Sunday, October 21, 2012

Kemalangan Ngeri.. (Around The World)

Salam . . apa khabar.. sihat?  harap korang pembace blog aku sihat hendaknya.. aku sihat je.. dua minggu ni  aku sihat sangat. dah takde rasa tak sedap perut dan ketidakselesaan. Insyallah harap2 aku senantiasa kekal sihat dan berseri2 mcm korang kat rumah tu okeh?

Aku minggu ni nak menulis tentang kemalangan ngeri. Korang tahu kan kat dunia ni pertambahan jualan kereta di seluruh dunia makin hari makin meningkat. Peningkatan bilangan kereta dan motosikal ni menyebabkan ramai jugak nak jadi hero. Aku kadang2 naik takut nak memandu apabila tengok style pemandu2 especially kat Malaysia ni, tak kira lah yang bawak keta ke, moto ke semua drive laju2.. Nak pi mana laju2 tu?  aku pun tak tahu lah.. Macam boleh terbang jer lagaknya.

Bukan apa Nyawa nie sesuatu yang bukan boleh dijual beli. Kalau ada wang 1 billion pun ianya tak boleh ditukar ganti. Kalau org yg menggila drive tu mati aku tak kisah sgt ni tak nyawa org yang tak bersalah pun akan jadi mangsa. Kalau nak mati sgt pergilah mati sorang2 jangan babitkan org lain sudah la.. Geram betul aku.

Aku sempat surf melalui youtube dan aku tengok ramai yang tak sempat2 nak pecut apabila tiba kat traffic lite bila lampu nak dekat merah.. aku nak nasihat sikit kat korang yang drive.. apabila lampu hijau bukan bererti anda boleh terus jalan sebab kadang2 bila hijau ade je pemandu2 yang bangang yang terus memecut dari arah yang bertentangan..

Takpercaya ? tengok video2 nie.


Itu yang kat traffic lite.. So natijahnya jgn la sesekali memecut bila lampu hijau yer.. tgok kiri dan kanan dulu okay kawan2 yang budiman.. tambahan apabila jika anda berada di depan sekali takut ade SETAN yang memecut di arah berlainan... Ini plak kemalangan yang melibatkan kanak2.. tolonglah jangan tinggalkan anak2 dalam kereta atau motor yang sedang hidup enjinnya.. kalau tak boleh jadi mcm nie.. Pas tu kalau boleh jangan lah bawak laju2 sangat yer... walaupun jalan lurus dan tak banyak kereta sebab kalau kereta tu terbalik mcm mana? mcm kereta kat bawah nie? Jom kita tengok beberapa lagi kompilasi tajuk album "kemalangan hasil dari pemandu yang bongok kat dunia ni" Pas tu kat selekoh jangan lah nak bawak laju sangat.. konon2 kereta tu berjenama nanti jadi mcm ni... So memandu lah menggunakan akal... Sebab kadang2 org yang tak berdosa pun terlibat.. kalau nak menggila kat jalanraya p la masuk F1 or masuk race GP ke.. jangan nak berlumba kat jalan raya sebab anda yang berlumba kat jalan raya mmg BODOH. Okay lah last video : tengok baik3 dan selamat berhati2 ketika memandu okay...

No comments: