Saturday, August 22, 2009

Review Filem "Orphan"


Aku tak pernah tengok Trailer Filem nie tapi bila budak rumah suggest untuk tengok filem nie aku pun menurut je. Sesampai nya kami di MBO ampang terus beli tiket dan tengok Show Kul 4.00 petang.

Mula mula aku ingatkan cerita nie cerita hantu tapi tekaan aku silap. Kepada sesiapa yang nak tengok boleh tapi pastikan anda tidak membawa anak kecil bawah 18 tahun sebab filem ini tidak sesuai untuk kanak kanak. Ada beberapa babak yang tidak sesuai dan tidak bagus untuk ditonton.

Secara ringkas nya mengisahkan sepasang suami isteri yang mempunyai 2 anak. Yang bongsu pekak dan bisu manakala yang sulung tidak begitu rapat dengan ibunya. Si ibu merasakan beliau perlu mempunyai anak angkat setelah anak yang dilahirkannya mati di dlm kandungan.Emosi ibu terganggu apabila dia yang mempunyai masalah ketagihan alkohol cuba bangkit dari masalah tersebut dan satu satunya cara untuk menghilangkan rasa sedih nya dengan bermain piano. Ibu dalam watak ini juga dilihat agak kecewa apabila anak bungsu perempuannya tidak dapat mendengar dan harapanya untuk mengajar piano tidak dapat dilaksanakan.

Setelah beliau mengambil anak angkat suasana yang berlaku sebaliknya. Aku tak nak huraikan apa yang terjadi di dalam filem ini kerana anda perlu saksikan sendiri bagaimana pelakon pelakon dalam filem ini bermain emosi dan perasaan.

Tahniah kepada pengarah dan barisan pelakon yang cukup hebat terutama beberapa scene yang cukup mendebarkan. Kalau tanya pendapat aku, aku lebih puas menonton filem ini berbanding Filem Transfomers. Isi cerita nya juga lain dari lain dan dan berjaya membuatkan penonton terkejut. tak percaya try tonton filem ini sendiri.



Berikut petikan komen orang yang menonton filem ini di laman Youtube:
i watched this last night , it was amasing
go and watch it
amasing twist at the end

this movie is so good!
such a good twist at the end
GO SEE IT !

this movie is bomb as fuqq
everyone need to go see this =P

I Love This Movie!!!!

3 comments:

I am Karl said...

karl pun dh tgk

amazing...

fantabulous!!

huhu

xrugi if nk bli ori dvd nnt

Dior (Shahril Shaari) said...

insyallah,Dior akn tgk.thnx 4 d review.

Dior
shahdior.blogspot.com

Nan said...

Yeah go and watch it! Superb 5 star from me