Monday, October 8, 2012

Review Filem : The Possession 2012


 Entry kedua hari ni aku nak start tulis review tentang Filem terbaru yang aku tonton 2 minggu lepas iaitu tentang filem Possesion 2012.. Mulanya nak tengok tentang citer kartun tapi tak jadi sebab aku lebih gemarkan citer yang berkisarkan seram dan triller.

Filem ni aku tak kenal pun siapa pelakonnya.. tak tahu jugak pasal apa tapi bila dia poster tulis possession tahu la aku kan ianya berkenaan dengan kerasukan.. huhuh. so apa lagi aku pun tgok la sebab aku suke jugak citer2 pasal rasuk dan sebagainya nie..

Kisah ni menceritakan tentang dan bagaimana seorang kanak2 perempuan telah membeli kotak lama yang misteri di jualan garaj kat tepi jalan semasa menghabiskan cuti hujung minggu bersama bapanya. Sebenarnya ibu bapa kanak2 ni dalam proses bercerai. So hujung minggu dia akan menghabiskan masa bersama bapanya.

Actually kotak tu menyimpan roh semasa zaman silam  yang dipercayai akan mengambil alih jasad pemilik mereka yang membuka kotak tu. Apa yang peliknya kotak ni hanya akan boleh dibuka oleh mereka yang dikehendaki sahaja kerana kotak itu tidak mempunyai kunci dan sisinya agak berbeza.

Apa yang best filem ni walaupun seram tapi intipati berkenaan dengan hubungan kekeluargaan tidak dilupakan. Soroton bagaimana eratnya kasih sayang dari mula hingga akhir filem ni disusun begitu kemas. Setiap dailog diatur untuk menunjukkan betapa kasihnya ibu dan bapa kepada kanak2 ni walaupun mereka dalam proses peceraian.

Dari segi adegan ke adegan babak dalam filem ini,  penonton tidak akan merasa jemu dengan adegan cemas dan misteri. Latar muzik filem ni pon berjaya membuat penonton berdebar dengan apa yang akan berlaku. Cuma dari segi roh tu mmg pengarah ada  menunjukan imejnya di layar perak cuma kalau ditambah dengan kewujudnya tidur bersebelahan dengan kanak2 itu lagi best kut.. Tapi scene kat hospital apabila doctor buat scanning dalam perut tu mmg best dan aku suke.




Kepada yang suke bab3 kerasukkan ni tak rugi tengok citer nie..



Synopis
A young girl buys an antique box at a yard sale, unaware that inside the collectible lives a malicious ancient spirit. The girl's father teams with his ex-wife to find a way to end the curse upon their child.



Directed by
Ole Bornedal
Writing credits
Juliet Snowden(written by) &
Stiles White(written by)
Leslie Gornstein(article "Jinx in a Box")
Cast (in credits order)
Jeffrey Dean Morgan... Clyde
Natasha Calis... Em
Kyra Sedgwick... Stephanie
Jay Brazeau... Professor McMannis
Madison Davenport... Hannah
Matisyahu... Tzadok
Grant Show... Brett
Rob LaBelle... Russell
Nana Gbewonyo... Darius
Anna Hagan... Eleanor
Brenda Crichlow... Miss Shandy
Iris Quinn... Doctor
Graeme Duffy... Lab Tech
David Hovan... Adan
Chris Shields... Assistant Coach
Adam Young... Preston
Jim Thorburn... First Responder
Quinn Lord... Student
Nimet Kanji... Nurse Patty
James O'Sullivan... Pest Control Guy
Marilyn Norry... Principal
Armin Chaim Kornfeld... Rebbe Shah
John Cassini... Stephanie's Attorney
Josh Whyte... Player
Greg Rogers... Dr. Walterson
Agam Darshi... Court Representative

No comments: