Sunday, July 12, 2009

Demam, Kena Tipu




Ya Allah..susah betul nak cari klinik kalau demam hari ahad. Kalau korang nak tahu klinik kat KL nie dah jadi mcm offis buka ikut office hour. Aku demam dah 2 hari so tanpa melengahkan masa lepas bangun tido, sarapan kat Hamidia terus cari klinik. Plan asal gie klinik Ng dan Lee kat Maluri tapi sedih betul dah la parking susah nak cari even hari ahad so aku berjalan dan park keta jauh. Sampai kat Klinik tutup.

So aku pun call la medic kad nyer insurans tanya kan mana2 klinik yang bukak hari ahad tapi operator tu punya la pandai tanya "what ur insurans"? terus aku balas balik " i dont know whut my insurans, i just want to know is there any clinic that accept medic clinic card & open on sunday".. Pas tu terus dia jawab Ohh ur under Tokio Marine.. Ape la dia yang tanya dia yang jawab. Dah sah sah ko ade data base kan buat apa tanya lagi.. Aku apa lagi tanya Pusat Rawatan Islam open today?.. dia jwb yes under our panel clinic you can go there.. tup tup bila aku pi tutup!! terus aku hangin satu badan. Soalan aku dia tak jawab dengan betul. Aku tanya buka tak? .. hish sesiapa yang keje under cust care or operator tolong la faham soalan dengan betul yer.. nak kata tak faham bahasa inggeris cakap bukan main fluent lagi tapi tak faham soalan..

Last2 aku pi klinik Mediviron kat Ampang Point. Nasib baik bukak. Alhamdulillah cuma masa drive je pening sikit sebab kepala berdenyut2.. Plan just nak dapatkan MC sebab aku tak suka makan ubat. Ubat nie akan menjadikan badan nyer imunisasi kurang so biar antibodi badan aku lawan demam nie sendiri. Mudah mudahan cepat sembuh.

Tengahari tadi aku menonton Melodi berkenaan dengan Fazli Zainal, Iffa Raziah dan Roslan Shah kena kapur dengan promoter. Errmm.. Kecian roslan shah. Dia selalu tolong kawan kawan artis dapatkan show tapi dia sendiri kena tipu. Kalau nak cakap soal kena tipu nie aku dah 2 kali hampir hampir ditipu oleh orang orang tertentu. Cakap bukan main nak buat endorsement untuk erry la, Buat Iklan 5 minit la jadi duta nie duta tu. Tapi aku bukan bodoh..

Hello.. aku dah keje dengan company yang besar selama 6 tahun okay. First time aku jumpe dengan Agent satu syarikat nie yang nak buat endorsement suruh Erry sign Proposal. Bodoh ke ape. Tak pernah aku jumpe sebuah syarikat orang melayu yang nak kenakan orang melayu sendiri. Proposal hanyalah kertas cadangan dan Erry tak perlu sign apa apa melainkan Surat Agreement. Kalau nak erry jadi duta syarikat ko prepare betul2 agreement. Ini tak main cakap mulut. Proposal pun tak nampak aku tengok. Sedangkan aku datang siap dengan proposal apa yang Erry Putra boleh offer syarikat korang. Tolong jangan ingat pengurus artis nie bodoh okay. Aku sendiri belajar International Law (Trading) Hons. dan aku bukan bodoh.

Bila aku cakap nak bawa lawyer untuk futher discussion mula lah banyak alasan nak kensel kan appointment. Nampak sangat korang tu PENIPU... Pas tu ade sorang mamat nie beria ria nak endorse erry untuk IKLAN TV selama 5 minit. Pelik aku kaya sangat company tu nak wat iklan 5 minit. Selalu iklan hanya few second even iklan Dato CT nurhaliza...Aku cakap okay jumpe untuk appointment tapi pas tu senyap bila tanya cakap nama dah ajukan. Aku pelik lah segelintir manusia kat muka bumi nie yang offer main ikut sedap mulut sedangkan habuk pun tarak. Tak tau la aku apa motif diaorang nie. So kepada artis artis dan pengurus berhati hati yer kalau tak bila bila masa je anda boleh ditipu. Rambut sama hitam hati lain lain. Aku harap Allah SWT dapat melindungi aku dari orang orang macam nie.

No comments: