Izwan makan sama2. Yelah sesekali balik kpg even sekejap aku suke bawak balik something untuk bagi kat kwan kawan makan even tak seberapa. Kak mas bukan main happy bila tau aku bawak cempedak goreng.! Lap You lah dear! msg kak mas hahaha..

Sampai je KL aku terus singgah Media Space kat Sri harta mas bejumpe dengan Nat dan Anis bagi CD erry untuk shooting video Clip. Lepak jap terus ke Pandan Indah jumpe kak mas kat studio Awang BPR yang dikongsi bersama Saari Amri. Errm aku tak pernah pun masuk studio nie. Mata asyik tertumpu kepada plat plat kejayaan saari amri. ade album ziana zain, haida, ukays, Safura dan beberapa lagi. Tapi aku tertarik dengan plat Exist yang menerima jualan 500,000 bagi jualan di Indonesia. Wow banyak kan.. Sambil menunggu Izwan merakamkan kembali lagu Arwah Sudir dengan abg Awang BPR aku berborak borak ngn Kak mas dan kemudian beberapa artis baru datang dan lepak. Aku plak mata dah letih, penat drive terus balik dan zzz... Nak lepak lama tak dapat tapi sempat juga bagi kak mas goreng cempedak yang diidamkan diaorg.. huhuhuhuh...


Friday, July 24, 2009

Facebook & Budak Ganu (Farid)



Time sekarang kul 3.00 pagi.. mengantuknya.. dah la keje balik kul 12 malam janji ngn Roslan Shah nak discus tentang show terbantut sebab roslan ade hal emergency last minit. Dalam kul 10 malam tadi Jeny dari double vision call tanya tentang scedule erry sebab nak invite berlakon untuk telemovie kat astro siaran raya.. takleh la aku nak confirm kan sebab erry sekarang ade kat kuching untuk jom heboh. aku plak tengah bz menyiapkan expenses report company untuk bulan june. maaf la jenny tomorow i call u back sebab bz teramat sangat.

Belum pun buka baju sampai rumah aku terus online facebook. Nampak ghaz (director Laila Sari) online terus aku buzz Ghaz, Ghaz nak bagi cd erry kat u. Cd erry dah siap. Memang aku dah niat nak bagi CD erry kat ghaz sebab invite erry berlakon Laila Sari. Ghaz ckap kasi kat Nizam Zakaria sebab dia pun bz sangat. Nizam Zakaria kalau korang tak kenal ialah orang kuat siri drama "Gaia" kat Astro Ria. Dia jugak penulis skrip drama Laila sari yang akan ditayangkan di Astro Ria 1 hb August nie. Nan u dah tengok ke promo laila sari kat my Face book? tanya Ghaz. Tengah tengok balas aku balik. Fuh Superb!! Yelahkan gunakan teknik CGI.. Terbaik Wok!! hahahahh. Aku suke sangat dengan kerja Ghaz. Kalau korang nak tahu Ghaz jugak director untuk few music video. Memang gempak hasilnya.


Laila Sari-Director Ghaz Skrip Nizam Zakaria

Kalau citer pasal facebook teringat dengan seorang roomate aku di UUM dulu bernama Farid bila dah lama aku tak berhubung dengannya aku sms apa khabar semalam.. terus dia tanya aku, sapa nie.. Nan la jawab aku ringkas. Owh lama tak dengar berita.. sorry la aku tukar phone baru dan yang aku ade no 016 ko.. maaf la farid, aku dah tak pkai no 012 tu lagi dan seterusnya sms aku dengan dia. Last2 yang kelakar dia tanya ade face book tak.. terus aku bagi facebook aku. Kalau korang nak tahu Farid ni budak terengganu yang paling best pernah aku kenal walaupun masa aku mula2 dok satu bilik ngn dia dulu dia tak suke aku sedangkan aku tak buat salah apa apa pun kat dia. Lepas tu kitaorng ngam sampai sekarang even dah lama terputus hubungan sebab phone dia hilang ade dekat 3 tahun.

Tu pun aku dapat no telefon rumah dia dalam diari lama aku yang aku still simpan lam kotak. Sebulan yer try call no rumah dia tapi takde yang angkat last2 ade gak yang angkat dan we'r back as fren setelah lama lost contact. Baru semalam aku dpat add dia lam facebook. Aku ingatkan dia nie tak minat berfacebok2 yang aku tau dia suke main game RED ALERT jer dulu kat UUM tak pun race dengan moto EX5 dia tu. Aku nak tempek muka mu Farid dalam Blog aku nie biar ko femes hahahahah....

Kalau jadi aku pi Ganu aku nak mu bawa aku keliling Pasar Payang lagi K.. Banyak kenangan aku kat Ganu dan masa jadi Roomate ngn Farid.. Lastly aku nak wish Farid "Semoga Happy Always dengan Wife dan Anak Mu tersayang K" Nanti aku gi dungun jangan lupa datang lawat aku kat cna..


Nie la Farid

Tuesday, July 21, 2009

Hadeeja -Kek Lapis



Pagi pagi dah celik kak mas telefon.. Nan keje tak today? Ahaa.. aku dengan mamai mamai nyer jwb tak la kak.. napa tak tau?.. hehehe nak ajak nan pi print Single Izwan Pilus Lagu Ost Anak Wayang Kecuali Cintamu... OOo okay jer nanti kak mas call saya balik.. lepas je kak mas telefon terus aku pengsan balik hahahah ngantuknyer lately nie asyik tidur je keje aku kalau cuti bangun nyer kul 12 lah.. kalau kat kampung sure mak aku dah bising gagaga..

Dalam sejam kak mas telefon lagi.. nan akak dah sampai umah tunggu nan nie.. alamak!! aku pun terus bangun dan mandi2.. habis mandi 3 missed call kak mas.. terus sms.. sorry ya kak tgh siap2 nie.. wokeh balas kak mas@ Manager Izwan Pilus..

Apalagi dengan sepantas kilat siap2 iron baju dan bergerak ke pandan mewah.. tension betul kalau lalu area tu asyik jem tapi nak naik moto takut plak kak mas tak biasa so aku naik keta je lah.. Jumpe kat mas kat kedai raju terus order mkn mee kari ngn teh o limau suam.. Tak leh makan nasik dah sebab badan skg pon rasa mcm berat je so kena slim kan balik sebab aku kena aktif minggu minggu mendatang nie.

So aku sempat jugak jengok proses membuat book mark untuk untuk diselitkan dalam Erry Punya album apabila sampai kat kedai@kilang yang kak mas nak print single izwan. Well agak meriah kalernya tapi memang menarik. Sebelum nie rasnya tak pernah ada lagi yang buat book mark untuk lirik lagu tapi aku dapat idea buat book mark nie sebab aku selalu nak keluar dari kepompong kebiasaan yang pernah orang lain buat dalam industri hiburan. Sebelum ini aku pernah dapat bookmark Album Fauziah Latiff buat semasa album Gubahan Rindu Pusisi Syahdu tahun bila nth rasanya 1991-92..


Jee

Cuma bentuknya love kalau tak silap tapi tak der lirik kat book mark tu. So aku ubah sikit. Lagipun aku kan minat Jee dari dulu.. sampai la sekarang..cuma sekarang jee slow sikit harap2 dia buat single baru..

Book mark yang belum dipotong-Plus Lirik

Lepas kak mas habis negotation dengan anthony sales manager kilang tu aku gerak ke lokasi shooting erry kat kpg pandan jumpa dia jap tunjukkan sample book mark dan cd casing kat dia pas tu terus aku meluncur ke sri harta mas berjumpe dengan Anis dari Media Space untuk projek video kat saluran muzik aktif 180.

Lepas habis discus aku ngn kak mas gerak plak ke "Hadeeja Kek Lapis" kepunyaan Deja Moss dan Anuar Zain kat Ukay Perdana. Sampai sampai sesat hahahah rupa rupanya kedai tu belum ade singnage tapi kalau korang nak pergi aku memang suggest Alamatnya No 1-G, Jalan Ukay Perdana 1/2 Ukay Perdana telefon:019-6936943 Andy atau email sendiri kepada deja moss hadeeja@mossgroup.com.my.

Kalau korang nak tahu kedai nie decoration nya memang best simple tapi nampak ekslusif even toiletnya.. Kedai nie specialist KEK LAPIS SERAWAK yer.. dan kat kedai nie semuanya diimport dari serawak termasuk mee colok, nasi daging hitam dan etc. Aku ngn kak mas share mee colok ori dari Deja Moss. Kek nya plak memang Deeja dan team masak dan buat kat situ.. Cayalah Deja .. even J.W.Marriot pun order kat Kedai Deja yer untuk Kek Lapis nie... Congrat dari I yer...Kecian tengok you tadi letih jer tapi fulus mashukkkkkkkkkkk.... hehehe


Kek Yang terdapat di Deeja Moss Cafe

Saturday, July 18, 2009

Singapore Tour 1St & 2nd August 2009

Minggu nie tak de apa yang nak update cuma frust apabila seseorang yang tak puas hati ngn aku telah sms kepada pihak astro, media prima, rtm tentang satu kejadian yang tak dapat aku elakkan. Aku malas nak highlight kejadian apa melainkan isu ini dibangkitkan di media baru akan membuat kenyataan balas atau statment balik.

Walaupun aku rasa kejadian itu bukan berpunca 100 % dari salah aku tapi aku dah pun minta maaf kepada production house terbabit. Cuma yang aku sedih production house nie telah meng sms kepada pihak pihak tertentu tentang kejadian tersebut. Bagi aku tak pelah sms lah kepada sesiapa pun yang penting sebagai manusia aku dah minta maaf dan terpulanglah kepada pihak tersebut nak buat macam mana pun. Aku ni manusia bukan malaikat so do them. So tak payah la nak mempebesar besarkan isu itu okay.

Back to my schedule, bulan august nie aku akan ke singapura mengikut fim scape production bagi urusan promosi Tour "Sutramaya" yang akan diadakan di Jurong Point selama 2 hari iaitu 1 dan 2 hb August. Harap harap dapat lari sekejap ke Media Corp. untuk berjumpa dengan team dari Radio Warna dan Ria disamping memberikan CD kepada dj dj di sana. Maybe Roslan Shah akan membantu kitaorang untuk mendapatkan contact disana.. Hopefully berjalan lancar...



Drama Sutramaya

Sunday, July 12, 2009

Demam, Kena Tipu




Ya Allah..susah betul nak cari klinik kalau demam hari ahad. Kalau korang nak tahu klinik kat KL nie dah jadi mcm offis buka ikut office hour. Aku demam dah 2 hari so tanpa melengahkan masa lepas bangun tido, sarapan kat Hamidia terus cari klinik. Plan asal gie klinik Ng dan Lee kat Maluri tapi sedih betul dah la parking susah nak cari even hari ahad so aku berjalan dan park keta jauh. Sampai kat Klinik tutup.

So aku pun call la medic kad nyer insurans tanya kan mana2 klinik yang bukak hari ahad tapi operator tu punya la pandai tanya "what ur insurans"? terus aku balas balik " i dont know whut my insurans, i just want to know is there any clinic that accept medic clinic card & open on sunday".. Pas tu terus dia jawab Ohh ur under Tokio Marine.. Ape la dia yang tanya dia yang jawab. Dah sah sah ko ade data base kan buat apa tanya lagi.. Aku apa lagi tanya Pusat Rawatan Islam open today?.. dia jwb yes under our panel clinic you can go there.. tup tup bila aku pi tutup!! terus aku hangin satu badan. Soalan aku dia tak jawab dengan betul. Aku tanya buka tak? .. hish sesiapa yang keje under cust care or operator tolong la faham soalan dengan betul yer.. nak kata tak faham bahasa inggeris cakap bukan main fluent lagi tapi tak faham soalan..

Last2 aku pi klinik Mediviron kat Ampang Point. Nasib baik bukak. Alhamdulillah cuma masa drive je pening sikit sebab kepala berdenyut2.. Plan just nak dapatkan MC sebab aku tak suka makan ubat. Ubat nie akan menjadikan badan nyer imunisasi kurang so biar antibodi badan aku lawan demam nie sendiri. Mudah mudahan cepat sembuh.

Tengahari tadi aku menonton Melodi berkenaan dengan Fazli Zainal, Iffa Raziah dan Roslan Shah kena kapur dengan promoter. Errmm.. Kecian roslan shah. Dia selalu tolong kawan kawan artis dapatkan show tapi dia sendiri kena tipu. Kalau nak cakap soal kena tipu nie aku dah 2 kali hampir hampir ditipu oleh orang orang tertentu. Cakap bukan main nak buat endorsement untuk erry la, Buat Iklan 5 minit la jadi duta nie duta tu. Tapi aku bukan bodoh..

Hello.. aku dah keje dengan company yang besar selama 6 tahun okay. First time aku jumpe dengan Agent satu syarikat nie yang nak buat endorsement suruh Erry sign Proposal. Bodoh ke ape. Tak pernah aku jumpe sebuah syarikat orang melayu yang nak kenakan orang melayu sendiri. Proposal hanyalah kertas cadangan dan Erry tak perlu sign apa apa melainkan Surat Agreement. Kalau nak erry jadi duta syarikat ko prepare betul2 agreement. Ini tak main cakap mulut. Proposal pun tak nampak aku tengok. Sedangkan aku datang siap dengan proposal apa yang Erry Putra boleh offer syarikat korang. Tolong jangan ingat pengurus artis nie bodoh okay. Aku sendiri belajar International Law (Trading) Hons. dan aku bukan bodoh.

Bila aku cakap nak bawa lawyer untuk futher discussion mula lah banyak alasan nak kensel kan appointment. Nampak sangat korang tu PENIPU... Pas tu ade sorang mamat nie beria ria nak endorse erry untuk IKLAN TV selama 5 minit. Pelik aku kaya sangat company tu nak wat iklan 5 minit. Selalu iklan hanya few second even iklan Dato CT nurhaliza...Aku cakap okay jumpe untuk appointment tapi pas tu senyap bila tanya cakap nama dah ajukan. Aku pelik lah segelintir manusia kat muka bumi nie yang offer main ikut sedap mulut sedangkan habuk pun tarak. Tak tau la aku apa motif diaorang nie. So kepada artis artis dan pengurus berhati hati yer kalau tak bila bila masa je anda boleh ditipu. Rambut sama hitam hati lain lain. Aku harap Allah SWT dapat melindungi aku dari orang orang macam nie.

Wednesday, July 8, 2009

Suara Emas Amyza Adnan.. :)

Seperti yang dijanjikan aku dah berjaya upload kan amyza adnan karaoke ngn khairil kat you tube. Hahaha.. Walau pun video nie 2 minit lebih tapi nak tunggu dia complete upload berjam2 tension tul ngn youtube nie. Yerlah kan bukan aku sorang yang upload video nie berjuta2 orang upload kat satu server so lembap la macam kura kura. Kura kura dah bangun tido, mkan, tido balik belum gak selesai upload video nie hahahaha...

Amyza berduet dengan Khairil (Suami)

Korang dengar lah sendiri nyanyian Amza . Bagi aku, aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk amyza manakala kharil 4 bintang. Jangan marah yer Amy komen ikhlas untuk ko. Anyway tone sedap cuma kena banyak kan latihan untuk few part..
Tapi mmg ade pontensi untuk buat single. Aku harap projek single yang diimpikan amyza akan menjadi kenyataan cuma Amyza kena work out on itand do practise a lot k. Biasalah kan busy memanjang dengan shooting. So kam kena tolong amyza push kan projek single nie. Aku nyer idea Amy buat single plus lagu duet ngn kharil.

Projek single buat at least bila tua nanti tak menyesal.. give a try okay amy.

Esok aku kena bergegas ke MACP untuk register lagu untuk Erry. Call kak chah dari MACP sebab aku pun tak berapa sure kat mana ofis nya. Nak naik moto ke keta haa? entahla kalau ikutkan aku nak naik motor je senang. Tapi aku nie alah sikit ngn panas hahah. Takut terbakar kulit yang sememangnya hitam. Bukan apa malas nak mengharung jem kat KL nie. Yerla pagi ptg siang malam jem. Maklumlah org malaysia nie manja sikit pergi kedai kat seberang jalan pun malas nak jalan kaki that why kalau korang perasaan jalan KL nie pagi ptg siang malam jem kalau tak jem, pas kul 12 malam sebab org tido. Kalau time org jaga kul 6 dah jem kat KL nie. ermmm entah la tengok la mcm mana. Kalau malas naik je la keta tapi takut sesat susah nak patah balik. Kalau naik moto senang.Ermmmmm.............................

Pas MACP nyer opis tu nak gi RTM plak submit lagu kat rakam khanah. Apa tu rakam khanah? hehehe. Bagi korang yang tak tahu rakam khanah ialah library untuk RTM yang mana lagu perlu melalui proses penapisan sebelum kelulusan diberi untuk disiarkan. Kena submit lagu termasuk dengan lirik supaya ianya tidak mengandungi unsur unsur yang tidak sihat. Bak kata zaman sekolah tidak mengandungi budaya kuning.

Budaya kuning nama yang begitu sinonim dengan karangan masa aku kat sekolah menengah dulu. Teringat masa belajar kat SMM Methodist ACS kat Parit Buntar dulu dengan gelagat cikgu2. Semua cikgu mengalakkan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu tinggi chewwah.. bagus gak kan? at least walaupun aku tak jadi sasterawan aku berjaya jadi bloggers menulis tentang diri sendiri even pelawat tak ramai pun kat blog nie. Bukan apa malas nak promote2 blog diri sendiri sebab nanti orang kata aku gila glamour pulak.

Kepada yang terbaca blog aku dan add oklah teruskan membaca. Aku pun tak terfikir nak heboh2kan blog nie. Tujuan utama menulis pun sebab aku minat. Ada atau tak pembaca itu aku tak amik pot sangat. Yang penting minat aku untuk menulis dan merakamkan aktiviti aku seharian yang mana boleh menggantikan diari aku. Suka duka aku tulis jer yang penting aku tak menyakitkan hati mana mana pihak dan tak juga menyinggung perasaan orang lain. Itu tujuan utama.

Tuesday, July 7, 2009

Jeng Jeng Jeng (Program Raya) TV3



Today aku dan erry bermandi peluh buat shooting rancangan Jeng Jeng programTV3 siaran raya nie. Adus penat seh.. dah la buat tengahari kat bukit bintang. Matahari betul2 tegak atas kepala. Nasib baik aku ada topi dan sun glases.

Actually program Jeng jeng nie adalah untuk siaran raya dan ianya berkonsep kan wa kena beb tapi kita kenakan orang lain bukan artis.. Susah jugak sebab masa shoot buat ramai orang tapi semua nya foreiner.. Nak dapat org malaysia susah bebenor. ade yang bila dah terkena tu muka macam tak da perasaan hahahah... kamera plak di sorok kan agar depa semua nie tak perasaan yang gerak geri mereka dirakam hahaha..

Kalau ikut skrip aku tak der pun terlibat dalam mengenakan orang nie tapi producer tv3 zian minta aku tolong bersama sama dengan erry so aku dengan malasnya tolong la kan..Takut nanti terglamer dalam tv aku pakai spek hitam dah topi hehehe so berjaya la kaburkan pandangan kamera untuk capturekan muka aku hahahaha..

Nasib baik producer tak suruh aku tanggalkan spek .. selamat..!!

best gak kenakan orang nie tugas aku bawak cup cake untuk ditiup oleh orang ramai tapi lilin yang sepatutnya tak terpadam selepas ditiup tetap padam so tak menjadi plan kitaorg.. beria2 pudin(asst producer) nyala kan api tetap tak menjadi hahahahah...

Yang kelakarnya orang ingat aku jual cup cake kat bukit bintang yang best tu ade abg ni siap nak ambik free sebab ingat tester.. gilo apo den nak meniaga cup cake kat tengah2 panas! time rehat aku gie beli air oren terkejut bebenor sebab jus oren RM 15 satu cawan kat bukit bintang hahaha.. mahai bangat pengsan aku dengar harga..

Ok jum kita tengok gambar gambar aku today ngn erry kat bukit bintang!


Susah bebenar nak suruh nyanyi lagu birthday

Adoi penat pegang cup cake lam kotak yang pegang mulut tu pas makan cup cake!

Mkan jangan tak makan! kepada hangpa semua jgn lupa saksikan jeng jeng di TV 3 raya nanti K!!

Thursday, July 2, 2009

Astro Ceria, Amyza Adnan




Assalamualaikum..

Lately nie masa 24 rasa macam tak cukup.. banyak kerja yang masih tertangguh. Ada benda yang nak ditulis tetapi asyik tak mempunyai masa. Cuti satu hari pun terpaksa bergegas ke sana sini. Anyway Dato Sharifah Aini nyer dinner hampir tiba 17 th July alhamdulilah berjaya jugak jual few ticket. Walau sibuk kerja sekalipun sempat jugak lari ke sana sini deliver for the ticket.

Minggu nie aku nyer tugas adalah deal dengan Kak Min (Wife Adnan Abu Hassan) untuk projek ring tone. Appointment ngn Kak min kat Ampang Point. Bila je sampai Ampang Point berjumpa plak ngan Haiza (penyanyi Dag Dig Dug) Dia pun nak buat ring tone ngn kak min. Tanpa disangka haiza bawak team produksi untuk Video Clip iaitu Team Kak Nik (yang buat Muzik TV kat RTM suatu masa dulu). Mula mula tak perassan yang team tersebut adalah team yang sama dengan team produksi yang akan buat Video Clip Erry 15th July nie until diorg kenalkan diri iaitu Kid dan Aiman. Gagagaga tergelak2 sakan sebab berurusan dalam telefon je selama nie tak buat appointment pun tup tup jumpa kat ctu ngn produser nya sekali. Hahahah

Kak Min plak gile gile rupanya terus ngam! hahahah Kak Min projek kita seterusnya jangan lupa tau. Aku frust sangat mingu nie bila projek ngn Helen Yap nampaknya tak jadi sebab helen tak ada minus one untuk lagu raya. Bila Call syarikat pony canyon, skg (inter global) diaorg pun tak ade minum one lagu raya kump. KGB. Nak rekod balik lagu tu tapi tak de minus one! frust menonggeng aku ngn erry. Kalau nak buat arrengement lain fulus lagi jawapnya.




Adoii.. minggu nie plak aku teman erry gie shooting kat taman bukit jalil untukl siaran drama kat Astro ceria produksi Afdlin Aman Ramli yang diarah kan oleh Opie Zamie (mat Rock dalam spanar jaya). Aduss penat menunggu sampai malam. Lepas hafiz PA erry datang aku terus balik dan handover semua erry nya barang kat Hafiz. Hari ketiga plak datang lagi dan kebetulan Amyza Adnan pun ada. Kalau nak tahu amy nie gile gile first time aku jumpe dia kat Event TV3. Banyak projek dia nak buat minta tolong aku.. Emm takut gak nak tolong nanti Kam marah aku amy ooi...stakat tolong kwn2 aku no hal. Anyway nanti aku post video amyza adnan nyanyi karaoke kat blog nie sebab malam tadi kitaorg karaoke sakan kat tasik bukit jalil pas shooting erry hahahaha. Jangan tak tau amy dan husband dia mempunyai tone dan suara yang sedap. Patut la husband Amyza jadi penyanyi tetap kat petronas!! Cayalah!!




PASANGAN
AMYZA ADNAN & IZHAR

Nama (Suami) : Khairil Izhar bin Mohd Nazir
Tarikh lahir : 29-Aug-1974
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Juruteknik untuk Dewan Phillharmonic, KLCC
Hobi : Menyanyi

Nama(Isteri) : Amyza binti Aznan
Tarikh Lahir : 18-Jul-1974
Tempat Lahir : Alor Gajah, Melaka
Pekerjaan : Pelakon/Penyanyi/Pengacara
Hobi : Menyanyi, menari dan memasak

Tarikh Perkahwinan : 12-Sep-2004
Location : Masjid Sultan Hishamudin, Bandar Baru Salak Tinggi,
Nilai, Negeri Sembilan
Anak & umur :
1) Andre Mikhail 2thn 5bln
2) Adrian Adam 6bln

Bagaimana anda jatuh cinta?
Cinta lokasi dimana terpaut semasa pengambaran sebuah drama. Bercinta sejak tahun 1995 dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2004.

Pengalaman dalam perkahwinan
Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, masih terasa seperti baru sahaja berkahwin. Kini bahagia bersama suami dan dua orang anak tersayang.

Kalau korang nak tahu amyza pun ada blog try cari blog dia panas!! hahaha dia ratu kontroversi hahahaha.. jagan marah arrr.. gurau gurau tapi aku suke dengan cara dia walaupun bising hati baik ok.

Lastly aku nak minta maaf kat Azmir Ariff sebab lambat siapkan press kit dia. Tapi yang best dia kata aku leh jadi wartawan dalam bidang penulisan!! hahahah jangan tak tau aku dpat A yer untuk BM masa SPM aku mmg suke menulis cuma dalam blog nie je aku tulis tak skema takut jadi majalah Ilmiah plak.. hahahahah