Seperti yang dijanjikan aku dah berjaya upload kan amyza adnan karaoke ngn khairil kat you tube. Hahaha.. Walau pun video nie 2 minit lebih tapi nak tunggu dia complete upload berjam2 tension tul ngn youtube nie. Yerlah kan bukan aku sorang yang upload video nie berjuta2 orang upload kat satu server so lembap la macam kura kura. Kura kura dah bangun tido, mkan, tido balik belum gak selesai upload video nie hahahaha...
Amyza berduet dengan Khairil (Suami)
Korang dengar lah sendiri nyanyian Amza . Bagi aku, aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk amyza manakala kharil 4 bintang. Jangan marah yer Amy komen ikhlas untuk ko. Anyway tone sedap cuma kena banyak kan latihan untuk few part..
Tapi mmg ade pontensi untuk buat single. Aku harap projek single yang diimpikan amyza akan menjadi kenyataan cuma Amyza kena work out on itand do practise a lot k. Biasalah kan busy memanjang dengan shooting. So kam kena tolong amyza push kan projek single nie. Aku nyer idea Amy buat single plus lagu duet ngn kharil.
Projek single buat at least bila tua nanti tak menyesal.. give a try okay amy.
Esok aku kena bergegas ke MACP untuk register lagu untuk Erry. Call kak chah dari MACP sebab aku pun tak berapa sure kat mana ofis nya. Nak naik moto ke keta haa? entahla kalau ikutkan aku nak naik motor je senang. Tapi aku nie alah sikit ngn panas hahah. Takut terbakar kulit yang sememangnya hitam. Bukan apa malas nak mengharung jem kat KL nie. Yerla pagi ptg siang malam jem. Maklumlah org malaysia nie manja sikit pergi kedai kat seberang jalan pun malas nak jalan kaki that why kalau korang perasaan jalan KL nie pagi ptg siang malam jem kalau tak jem, pas kul 12 malam sebab org tido. Kalau time org jaga kul 6 dah jem kat KL nie. ermmm entah la tengok la mcm mana. Kalau malas naik je la keta tapi takut sesat susah nak patah balik. Kalau naik moto senang.Ermmmmm.............................
Pas MACP nyer opis tu nak gi RTM plak submit lagu kat rakam khanah. Apa tu rakam khanah? hehehe. Bagi korang yang tak tahu rakam khanah ialah library untuk RTM yang mana lagu perlu melalui proses penapisan sebelum kelulusan diberi untuk disiarkan. Kena submit lagu termasuk dengan lirik supaya ianya tidak mengandungi unsur unsur yang tidak sihat. Bak kata zaman sekolah tidak mengandungi budaya kuning.
Budaya kuning nama yang begitu sinonim dengan karangan masa aku kat sekolah menengah dulu. Teringat masa belajar kat SMM Methodist ACS kat Parit Buntar dulu dengan gelagat cikgu2. Semua cikgu mengalakkan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu tinggi chewwah.. bagus gak kan? at least walaupun aku tak jadi sasterawan aku berjaya jadi bloggers menulis tentang diri sendiri even pelawat tak ramai pun kat blog nie. Bukan apa malas nak promote2 blog diri sendiri sebab nanti orang kata aku gila glamour pulak.
Kepada yang terbaca blog aku dan add oklah teruskan membaca. Aku pun tak terfikir nak heboh2kan blog nie. Tujuan utama menulis pun sebab aku minat. Ada atau tak pembaca itu aku tak amik pot sangat. Yang penting minat aku untuk menulis dan merakamkan aktiviti aku seharian yang mana boleh menggantikan diari aku. Suka duka aku tulis jer yang penting aku tak menyakitkan hati mana mana pihak dan tak juga menyinggung perasaan orang lain. Itu tujuan utama.
Wednesday, July 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment