Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan ~

Assalamualaikum,

Dah hampir seminggu berpuasa. Dan seminggu jugak lah kita dihidangkan dengan makanan yang bermacam macam jenis. Actually bulan yang mulia nie kena banyakkan amalan. Di samping itu bulan bulan mcm nilah nak berehat dari segala aktiviti. Kalau nak cakap pasal makan nie 3 page pun tak cukup. Bagi aku apa yang lebih membuatkan aku happy dapat membuat Radio internet dekat blog erry putra. Nie pun dengan pertolongan wan kawan baik erry. Tu pun dekat 2 jam aku telefon si wan untuk bertanyakan bagaimana nak install program sam brocaster nie dengan betul.

Best jugak sebenarnya jadi dj nie sebab dapat mempelajari cara cara untuk berkomunikasi dengan baik walaupun hanya di internet. Dapat juga berchatting dengan orang orang kat luar sana tu. Alhamdulilah satu lagi pelajaran baru yang aku dapat.

Semalam aku dan geng geng rumah berbuka puasa kat luar. Best jugak sekali sekala dapat berbuka puasa di luar. Pilihan tempat kitaorang ialah Johnny's Sg wang. Ermm nasib baik kitaorang datang awal so boleh lah booked tempat. Lepas je booked tempat terus sambung aktiviti window shopping (aku). Yang lain lain tu sempat rembat seluar dan baju. Aku nya target gaji bulan ni nak beli beberapa helai t-shirt, baju melayu dan jeans baru. Insyallah. Tapi tak nak beli sekarang sebab feel tu tak sampai lagi maybe beli dekat seminggu lagi nak raya baru best.

Tunggu buka~

Makan jangan tak makan

Sepatutnya petang kelmarin aku join Rakaman Melodi raya tapi atas masalah yang tak dapat dielakkan aku tak dapat pergi. Sedih gak sebab baju melayu dah siap iron tapi pada saat akhir aku tak dapat pergi. Kebetulan pada pagi semasa sahur Iqram Dizly message aku kat chat box tanya nape aku tak pergi Rakaman Melodi Raya dia pun tak nampak Amyza Aznan dan Erry sedangkan kita orang memang tak dapat pergi.

Nak buat mcam mana tak de rezeki nak makan kat Sunway Lagoon tu.. Janji ngn Nazir (Manager Azmir Arief) pun tak dapat aku tunaikan yang mana janji sama sama nak tunggu kat sana before rakaman.

News terbaru saudara Nizam Zakaria & Ghaz (Penulis Skrip & Pengarah-Laila Sari) buzz aku kat face book untuk projek drama terbaru yang akan disiarkan secara online untuk Erry Putra. Aku pun minta skrip diemailkan dan aku baca skrip tersebut serba sedikit dan kemudian menghubungi Erry untuk mendapatkan persetujuan. Erry berminat tapi aku kena jugak pertimbangkan sebab lepas raya aku nak Erry concentrate on album dan show. Maybe nak minta pelepasan dari Nizam kalau dapat job nie. Pelepasan untuk sabtu dan ahad untuk show.Harap harap dapat sebab erry nak dua dua kerjaya dia berkembang iaitu untuk berlakon dan show tapi keja all outla jawabnya. Kalau tuan punya badan larat aku ok jer janji dia happy dengan apa yang dia buat.

K lah membebel banyak plak kali nie. Kepada semua aku nak wish selamat berpuasa semoga anda semua happy mengerjakan ibadah puasa ini k.

3 comments:

I am Karl said...

single album erry tu la eh>

all d best ya Nan & Erry!!!!

happy fastinG!

Nan said...

yer da dengar lom?

Nan said...

yer da dengar lom?