Wednesday, June 24, 2009

Final Band Idola & Tender & Business

Seminggu dah tak update blog. Mana taknya busy dengan keje lately nie. Itu tak termasuk dengan keje keje admin dan keje part time. Rasa macam tak cukup 24 jam. Yang terbaru pulak aku sibuk dengan membuat proposal untuk syarikat Berjaya Berhad. Semalam pulak dari pagi dah bertolak ke Menara Phileo Damansara untuk bertemu dengan wakil dari Syarikat Berjaya untuk projek aku seterusnya.Habis tengah hari aku terus menyambung keja full time dari kul 3 ptg sehingga lah kul 12 malam. Fuh letih den. Proposal apa tak leh la bagitahu kan bila dah jadi baru leh buat sidang akhbar hehehehe...

Minggu nie aku agak frust sebab Lipis Fest aku dan Erry tak dapat pergi atas atas sebab tertentu. Tapi yang bestnya aku berjaya dapatkan show di Dataran Budaya di Shah Alam pada hari Ahad nie pukul 4 petang untuk Erry iaitu pertandingan Band Idola anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Selangor. Everything is about luck and usaha. Alhamdulilah.

Bercakap pada usaha aku dah mengambil keputusan untuk tender resignation letter pada minggu lepas. Ada yang sokong dan ada yang tak. Bagi sesetengah orang, keputusan yang aku buat agak merugikan sebab sepatutnya aku dah boleh selesa dengan makan gaji, tapi bagi aku sendiri merasakan peluang datang sekali dan aku tak nak menyesal di hari tua sekiranya aku tak mengambil peluang mencuba sesuatu yang aku rasa boleh mendatangkan keuntungan sekiranya kita berkerja keras.

Yelah dah bekerja selama 6 tahun di company yang kukuh tiba tiba ambil keputusan untuk tender. Tapi dalam hati aku tetap kuat mengatakan "THIS IS FOR ME" iaitu bekerja sendiri yang mana aku buat dengan rela hati dan yang paling penting nawaitu iaitu niat kita mesti betul dan yang lain lain bergantung pada rezeki Allah(SWT) kurniakan.

Pada mereka yang cakap cakap belakang kata nak gila glamour tu maaf lah yer. Aku tak pernah rasa apa apa yang glamour pun dalam bidang pengurusan artis. As long kita pandai mengambil peluang untuk meningkatkan diri masing masing. Kalau nak cakap gila glamour dah lama aku menyelit2 ikut izwan gi konsert or ikut erry g shooting dan menempel dalam drama2. Tapi aku tak nak. Cuma ramai tak tahu kenapa aku manage erry dan aku malas nak explain kat sini tapi kalau sapa sapa tanya aku sendiri aku akan bagitahu dan cerita kan sebab dan mengapa aku take tugas manage ery putra.

Plan aku seterusnya dengan erry melibatkan diri dengan busniess. Dalam Al-Quran sendiri menyatakan 99 punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Oleh itu kalau korang nak tahu aku dan erry tengah plan something untuk involve dalam bidang perniagaan. Plan nya dah sampai 50% dan alhamdulilah aku dan erry sekarang tengah mencari lokasi yang sesuai untuk set up pejabat dan seterusnya memulakan perniagaan. Tunggu insyallah kalau ada rezeki..

No comments: