Sunday, September 6, 2009

Izwan Pilus & Jim Brickman~To Hear You Say You Love Me

Kalau nak ikutkan Izwan Pilus merakamkan lagu to hear you say you love me adalah untuk suka suka. Semasa Izwan dan Arill buat kenduri kesyukuran beberapa bulan lepas aku berpeluang mendengar lagu tersebut di dalam kereta lepas habis menemani Izwan untuk Rancangan Live Bintang RTM di Angkasapuri. Tu pon sebab aku amik i-pod dia dan dengar lam keta semasa perjalanan balik ke kampung Izwan bersama farith taib dan izwan.
(aku ada tulis ttg perjalanan dan kenduri ini kat blog lepas)

First time aku dengar aku terus jatuh cinta dengan lagu ini. Izwan pun rakam lagu ini untuk suka suka. Aku memberi komen ikhlas kat Izwan yang lagu nie berjaya menyentuh hati aku even first time aku dengar. Percaya atau tak aku dengar lagu tu lebih 100 kali dan ulang. Aku kemudian suggest kat Izwan untuk komersilkan lagu tersebut. Aku juga minta keizinan dari izwan untuk copy dan upload kat Youtube.

Akhirnya tanpa di duga Jim Brickman suke dengan nyanyian Izwan dan terus Izwan rakamkan kembali dengan studio yang lebih baik. Kalau korang nak tahu lagu ini akan di masukkan untuk album Jim Brickman pasaran Indonesia, Singapura dan Malaysia. Kalau ade rezeki mungkin kat pasaran Europe sekali tapi itu tak berani nak cakap lagi. Aku sendiri ikut Kak mas anta lagu yang telah direkodkan semula kepada agen Syarikat Jim di Malaysia. Kak Mas juga minta aku upload kan balik New Version kt Youtube. Kalau korang nak dengar sendiri jum kita sama sama dengar lagu ini


To Hear You Say You Love Me (Old Version yang aku dengar lam kereta Izwan semasa pulang ke Melaka)


To Hear You Say You Love Me (New Version)

* Ada yang komen ttg nyanyian Izwan tapi bagi aku kita sendiri mempunyai pendapat yang berbeza. Contohnya ada yang minat Faizal Tahir ade yang tidak. Ada jugak yang minat Dato' Siti Nurhaliza tapi ada yang tidak. Anda pendengar anda sendiri lah yang menentukannya~

2 comments:

Rizal Rizal said...

Hello! Nan. Apa khabar?

Beautiful melody by Jim. Izwan's voice lacks of "weight" and intensity for this ballad. However, Izwan has sufficiently rendered the song with an effective feel.

Good Luck!

Nan said...

How to measure on weight? My opinion depend on feel. If the voice have full of weight & intensity but I cant feel it still no use also right? depend on listner. Some may like N some may not~ Thnks for your comment~ Cheers~