Salam .. Selepas hampir setahun aku tidak menulis.. akhirnya kini 4th October aku kembali menulis.. Bukan terus melupakan blog kesayangan aku tapi tak ada kekuatan utuk menulis..
Bulan lepas aku teringat untuk menulis apabila aku mendapat beberapa sms yang bertanyakan perniagaan online aku menjual minyak wangi.. maaf lah untuk pengetahuan semua aku dah tak jual perfume tu.. bukan tak berminat tapi stokis yang tawarkan perniagaan tu selalu tak cukup stok.. so aku malas nak continue menjual perfume online..
Untuk memulakan topik yang dah lama aku tinggalkan ni aku nak menulis berkenaan dengan arwah Izwan Pilus yang merupakan sahabat, teman aku yang tiada galang gantinya.. Izwan telah pergi meninggalkan kita semua.. Insan yang sangat aku rindui.. Alhamdulilah Izwan ada muncul dalam mimpi aku bulan puasa lalu.. itu tandanya dia merindui kawan2...
Petikan Video dari Harian metro Online..
Petikan Dari Melodi
Sebenarnya aku telah lama mengenali Izwan.. Sejak masa belajar di UUM dahulu.. Kami sama2 menuntut bermula Matrikulasi UUM (kolej MISC) pada tahun 1997-2001. Aku merupakan antara . sahabat yang rapat dengan Izwan . Banyak kenangan yang kami kongsi suka dan duka ketika belajarsampai lah aku tamat grad di UUM.
Izwan merupakan anak kedua dari 4 adik beradik.. Dia ada kakak , dan dua adik iaitu Azam (Aril AF), dan Adik (Nabila). Aku sangat rapat dengan kesemua family Izwan kerna aku pernah menumpang tinggal dirumahnya beberapa bulan semasa aku datang untuk berkerja diKuala Lumpur. Kami sama sama berkerja di Bukit Damannsara di salah sebuah katering milik EN Shukur salah seorang saudara kepada rakan baik kami.
Sepanjang mengenali Izwan dia seorang rakan yang sangat memahami, menyimpan rahsia kawan2 dan seorang yang sangat suka menyakat. Izwan juga selalu membantu aku ketika kesusahan.. dia juga pernah meminjamkan aku sebanyak RM1K semasa aku menghadapi masalah.
Semasa aku betukar kerja aku dapat tahu Izwan telah mencuba bakat dalam bintang RTM dan kami kawan2 menyokong minat dia. Kalau korang nak tahu Izwan sangat suka menyanyi.. Dulu masa kat rumahnya di taman melur Ampang kitaorg selalu karaoke sampai bising area tu.. jiran2 pon dah lali cuma aku yang segan2 selalu kalau nynyi aku tutup pintu kaca rumahnya takut bising.. tapi Arwah buat dek jek.. sbb jiran semua da terbiasa dengan show free dari rumahnya.
Alhamdulilah minat beliau tu dapat diteruskan apabila dia layak ke peringkat akhir.. cuma aku tak berkesempat an untuk melihat atau menonton pertandingan tersebut di angkasapuri.. tetapi rezeki Izwan dalam nynyian cerah walaupun dia tidak berjaya menjadi johan kami rakan2 sangat berbangga kerna Izwan terus dikenali selepas itu..
Lagu saduran Izwan Pilus "Kembali Senyum" sangat terkenal dan kadang2 aku pun nyanyi lagu tu kat karaoke.. sampai sekarang kalau p karaoke lagu tu masih menjadi antra pilihan top budak2 sekarang..
Aku jugak selalu kalau ada masa teman izwan pergi show.. Kali terakhir di kuantan.. untuk dinner show bersama roslan shah..
Aku sangat2 terkejut apabila hari jumaat tanggal 20hb Jan aku mendapat whataps dari rakan2 yang mengatakan Izwan meninggal dunia.. masa tu hujan sangat lebat dari aku baru je sampai rumah dari pejabat.. terus aku call kawan2 dan mereka mengesahkan yang Izwan meninggal dunia disebabkan demam kencing tikus.. Aku secara jujur sangat2 terkejut... tak dapat membayangkan aku kehilangan seorang sahabat yang sangat2 bermakna dalam hidup aku..
Sebulan sebelum tu aku sempat melawat Izwan di Hospital Pusrawi dekat Perpustaakaan Negara.. Reaksi Izwan masa tu mmg nampak sihat.. even kami sempat bergurau dengan yanie (wartawan harian metro)dan abg slen (editor hiburan harian metro). Cuma izwan bila pukul 11 mlm agak sesak nafas sebab terlampau sejuk.. Masa tu mmg antara kamikawan2 tidak langsung menyangkavirus tu dah menjangkiti Izwan kerna pihak hospital pun tidak dapat mengesan penyakit itu pada peringkat awal. Aku ingat lagi aku ada membeli berger mcd dan bubur tapi Izwan ckp tak de selera..
Lepas 2 minggu Izwan kuar hospital kami masih sempat berjumpa kerana aku ada meminjam baju Izwan untuk dipakai untuk pertandingan karaoke. Dan selepas seminggu aku pulangkan baju tersebut Izwan pulang ke rahmahtullah selamanya..
Kalau nak tahu inilah baju terakhir yang aku pinjam dari Izwan untuk pertandingan karaoke dan aku berjaya mendapat johan.
Video Di atas merupakan baju Izwan yang dia pakai semasa siaran langsung di RTM tak lama dahulu.
Lagu kat atas ni merupakan lagu dari Jim brickman.. Aku yang minta kebenaran Izwan untuk upload lagu ni sebab aku sangat2 menyukai vokal alunan lagu ni.. klau nak tahu Izwan mengenali Jim semasa show di KL dan Jim membenarkan Izwan rekod lagu ni. Lagu ini merupakan demo yang telah dirakamkan di studi Aidil AF.
Aku guna gambar2 koleksi peribadi Izwan untuk buat lagu ni menggunakan movie maker kat PC.. Kalau korang nak tahu disebabkan lagu ini juga Jim berhasrat membawa izwan untuk tour kat US dan meminta Izwan merakamkan kembali lagu ni kat studio Kings.. dibawah bimbingan vokal hazami (aku ada upload versi studio kat youtube jugak.. tapi aku kurang mengemari style hazami kerana Izwan tak mennjadi dirinya dalam lagu yang direkodkan kembali versi studio..
Apabila demo kedua dihantar pihak agen US semcm tak berminat pula. Berkali2 aku dah nasihat Izwan yang jgn ikut style hazami kerna dia perlu jadi diri nya untuk lagu tersebut. Kalau korang nak tahu lagu ni juga ada direkodkan oleh penyanyi Filipina.. google sendiri lam youtube dan korang akan jumpa. walau apa pun semua nya tinggal kenangan. Akhirnya izwan tinggalkan kita dengan single terakhir"Tiba Tiba Cinta".. Lagu ni Izwan rekod di Studio AG Hujan @Coco. Aku memperkenalkan Izwan kepada AG disebabkan Izwan nak kan kelainan..
Aku juga mulanya buat lirik lagu nie tapi tak kesampaian sbb Izwan nak lain..dia kata lirik aku untuk lagu ni jiwang... so tak kisahlah sbb ade orng lain pon mcm berminat nak buat.. Akhirnya Izwan buat sendiri lirik lagu ni yang merupakan lagu duet dengan Eve dari Singapore..
Anatara Lirik Aku Untuk lagu Ni..
Kali Pertama Bertentangan Mata,
Hati Teringat Hati Pun Berbunga,
Adakah dia rasa yang Kurasa,
Ini kah Cinta....
Akhir sekali Izwan meninggalkan aku, kawan2 dan peminat nya dengan lagu demo yang belum disiapkan seperti dibawah...
Demo Terakhir yang aku sendiri tidak tahu kewujudnya Izwan tak pernah memberitahu aku dia sedang merekodkan lagu ini .. So sad this song membuatkan aku hiba..
Apa apa pun aku sangat merindui Izwan.... Al-Fatihah.