Friday, September 4, 2009

PR & Artis Manager Gathering~Dorsett Regency


Semasa pergi Astro ari tu Kak Sariah jumpe aku dan Kak mas. Dia ajak join buka puasa untuk PR & Artist Manager kat Dorsett Regency Bukit Bintang.Errm tahun lepas kak mas pergi dan tahun nie aku plak join dengan kak mas. Bayarannya tak mahal RM 50.00 jer.
Bangun je tido aku terus gie Bukit Jalil jumpa erry. Nak cat kereta katanya sempena hari raya. Sampai je Erry drive bawak ke kajang (bengkel) Tapi tak jadi plak anta kereta untuk cat sebab esok kedai tu tutup. Hanya ari isnin baru boleh anta balik kereta dia ke bengkel. So aku pun balik semula ke rumah tunggu kak mas pick up aku kat rumah untuk ke Dorsett.

Ramai artis dan PR manager yang hadir. Antaranya Sam Kassim, Kak Sariah, Kak Baharina, Anne, Pojey, Larry, Along , Aswad dan banyak lagi lah tak larat nak sebut. Mie dari Melodi pun datang jugak. Bard dari SRC pun turun.

Sebelum nie aku tak pernah join aktiviti macam nie so bile berpeluang aku join la boleh berkenalan dengan lain lain artis manager. Sempat jugak bertukar2 name card. Anyway makanan mmg besh sedap sedap dan kembung perut. Harganya bukan RM 50.00 yer sebab kitaorang dapat harga special untuk artist manager. Harga asal untuk Buffet kat Dorset RM69.90 (kalau tak silap).

Ramadhan buffet nie dikelolakan oleh Pihak Dorsett Regency bersama dengan Dee (Jangan Ketawa). Jum tengok gambar gambar semasa aktiviti berbuka puasa nie.


Sedap gilo~

My food~Gilo makan kan?

macam macam ado~

Kak Mas(Manager Izwan Pilus & Me-ahak~)

Kak Mas gelak tak ingat dunia~

Apa yang menarik sgt tu abg Sam sampai kamera sebegitu sekali di angkat(manager noryn aziz)

Sabar yer Kak mas. Belum buka lagi la..

Bersama Dee~

Dee yang periang~

Semua PR & Manager artis

Heheheheh~Kak Mas nak juga menyelit sebelah Aswad dan Pojey

Kak Sariah, Kak Baharina dan Kak Azie

Kak Mas yang happy. Kat belakang tu along tengah geram nak rampas mic dari penyanyi jemputan sambil diperhatikan oleh Kak Sariah dan Kak Baharina

Ramainya

Kak Mas tengah jual minyak kat Bard Src, Pojey & Mie Melodi gagaga~

awat kak sariah monyok tu hahaha~Dari Kiri Yanie, Sam Kassim, Dewa, Bard, Poji, Along, Kak sariah, Kak Baharina, Anne, Kak azie

Dewa sedang menyambungkan teknik rambut sambungan~

Nana (tambahan)

Pic semua(Ihsan pic from Sam Kassim FB)

Tengok along bergelek dengan Anne

Errk kenyang~

Sebelum balik dapat CD Jac best wo~

Promo CD~

No comments: