Thursday, July 30, 2009

Kaya tapi sakit & Cempedak Goreng


Assalamualikum..

Jam menujukkan 7.40pm. Mana Kak Min nie janji nak datang tak datang datang lagi.. huhuh petang tadi beria ria call nak jumpe untuk projek ring tone tapi tak muncul lagi. Kalau korang yang dah baca blog yang lepas kak min nie adalah wife abg dee (adnan abu hassan) dan peneraju projek ring tone dengan few artist. Ok la dari segi payment yang di tawarkan aku agak berpuas hati. Petang tadi tengah dok mengelamun kat offis kat Min call tanya " Mana kau menghilang" hahahah.. dengan loghat pekat Sabahnya. Sorry arr kak min lately nie buzy memanjang nasib baik akak telefon Nan.. gagagag kalau tak aku dah lupa terus..

Semenjak Erry balik Jom Heboh Kuching last week, aku banyak sangat menerima panggilan2 dari orang yang "Kaya"+ "Sakit". Kaya maksudnya ialah orang yang tak tau apa tujuan buat call. Yer betul memang No telefon aku ada di belakang CD erry dan dah dijual di Kuching semasa Jom Heboh dan sekarang nie pun di jual oleh 2 pengedar kat KL. Tujuan No diletakkan untuk senang aku dapatkan show dan undangan jemputan. Tapi biasalah kan kat Malaysia nie bila ade je no telefon terus call tanpa ada tujuan. Lepas tu tanya "Siapa Nie"..? Aku pun tak faham samada mereka nie BODOH atau pun BUAT BUAT BODOH..


Come lah dah sah sah aku letak kat ctu NO tel Erry Manager dan orang tetap telefon tanya siapa nie.. Bile aku tanya balik dia tanya lagi siapa nie. Yang Best ada yang Minta no telefon Erry Putra. Hello aku nie Yellow Pages korang ker? Kalau nak berurusan tentang show atau endorsement korang boleh liase dengan aku dan aku akan bincang dengan erry. Nampaknya ramai yang sakit otak kat Malaysia nie. Bukan nak marah tapi kalau call tu tolonglah fikir apa tujuan call no aku. Aku jugak tak akan teragak2 untuk buat laporan polis kalau dah melampau sebab ade tu yang misscall aku berkali2 dan memaki hamun aku dalam sms. Ada jugak yang bagi sms "Buatlah Laporan Polis, Ko ingat aku takut?" fuhh begitu berani nya dia takpe aku masih boleh bersabar, tapi kalau dah tak boleh sabar aku akan buat report polis dan biar paper keluarkan muka muka orang sakit jiwa bila polis berjaya kesan orang orang macam nie dalam masyarakat.

Kalau nak cerita 3 pages pun tak cukup tapi aku malas nak fikir selagi aku masih boleh sabar aku sabar. Kang tak pasal pasal aku dapat tekanan darah tinggi. Manusia nie macam macam ada dalam dunia. Cuma aku selalu tertanya tanya "Ada jugak manusia jenis macam nie wujud"..

Kelmarin lepas je aku anta Mak aku kat Perkampungan Pondok kat Jawi, Nibong tebal aku terus pecut balik KL. Kak Mas call bila aku sampai tapah dan janji nak jumpe dia sebab aku ada goreng Cempedak goreng nak ajak kak mas dan Izwan makan sama2. Yelah sesekali balik kpg even sekejap aku suke bawak balik something untuk bagi kat kwan kawan makan even tak seberapa. Kak mas bukan main happy bila tau aku bawak cempedak goreng.! Lap You lah dear! msg kak mas hahaha..

Sampai je KL aku terus singgah Media Space kat Sri harta mas bejumpe dengan Nat dan Anis bagi CD erry untuk shooting video Clip. Lepak jap terus ke Pandan Indah jumpe kak mas kat studio Awang BPR yang dikongsi bersama Saari Amri. Errm aku tak pernah pun masuk studio nie. Mata asyik tertumpu kepada plat plat kejayaan saari amri. ade album ziana zain, haida, ukays, Safura dan beberapa lagi. Tapi aku tertarik dengan plat Exist yang menerima jualan 500,000 bagi jualan di Indonesia. Wow banyak kan.. Sambil menunggu Izwan merakamkan kembali lagu Arwah Sudir dengan abg Awang BPR aku berborak borak ngn Kak mas dan kemudian beberapa artis baru datang dan lepak. Aku plak mata dah letih, penat drive terus balik dan zzz... Nak lepak lama tak dapat tapi sempat juga bagi kak mas goreng cempedak yang diidamkan diaorg.. huhuhuhuh...


No comments: