Wednesday, August 5, 2009

Ibnor Riza (ZOOM IN 180)



Masuk bulan nie dah 2 kali aku demam. Today masa pergi beli nasi hujan renyai2. Tak aspek apa apa until petang badan rasa macam tak sihat. Lepas je submit payment voucher kat maluri aku mcm khayal sebab pening, terus stop kereta kat parking dan rehat 10 minit. Dalam musim H1N1 aku agak cemas..

Masuk maghrib badan aku rasa tak sedap. Kena aircond terus longlai kaki dan badan. Tak tahu nak kemana aku terus masuk bilik discussion tarik 3 kerusi dan terus lelap. Sedar sedar dah nak masuk pukul 9 malam. Perut memulas, tekak pulak loya mcm nak muntah. Nampak faizal sedang photostat something, "Faizal teman saya gie klinik jap tak larat nak drive"." Tak leh saya ade bende nak buat sikit"." Ok" balas aku perlahan. Dokumen aku masukkan dalam beg perlahan lahan. Mata mencari Iqram tapi dia tak de.. Ermm tak pelah aku terus capai kunci kereta ambil beg dan shut down Pc. Kalau ikutkan time kje aku habis kul 12 malam tapi aku dah tak larat. On the way dalam kereta aku call rizal.

"Ko biar betul, baik ko gie klinik," nasihat Rizal dalam phone. Mata aku berpinar2, Nasib baik jalan Ampang tak jem. Terus aku meluncur ke Desa Pandan dan singgah ke klinik pusat rawatan islam.. tapi sebaik tiba aku tengok ade 5 orang sedang menunggu time untuk berjumpa doktor. Perut memulas mulas minta disi. Tapi aku tak de selera nak makan. Ok takpelah aku g makan dulu. Sampai je restoran bersebelahan klinik, aku tak der selera langsung. Tambah dengan hidangan kari ikan, kambing dan gulai2 di kedai mamak membuatkan loya aku menjadi2. Akhirnya sup kosong dan nescafe tarik menjadi santapan untuk mengalas perut.

Betul kata orang kalau demam kita kena makan bende bende panas dan nasib baik jugaklah aku boleh hirup sup sikit. Disebabkan badan rasa sejuk dua dua minuman dan makanan aku panas. Lepas je habis makan terus ke klinik masa nak menunggu badan aku tiba tiba ok dan tak panas mungkin sebab penangan makanan panas tadi sampai aku berpeluh. Check dengan doktor doktor kata ok tapi pening2 lalat aku masih ada. Cuma pesan dia sebelum aku balik , "esok kalau tak ok datang balik". 4 jenis ubat dia bagi..seperti biasa aku tak akan mkan ubat tu kalau tak betul2 parah demam nie

harap tak demam sebab esok aku masih perlu ke pejabat untuk menyiapkan bil bil akaun syarikat dan buat beberapa kerja admin. Sampai di rumah aku terus duduk kat sofa. Tengok TV.Rancangan tak de yang menarik. Terus aku capai remote, beg yang sandang pun aku tak sempat letak lam bilik. Letak tepi je.. pening aku tak habis lagi. Buka chanel 180 (Muzik Aktif) ada Zoom In artis 80-an. Penyanyi Ibnor Riza. Lama tak dengar cerita Ibnor Riza terus aku ambil bantal dan letakkan remote kat tepi dan tengok rancangan tu. Tiba tiba mata tertumpu dengan nyanyian Ibnor.. "sedap suara abg ibnor, bisik aku sorang2. Sebelum ni aku tak pernah tengok Ibnor nyanyi live tapi tadi aku terpaku apabila tengok Ibnor Riza menyanyikan lagu Berdiri aku sebagai seorang perindu dengan penuh perasaan, nampak airmata nya bergenang apabila Kamera fokus betul2 muka Ibnor riza dan aku dapat rasa betul feel dia.




Inilah yang dikatakan penyanyi yang betul betul berbakat sebab Ibnor menyanyi dari hati dan aku betul2 dapat rasa apa yang dia nyanyikan. Kelopak mata dia pun bergenang mungkin ada sejarah disebalik lagu tu.. Tabik spring aku pada Ibnor. Bukan senang nak bagi apa yang kita rasa melalui lagu.. tapi he did it walau pun aku sendiri tak pernah dengar lagu tu sebelum nie.

Bukan senang nak membawa lagu penuh perasaan silap silap haribulan sumbang bunyi nya. Lepas habis zoom in aku terus duduk di hadapan pc dan menaip. Mata terpandang hadiah perpisahan yang belum aku buka. Tak tahu nak buka atau tak. Kalau ikutkan hati aku nak simpan hadiah tu sebab aku tak mahu sebut perpisahan terutama dengan kawan kawan kat opis. Aku ada kat KL nie tak pergi mana cuma mungkin aku akan sibuk dengan kerja sendiri. "Tak besh la nan tak de pas nie".. kata kata yang diulang beberapa kali oleh teman kerja yang lain. Aku diam tak tahu samada aku perlu jawab atau tak kata kata tersebut. Aku tak ada pilihan lain kecuali melemparkan senyuman..