Thursday, July 2, 2009

Astro Ceria, Amyza Adnan




Assalamualaikum..

Lately nie masa 24 rasa macam tak cukup.. banyak kerja yang masih tertangguh. Ada benda yang nak ditulis tetapi asyik tak mempunyai masa. Cuti satu hari pun terpaksa bergegas ke sana sini. Anyway Dato Sharifah Aini nyer dinner hampir tiba 17 th July alhamdulilah berjaya jugak jual few ticket. Walau sibuk kerja sekalipun sempat jugak lari ke sana sini deliver for the ticket.

Minggu nie aku nyer tugas adalah deal dengan Kak Min (Wife Adnan Abu Hassan) untuk projek ring tone. Appointment ngn Kak min kat Ampang Point. Bila je sampai Ampang Point berjumpa plak ngan Haiza (penyanyi Dag Dig Dug) Dia pun nak buat ring tone ngn kak min. Tanpa disangka haiza bawak team produksi untuk Video Clip iaitu Team Kak Nik (yang buat Muzik TV kat RTM suatu masa dulu). Mula mula tak perassan yang team tersebut adalah team yang sama dengan team produksi yang akan buat Video Clip Erry 15th July nie until diorg kenalkan diri iaitu Kid dan Aiman. Gagagaga tergelak2 sakan sebab berurusan dalam telefon je selama nie tak buat appointment pun tup tup jumpa kat ctu ngn produser nya sekali. Hahahah

Kak Min plak gile gile rupanya terus ngam! hahahah Kak Min projek kita seterusnya jangan lupa tau. Aku frust sangat mingu nie bila projek ngn Helen Yap nampaknya tak jadi sebab helen tak ada minus one untuk lagu raya. Bila Call syarikat pony canyon, skg (inter global) diaorg pun tak ade minum one lagu raya kump. KGB. Nak rekod balik lagu tu tapi tak de minus one! frust menonggeng aku ngn erry. Kalau nak buat arrengement lain fulus lagi jawapnya.




Adoii.. minggu nie plak aku teman erry gie shooting kat taman bukit jalil untukl siaran drama kat Astro ceria produksi Afdlin Aman Ramli yang diarah kan oleh Opie Zamie (mat Rock dalam spanar jaya). Aduss penat menunggu sampai malam. Lepas hafiz PA erry datang aku terus balik dan handover semua erry nya barang kat Hafiz. Hari ketiga plak datang lagi dan kebetulan Amyza Adnan pun ada. Kalau nak tahu amy nie gile gile first time aku jumpe dia kat Event TV3. Banyak projek dia nak buat minta tolong aku.. Emm takut gak nak tolong nanti Kam marah aku amy ooi...stakat tolong kwn2 aku no hal. Anyway nanti aku post video amyza adnan nyanyi karaoke kat blog nie sebab malam tadi kitaorg karaoke sakan kat tasik bukit jalil pas shooting erry hahahaha. Jangan tak tau amy dan husband dia mempunyai tone dan suara yang sedap. Patut la husband Amyza jadi penyanyi tetap kat petronas!! Cayalah!!




PASANGAN
AMYZA ADNAN & IZHAR

Nama (Suami) : Khairil Izhar bin Mohd Nazir
Tarikh lahir : 29-Aug-1974
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Juruteknik untuk Dewan Phillharmonic, KLCC
Hobi : Menyanyi

Nama(Isteri) : Amyza binti Aznan
Tarikh Lahir : 18-Jul-1974
Tempat Lahir : Alor Gajah, Melaka
Pekerjaan : Pelakon/Penyanyi/Pengacara
Hobi : Menyanyi, menari dan memasak

Tarikh Perkahwinan : 12-Sep-2004
Location : Masjid Sultan Hishamudin, Bandar Baru Salak Tinggi,
Nilai, Negeri Sembilan
Anak & umur :
1) Andre Mikhail 2thn 5bln
2) Adrian Adam 6bln

Bagaimana anda jatuh cinta?
Cinta lokasi dimana terpaut semasa pengambaran sebuah drama. Bercinta sejak tahun 1995 dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2004.

Pengalaman dalam perkahwinan
Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, masih terasa seperti baru sahaja berkahwin. Kini bahagia bersama suami dan dua orang anak tersayang.

Kalau korang nak tahu amyza pun ada blog try cari blog dia panas!! hahaha dia ratu kontroversi hahahaha.. jagan marah arrr.. gurau gurau tapi aku suke dengan cara dia walaupun bising hati baik ok.

Lastly aku nak minta maaf kat Azmir Ariff sebab lambat siapkan press kit dia. Tapi yang best dia kata aku leh jadi wartawan dalam bidang penulisan!! hahahah jangan tak tau aku dpat A yer untuk BM masa SPM aku mmg suke menulis cuma dalam blog nie je aku tulis tak skema takut jadi majalah Ilmiah plak.. hahahahah

No comments: