Saturday, October 13, 2012

Kaison - Kedai Perhiasan Yang Sangat Best!

 

Hai Assalamualaikum.. Hari Sabtu 13th October.. Sambil tengok majalah 3 kat TV3 ttg beruang aku nak menulis ttg kedai Kaison.. Bukan nak tulis ttg beruang. Insyallah kalau ada masa aku tulis tentang beruang ya.. korang kat luar jangan jadi beruang sudah.

 Kalau cakap pasal kedai hiasan mmg banyak kat malaysia. Tapi sekarang nak cari kedai perhiasan rumah yang cantik dan murah mmg susah. Kat Malaysia ni ada satu kedai perhiasan rumah yang sangat murah dan cantik yang bernama KAISON. Kedai Kaison ni berasal dari Sabah bah.. Sekarang sudah ada kat Kuala Lumpur iaitu dekat dengan rumah aku iaitu di KL Festival City di Danau Kota.

Aku mmg suka kedai ni yang terletak di Tingkat 3. Kedai ni baru bukak kat KL tetapi di Sabah Kedai ni mmg terkenal. Cawangan kat KL tak banyak lagi yang aku tahu kat KL cuma kat KL Festival City sahaja. Apa yang menarik kat kedai ini ialah :
 HARGA YANG MURAH,
 BUNGA PLASTIK YANG CANTIK,
 BOTO2L@ YANG UNIK
PAPERBAG DAN GIFT ITEM YANG SUPERB
PERMAIDANI LANGSIR LILIN
POT FRAME YANG SUPERB dll



Apa yang menarik aku boleh berada di kedai ni sehingga sejam sebab rasa mcm terapi lah kat kedai ni.. Aku suka sangat dengan bunga2 plastik dan hiasan yang terdapat dalam kedai ni. Bayangkan harganya start dari 3-20 (RM). mmg murah kan? kalau korang nak tahu hiasan dalaman yang terdapat dalam kedai ni memang lain yang lain.


Apa yang bestnya kedai ni mmg sesuai kalau korang nak beli hadiah kepada mereka yang tersayang. Ada jugak jual kotak2 yang murah tapi design nya mmg kelas A+. Kalau kat luar kotak2 yang bereben tentu dijual dengan harga RM 40-50 tapi di Kaison harga dalam RM 7.00 - keatas sahaja.

 Ini Kaunter Kaison kat KL Festival City! Cantik kan deco dalamannya.. I Love Kaison!
 Ha kalau nak tahu ini ruangan kaison kat KL Festival City Aku suka sangat bunga kat sini mmg murah..!! Gila Aku kat sini!

Tengoklah harga2 nya!... Murah sangat!So kepada mereka yang kat luar tu yang suke kan barang2 hiasan boleh lah melawat kedai Kaison ni ya.. Boleh hias rumah anda bagi nampak segar.. Pasal harga jangan risau kerana harga mmg murah. Lagi satu nak bagitau kat korang aku tak dibayar tau tulis ttg kedai ni, tapi disebabkan aku suka sangat kedai ni aku tulis lah tentang nya.

Anyway selamat membeli belah ya..

2 comments:

PSYCHIC CENTRAL said...

Wah.pernah pergi kl festival, x plak naik smpai tngkat 3, so x jumpalah kaison:(..btw, tq for the info. Excited baca, mmg best.x sabar nk shopping kat kaison. Tq :)

dalila said...

teringinnya nk pegi..bunga2 mcm cantik je..